Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Berselindung Di Sebalik Replika

EmpayarUtama - Saturday, April 9, 2011 : 4 comments

Pertama sekali aku mintak maaf siang-siang kalau entri aku menyinggung hati pihak-pihak yang tak berapa setuju dengan cara aku. Blog ni atas nama aku jadi aku sebenarnya boleh tulis apa aja aku nak tulis. Komen ajala mana yang patut untuk aku perbaiki kelemahan.

Ok kita mula ya.
Aku memang berminat buat kerja ‘part time’, especially kalau kerja tu buat kat rumah je macam aku buat skang nih. Tapi tengah dok browse blog, nampak pulak satu iklan canteekkk je. Cam biasa aku ‘go through’ dulu mana yang boleh walaupun ada part-part yang tak boleh.
Ni haa linknya: http://onlinejobsolutionltd.spruz.com/(promosi percuma nih)

Kerja_SambilanApa yang ada dalam 'main page' tu:

Bidang Kerja – ringkasnya cuma menaip data pengiklanan seperti diorang tu untuk dapat bayaran. Sebenarnya tak ada pun data pengiklanan untuk ditaip. Tak ada job pun. Anda hanya perlu kopipes website yang anda nak bayar tu, itu aja. Tapi kena bayar doploh hinggit! Ntahapahapalah…

Dalam cerita ni, webmaster ni gunakan web spruz.com sebab tu belakang website link/url dia ada nama spruz.com. Samalah kalau sapa-sapa nak buat duplicate web page ni guna website percuma yang lain macam blogger.com, blogspot.com, wordpress.com, webs.com, weebly.com, webspawner.com, synthia site, atau google ajalah kalau nak cari sebarang website percuma.


spruz.comLogo laman web spruz.com betik3 pokok tumbuh depan rumah...

Pembayaran Pelanggan - Anda akan menerima bayaran sebanyak RM20 untuk setiap data pengiklanan yang siap diproses dan diterima pelanggan. Apa apa hal, bayar dulu. Lepas bayar, dah rasa tertipu. So, mau tak mau kena buat replika yang sama untuk dapat balik doploh hinggit yang dah terbang tadi. Eheh, samalah cam mintak sedekah kat orang len, pastu ajar orang len mintak sedekah ikut cara yang sama kita buat. Tak betul?

Bacalah entri aku sebelum ni pasal Pengemis Moden. Lebih kurang je ’modus operandi’nya.

Pakej Latihan – Kiranya ada manual sey pasal cara-cara memulakan kerjaya sebagai JuruTaip Data Maklumat Online Solution Job LTD. Kerjaya sebagai JuruTaip Data Maklumat ya. Kerja apa? Kopipes website ikut cita rasa tersendiri adalah; atau kalau malas, salin aja keseluruhan ayat dari laman utama tu abis cerita.

Rasanya manual Bahan 'Latihan Komprehensif' tu paling tidak pun ajar cara-cara camna nak promot website anda tu: masuk forum, anta kat search engines, directories, autosurf, manual surf, safelists, classified ads, laman-laman sosial, dan kat mana sajalah yang webmaster tu terfikir nak bagi maklumat supaya anda boleh masyuk banyak.

Ajar guna website percuma (apasal webmaster guna website percuma aaa? Takut rugi ke?); camna nak bukak Akaun PayPal free (tapi link PayPal selalunya ada affiliate link - mana tau satu hari nanti orang bawah nak upgrade, masyuk gak komisen, tak gitu?).

Tak ketinggalan rekomen program berbayar cam AdNetwork programs – Adbrite ke, Bidvertizer ke, Google Adwords ke (jadi advertiserlah kiranya, sumer link ada affiliate link agaknya, komisen besar wohohoho) untuk masyuk lebih cepat.

Sebenarnya benda-benda kat atas ni anda boleh jumpa kalau rajin buat google search atau baca blog-blog yang ada tutorial. Sumer free tak yah baya pun doploh hinggit tu.

Contoh Pendapatan – Pergh, siap bagi contoh pendapatan ahli yang dah berjaya sebagai Kerani Memproses Data Pengiklanan (nama jawatan gempak siut).

Kerja_SambilanHeran gak kenapa tuan punya website yang promot program nih tak nak tunjuk income dia sendiri… Contoh yang ditunjuk pulak dah outdated. Haaa… sebab kopipes ke? Apa orang bagi, tiru je. Ke diapun baru je buat, blom dapat pun pulangan doploh hinggit tu…

Daftar – Sekali je ‘payment’ sebab nak ‘cover’ kos penyediaan bahan-bahan 'Latihan Komprehensif'. Kira cam jual ’e-book’ lah ni, kan? E-book yang sebenarnya bley dapat free kat internet. Pastu mati-mati nak dapat balik duit tu, kenalah buat duplicate, betul tak?

