Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kolam Sotong...

EmpayarUtama - Thursday, June 9, 2011 : 4 comments

Kena mintak maap lagi nampaknya terutama kepada blogger yang datang melawat blog aku sebab aku belum jengah lagi blog korang sambil menderma. 4 hari aku hilang sebab melayan budak-budak ke Telok Kemang/Port Dickson.

Ini tempat percutian yang sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga
maupun 'couple' yang nak berkeluarga.

Memula aku sampai kat sini entah tahun berapa ntah, anak aku gelar 'Kolam Sotong' sebab ada satu sotong besar kat situ. Aku rasa tempat ni tiap tahun aku datang sejak dapat anak ketiga. Maknanya dah lapan kalilah ke sini. Serba serbinya pun semakin mahal nampaknya. Oleh kerana ini kemungkinan besar jadi lawatan terakhir, aku abadikan kenangan yang ada kat sini.

Tiara Beach Tiara Beach
Ini jalan masuk dan lobby untuk pendaftaran. Di dalamnya ada kedai souvenir dan 3 dewan makan di bahagian belakangnya.

Tiara Beach
Kalau bernasib baik, kedatangan korang kat sini akan disambut oleh clown dan belon (dulu free sekarang kena beli).

Tiara Beach Tiara Beach
Lepas daftar, baru boleh lepas pondok kawalan. Kena letak satu tag ada no. bilik dan no. kenderaan untuk mudahkan aktiviti penyeludupan eh keluar masuk, hehe. Kanan tu Pulai Spring Golf Resort yang terletak betul-betul kat seberang jalan menghadap Tiara Beach ni. Biasanya mak budak layan budak, bapak budak layan golf.

Tiara Beach
Kalau keluarga kecik, ambik satu bilik dah cukuple tapi kalau ramai amikle 2 bilik macam kat atas ni. Sebenarnya bilik-bilik kat sini terbahagi dua. Satu kepunyaan Tiara Beach dan satu lagi kepunyaan tuan punya yang dah beli tapi tak duduk dan boleh disewa. Kalau dapat deal baeeekkkk punya dengan owner, dapatlah harga murah berbanding dengan Tiara Beach tu sendiri (Nak murah? Emel aku, eh jangan nanti Tiara marah, hehehe).

Tiara Beach
Aktiviti pertama anak kecik aku: Duduk macam tokey besar makan jajan siap letak bantal kat belakang, dan dengan selamba cakap (dah pandai cakap) 'bukak tv......'.

Tiara Beach
Sebelum lupa, sekarang ni kalau nak mandi kena pakai wrist band ikut kaler. Maksudnya sesi pagi lain kaler sesi petang (lepas tengahari) lain kaler. Kalau tinggi bawah 90cm free.

Tiara Beach
Ini kolam bahagian kanak-kanak aku snap dari tingkat satu. Bagusnya kolam kat sini terletak kat tengah-tengah, dikelilingi oleh semua blok bangunan yang ada.

Tiara Beach Tiara Beach
Haaa... Inilah dia sotong besar yang anak aku dok cakap tu. Tapi diorang (campur yang paling kecik) men kat sini kejap je. Diorang lebih suka gi tempat yang dalam - kat pantai tiruan belah sana.

Tiara Beach Tiara Beach

Kat bawah ni beberapa keping gambar kolam besar, rasanya ada 6 bahagian kolam ni hinggakan tempat ni digelar sebagai 'Malaysia's Largest Inland Sea Resort'.
Tiara Beach Tiara Beach
Ini opposite view beach yang kat atas tu.

Tiara Beach
Siap ada waterfall, dan kat bawah pulak view dari belakang waterfall tu.
Tiara Beach Tiara Beach
Ada part yang dalam 5 kaki dan ada 2 lagi bahagian kolam yang disediakan untuk polo air. Kat bawah ni antara aktiviti dan permainan yang disediakan untuk budak-budak. Mak bapak budak pun bley join happa, tak kisah punya.

Tiara Beach Tiara Beach

Tiara Beach Tiara Beach
Cuba pecah rekod sedia ada kat Tiara Beach dan kat sebelah tu, aktiviti biasa budak-budak kat tepi pantai...

