Home » » Ejen Ali The Movie

Ejen Ali The Movie

Empayar Utama - Thursday, December 26, 2019 : 3 comments

Sempena Gerhana Matahari siang tadi, aku abadikan gambar ni buat kenangan.

Haa cerita pasal Ejen Ali The Movie ni.

Memula ditayangkan, kitorang dah tengok tapi masa tu tak cukup korum. Hero dan Puteri sulung lom balik bercuti lagi. Terlanjur takde rancangan apa-apa sempena cuti umum
semalam, gi ulang tengokler. Tiket mahal sikit tapi aku tetap sokong cerita Melayu yang bukan sewaktu dengan slot kat tv petang petang tu.

Laporan minggu lepas - Kutipan filem ni mencecah RM25 juta di 3 negara (Malaysia, Singapura dan Brunei) dan jadi top carta pecah panggung. Tak de pulak laporan terkini setakat ni. Aku rasa mungkin boleh berganda selepas beberapa hari ditayangkan di Indonesia bermula 1 Jan 2020 nanti.

Bila tengok buat kali kedua, adala sikit feeling dia. Keluar panggung pulak, ada pameran sambutan Krismas di hall sebelum exit. Jenuh la nunggu bebudak tu bergambar...


Ni sikit je...


Sapa-sapa yang belum menonton movie ni, luangkanlah masa dengan anak-anak. Cerita memang best. Masih ada lagi beberapa slot tayangan tau :)

3 Comments

3 comments:

  1. Waalaikum salam DzulLagil, hehe makasih singgah.
    Aku baru baca. Mlm td balik dr Melaka

    ReplyDelete
  2. Your Affiliate Money Printing Machine is waiting -

    Plus, earning money online using it is as easy as 1..2..3!

    Here are the steps to make it work...

    STEP 1. Tell the system which affiliate products you want to promote
    STEP 2. Add PUSH BUTTON traffic (this LITERALLY takes 2 minutes)
    STEP 3. See how the affiliate products system grow your list and sell your affiliate products all for you!

    Are you ready to start making money???

    Check it out here

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...