Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Selamat Harijadi... Adriana

EmpayarUtama - Tuesday, March 8, 2011 : 1 comment

Hari ni Adriana dah dua tahun, hmmm dah besar rupanya anak bongsu aku ni. Peringkat umur dia nih yang aku paling takut sekali sebab macam macam yang dia akan tiru dari segi perkataan ataupun perbuatan orang lain. Lebih-lebih lagi orang-orang yang dekat dengan dia - abang dan akak-akaknya.

Jadi dua tiga menjak ni memang rajin sangatlah aku marah yang lain takut benda yang tak baik jadi ikutan sikecik nih.

Antara kegemarannya - menyepahkan gambar-gambar dalam album. Jenuh nak mengemas balik pastu nak kena susun la pulak.

Nasib baik ada blog, so terlanjur kumpul gambar tu, aku masukkan sikit dalam entri ni untuk kenangan (kalau blog aku ni boleh bertahan...)

Uh... ini gamba masa dia nak kena 'athma'. Ntah, aku rasa semua anak-anak aku time kecik kena sedut gas ni. Pastu ok dah, sekali je gi klinik.















Ekspresi wajah... hehe...




Yang kat bawah ni aku tak tau sapa punya peten dia tiru. Nampak cam dari kecik ada stail sendiri...







Antara aksi tersendiri...



Beskal sejak zaman kakak sulung dia Haaa... Majuk nakkan belon MaryBrown...



Dia pun sama gak cam akak dia; bg pesanan kat Sharon Chan: Cepat-cepat dapat 'baby' tau...

Singgah le ke Pontian

EmpayarUtama - Sunday, March 6, 2011 : 6 comments

Pontian ni terletak 60 km dari Johor Bahru dan salah satu daerah dalam negeri Johor. Ikut pada keluasannya, Daerah Pontian ni sendiri agak besar tetapi kelompok penduduknya bertumpu di beberapa pekan kecil. Pembangunan agak lambat kerana tumpuan hanya kepada tempat strategik seperti Gelang Patah - Tanjung Pelepas. Mungkin kerana jauh dari laluan lebuh raya Utara-Selatan
menjadikan Daerah ini agak ketinggalan.

Nenas
Ini identiti Daerah Pontian yang boleh gak kita nampak seperti di Pekan Nenas, Kukup, Benut, dan beberapa tempat lagi.
Kampung Nelayan
Antara kampung nelayan yang masih ada di belakang pembangunan. Sungai Pontian pula ada dua - Sg Pontian Kechil dan Sg Pontian Besar. Ramai gak dari luar daerah datang ke belakang pasar Pontian seawal jam 5 pagi untuk mendapatkan ikan segar dalam bot (murahnya) sebelum harganya jadi lain kalau dah naik ke dalam pasar.

Masjid Pontian
Masjid Pontian yang semakin cantik.

Menara Jam
Menara jam di tengah bandar, masih ada imej nenasnya...

Pantai Pontian
Pandangan dari tepi pantai - boleh nampak New Waterfront City yang terjulur keluar kat belah sana yang dulunya hanya laut. Sepanjang pantai ni dah ditambak kerana kuatnya hakisan. Tembok lama pernah runtuh dilanda air pasang penuh yang melimpah. Sekarang ni cantik dengan adanya ruang pejalan kaki.

Pantai Pontian
Ini pandangan opposite yang menuju ke rumah rehat dan masjid. Sebelum rimbunan pokok bakau tu dulu ada satu jeti kayu ke tengah laut yang hujungnya ada pondok/wakaf, betul betul di hadapan rumah rehat.

Taman
Ini kawasan taman yang dah dipercantikkan.

Pantai Pontian
Sekitar kawasan taman tepi pantai yang masih dalam proses. Belum siap sepenuhnya.

Taman
Redup dengan pokok kelapa walaupun panas terik. Ada beberapa alat riadah disediakan.

Taman
Pun ada taman permainan kanak-kanak yang dijaga dengan baik.
Cuaca panas terik tak ramai orang time ni...

Taman

Taman

Pantai Pontian
Ini wajah pantai baru di New Waterfront City. Terminal bas akan dipindahkan ke kawasan baru ni tapi entah bila - dah dekat 10 tahun belum pindahpun.

Pantai Pontian
Ini antara sudut menarik, betul-betul kat hujung tambak baru dan menjadi tarikan pemancing.

MarryBrown
Kat New Township ni banyak fastfood dan western food sebab pengusaha mengharapkan terminal bas cepat-cepat dipindahkan ke situ. Perniagaan komersilpun banyak dah bertukar ke sana seperti bank, supermarket, kedai runcit dan pengusaha hotel.

MarryBrown
Playground dalam MarryBrown. Cantik sebab baru 6 bulan pindah dari bandar lama.

MarryBrown

Cendol
Ini tempat favorite aku kalau ke bandar. Dari kecik lagi memang suka makan cendol ni. Kena pulak kalau tengah panas boleh tambah dua mangkuk. Sedap tu...

Selain dari bandar Pontian ni sendiri, banyak lagi tempat menarik untuk pengunjung ke sini seperti Tanjung Piai (juga terkenal sebagai hujung semenanjung dalam peta dunia); Muzium Bugis; Kukup - boleh tengok rumah ternak pelbagai makanan seafood (sambil makan seafood) yang boleh dilawati dengan menaiki bot pelancong; dan nantilah aku tunjuk kat len entri.

Ini? Ini kebun jagung kat kampung. Bagus kalau tanah tak cukup besar tapi pulangannya besar.
Jagung
Baru nak keluar isi, kena sabarle tunggu hasilnya
Jagung

Nenas
Nenas ni pulak disulam sementara tunggu kelapa sawit keluar buah. So, boleh dapat hasil untuk tiga taun sementara tuai sawit pulak.
Nenas
Yang ini Nanas Sarawak, tak jual makan sendiri...
Nenas
Nanas Sarawak ni besarnya 3 kali ganda nenas biasa (moris). Manis wooo makan camtu aja atau cincang halus buat minum petang. Kira boleh lawanle ngan cendol kat atas tu...