Home » , » Cuti Cuti Malaysia

Cuti Cuti Malaysia

EmpayarUtama - Friday, November 25, 2022 : No comments

Dua tiga menjak ni banyak tul cuti yang diumumkan baik cuti peristiwa maupun cuti umum. Para bos di tempat-tempat kerja aku membebel sakan sebab cuti yang dah diwartakan (untuk swasta) berjumlah 14 hari dah habis guna.

Aku ni kat tengah-tengah; serba salah jadinya. Nak jaga kebajikan staf dan pada masa sama nak jaga kepentingan syarikat tempat kerja.

Aku cuma bagitau bos camni - Bos tengok
job tu kalau untuk 'internal purpose', panggillah diorang datang kerja. Tapi kalau job pada hari tersebut libatkan pihak luar, cuti sajalah. Sebab semua pihak [bank, transporter, suppliers] cuti, datang kerja buat apa?

Ini disebabkan pada hari-hari cuti tu gaji bulanan berjalan macam biasa. Bila panggil staf datang kerja; kena bayar ikut OT Rate yang dah dipersetujui dalam kontrak kerja [contract of service]. Dahla gaji bulan jalan macam biasa, syarikat kena bayar lagi 1.5x gaji harian kepada staf untuk hari cuti tersebut. Bukan makin untung, makin rugi lagi adalah. Baik cuti je. Iya lah, kalau dah 10 pekerja kena datang semata-mata alasan peruntukan cuti syarikat dah habis, tak berbaloi baloi, kannnn...

Sebenarnya, ikut Akta Kerja 1955; majikan boleh memilih minima sebelas (11) hari cuti sebagai cuti berbayar dalam satu tahun kalendar.

Lima (5) hari darinya MESTI termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia (tak boleh ganti dengan hari lain}.

Baki enam (6) hari cuti lagi boleh pilih ikut budi bicara majikan dan pamerkan di tempat kerja sebelum bermula tahun kalendar yang baru.

Cuti Umum Tambahan di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955 iaitu pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum diwartakan]. Biasanya cuti mengejut / cuti khas atau cuti peristiwa.

Hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya terletak pada kontrak kerja yang dah dipersetujui [contract of service] oleh kedua-dua pihak sebelum pekerja mulakan tugas.

Boleh je ganti kepada hari lain jika mahu, contoh terbaik ialah panjang / sambung / tambah selepas cuti perayaan. Tak ganti pun tak apa.




0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~