Kerja_SambilanAku tak pernah buat kerja ni tapi takkan tak boleh bagi sikit nasihat kot...

Rasa-rasanya kalau dah baya pastu tak faham, webmaster akan tolong ke? Forum pun tak ada, forum website spruz.com adalah tapi spruz.com punya ‘live support’ pulak manjang je ‘Off Line’...



Tak Bodekpun, Kena Ikat Gakkk

EmpayarUtama - Thursday, April 7, 2011 : 3 comments

Bila tahu kat satu tempat ada emas, koreklah sampai emas tu habis. Kalau nak tanam benda busuk pulak, tanam semua sekali. Plastik bungkusnya jangan campak tepi longkang aja. Cangkul tu pulak, takkan nak letak tepi aja, cuci bersih-bersih nanti boleh pakai len kali.

Bila difikir, penahanan 62 pegawai dan kakitangan Kastam DiRaja
Malaysia (KDRM) setakat ini beri beberapa gambaran dan soalan. Siapa jerung besar di belakang mereka? Puas hati ke dengan tindakan SPRM hanya ke atas kakitangan KDRM?

Cari sekali siapa yang menghulur, siapa yang buat transit, dan akhirnya siapa yang dapat balik duit transit tu...

Apa-apa pun sekarang kena tunjuk prestasi yang boleh disahkan, baru ada can nak naik. Betul tak? Atau adakah bila dah sampai masa setahun sekali penilaian prestasi akan dibuat, masa tu baru sibuk cari/dapat kes? Iyalah, sekarang ni kalau nak naik, bos-bos tak tengok lagi dah berapa besar kipas para pekerja (Ada jugak, jangan nak tipulah...).

Tapi betul ke KPI (Key Performance Indicator) tak 'bias'? Adaaaaa lebih-lebih lagi jika peratusan dah ditetapkan. Tak terpengaruh dengan bodek, terikat pulak dengan geraf KPI. Jadi, sama ajalah...

Curve_Chart
Contoh satu jabatan yang dianggotai oleh 18 pekerja (aku ulang, ini contoh aja tau, takde nya dipengaruhi oleh pengadil, penjaga garisan, penonton, FRU maupun para pemain). Standard geraf yang diguna pakai untuk KPI berbentuk ‘curve’. Memang inilah gerafnya, tak caya tanya bos korang. Bila guna geraf ni, telah ditentukan mesti ada beberapa orang dalam kedudukan teruk (poor), tak berapa memuaskan (below average), setakat bolehlaaaaa (average), ok nih – baik - memuaskan (above average), dan cemerlang (excellent). Biasanya jumlah excellent dan poor tu memang sikit dan mungkin tak ada langsung.

Dalam lain perkataan, kalau semua 18 pekerja buat kerja yang sama pun, masing-masing akan duduk kat posisi tertentu (macam team bola) kerana bos terikat dengan geraf KPI.

Apa yang penting sangat KPI ni? Penting wooo, sebab inilah periuk nasi korang untuk tahun depan. Inilah yang akan tentukan korang akan naik pangkat ke (siap naik gaji sekali); naik gaji ke (biarpun tak naik pangkat); naik pangkat aja ke (gaji tak naik pun, hampeh tul – tanggungjawab lebey tu, hehehehe); berapa manyak bonus tahunan; atau pun duduk diam-diam kat tempat lama tunggu kena tukar ke, pandai-pandai le cari kerja baru ke, atau buat bodo je sebab prestasi tak naik atau yang teruk sekali tetiba taun ni KPI turun.

Boleh jadi ke KPI turun? Boleh happpa, kalau taun lepas dah naik gaji atau naik pangkat – bos akan kata "ko nih baru lagi kat pos ni, so kena tunggule 2 – 3 taun lagi". Contoh terbaek – Kerani kanan. Taun lepas dapat ‘above average’ dapatle naik pegawai. Taun ni KPI dia kira start dari bawahle… biarpun mutu kerja cemerlang bila dah duduk kat pos pegawai - hanya disebabkan baru je naik pangkat, belum setaun pun beb – so jangan nak ngengada mintak KPI tinggi).

posmen
Selalunya yang jadi mangsa kat kumpulan below average atau poor tu ialah opis boy atau messenger. Kesian kat brader posmen... Nak dapat excellent kena tunggu eksiden, pastu masa eksiden tu kena peluk bungkusan surat erat-erat - kira pegang amanah tau. Lagi best kalau cerita eksiden tu masuk paper. Kompom naik pangkat punya walaupun kaki sebelah dah hilang sebab eksiden. Tapi janganlah pulak disebabkan cerita aku yang merapu ni, semua posmen pakat eksiden...

Haru nanti...