Home » , » Semoga Dipermudahkan Urusan

Semoga Dipermudahkan Urusan

Empayar Utama - Thursday, January 23, 2020 : 4 comments

Ahad ini, 26/01/2020 merupakan hari yang istimewa buat salah seorang ahli keluarga kawan aku. Dia minta kalau boleh buatkan satu posting sebagai kenangan dan appresiasi dari ahli keluarga yang tak dapat hadir ke majlis beliau.

Aku tanya kenapa tak pergi? Takde jemputan katanya. Ohhh begitu.
Memang tak perlu pergile kalau takde jemputan, tak elok, kan. Lebih kurang cenggitulah katanya. Biasanya jemputan akan dihebahkan. Takde jemputan diam-diam ajalah, tak yah nak beritahu. Tapi yang ini – tak jemput pula dihebahkan di grup keluarga. Yang bestnya, tukang solek adalah salah sorang ahli keluarga yang tak dijemput...

Dia tambah lagi, keluarga yang ini macam tak berapa nak campur sangat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Jadi macam tak berapa rapat, macam keluarga jauh pula. Jumpa pun masa raya Idilfitri setahun sekali. Itu pun cuma dua tiga jam je.

Agaknya sebab ketua keluarga mereka kerja bagus, berpendapatan tetap yang berpencen; manakala ketua keluarga ahli-ahli keluarga yang lain kerja tak menentu... Agaknyalah ujarnya lagi.

Aku yang dengar terlopong mulut. Walau di luar kebiasaan, aku bersangka baik ajalah. Tak boleh nak komen sebab konsentret dengar cerita
kawan aku ni. Katanya lagi, mungkin diorang tak baca kot Wasiat yang aku tulis dulu. Aku cakap pada dia blog aku nih dah terbengkalai lama dah...

Tapi iyalah, budi bahasa memang amalan kita, adat dan budaya orang timur. Aku tak tau nak kata apa tapi aku usahakan juga untuk hasilkan cerita ni, mewakili keluarga kawan aku.

Kawan aku pesan jangan lupa ucapkan selamat berbahagia, semoga dipermudahkan segala urusan.



4 Comments

4 comments:

  1. "Yang bestnya, tukang solek adalah salah sorang ahli keluarga yang tak dijemput..." hahaha ini pelik.

    Suami/isteri/anak/anak-anak tukang solek dok mana?

    ReplyDelete
  2. Selamat bertunang. Semoga semua perancangan dipermudahkan.

    Anak EU ke?

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...