Tiara Beach Tiara Beach
...ada bilik untuk Sand Art dan indoor games, ada bilik untuk video games dan karaoke...

Tiara Beach Tiara Beach
...dan macam-macam jenis basikal yang boleh disewa...

Tiara Beach
Ini Pavilion Stage, ada kat tengah-tengah Pavilion Walk (mula dari bangunan pendaftaran sampailah ke tepi kolam). Dulu tiap malam ada wayang free (bukan 'wayang free' yang kat dalam 'kereta rosak' tu yea) tapi 3 malam aku kat sini satu habuk pun tarak dah...

Tiara Beach Tiara Beach
Gamba kiri belah siang, kanan tu belah malam - tengok lampu kat pokok je... Wayang takde. Tunggule beberapa tahun lagi bisnes dah merudum teruk nanti, balik asal le... agaknya kot...

Tiara Beach
Hehe... Muka Aiman yang kecewa sebab tak dapat ikan bakar. Bukan tak ada, tapi kedai yang ada penuh la pulak. Kan cuti sekolah ni... Aku dah janji makan ikan je kat Umbai on the way balik nanti.

Melaka Melaka
Ini kat Melaka, nek beca dan lepak kat Dataran Pahlawan, sebelum turun ke Umbai. Gamba-gamba yang lain tu rasanya korang dah biasa nengok jadi tak payahla aku tunjuk lagi kat sini.

Umbai Melaka
Uihhhh... Dah bertukar wajah rupanya perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Eh iya ke nama tempat ni? Aku agak-agak aja. Kitorang sampai dah lepas maghrib jadi tak nampak signboard pun.

Umbai Melaka
Puteri tersenyum dan Aiman terus buat-buat tak nampak sebab dapat kerang sekilo, pais ikan pari, Siakap bakar, Siakap kukus dan telur dadar. Lauk lain dan sayur tak payah dah...

Umbai Melaka Umbai Melaka

... dan inilah hasilnya...
Umbai Melaka

Cuaca elok tapi ngam-ngam sampai sempadan Melaka-Johor terus ujan lebat bawak sampaila ke Yong Peng Selatan. Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke 'Teratak Puteri' tepat jam 12 tengah malam... Penat seyyyyyy.....

Dinding Runtuh!!

EmpayarUtama - Saturday, June 4, 2011 : 3 comments

Ingat tanah je boleh runtuh ke? Dindingpun boleh runtuh beb kalau tiap masa dok tempek benda 'berat'.

Itu dinding, 'dinding' yang ni lebih kurang gak... Cuma kat fesbuk dipanggil "Wall".

Majoriti budak-budak affiliate promot kat fesbuk tapi takkan tunjuk "wall" masing-masing. Sebab kalau tunjuk
jugak akan jadi kelakar kerana post yang sama berulang-ulang. Yalah, nak promot apa lagi? Contonya macam ni (kalau mamat ni display/ tunjukkan "wall" dialah):

Kelab Jutawan

Semalam dapat jawapan atas permintaan aku nak tengok duit masyuk salah sorang budak program affiliate. Aku ada request 3 tapi satu je respon. Makasihlah bagi respon yea. Pagi ni aku bukak page RUANGAN IKLAN 1 MALAYSIA satu respon dah hilang bah... Dah macam atlit yang hilang untuk ujian doping aritu.

Azam Biz ni ingat bila dia pos boleh buang camtu aja ke? Aku dah kopipes siap-siap sebab aku tau mesti dia hilangkan punya pos tu, sebab apa; kena tanya dia sendiri:
Kelab Jutawan

Ekeleeee, snapshot tu sama je dengan yang ada kat HAFIZI.html. Hafizi Radzuan ni guna emel hanyadirumah@gmail.com. Aku rasa itulah jawapan sebab apa pos tu hilang.

Tapi ini belum jawab sebab apa atlit hilang untuk ujian doping.

Kelab Jutawan
Azam Biz pulak yang bagi respon kat aku guna emel malaysiaku99@gmail.com. Entahlahhhh...

Kelab Jutawan

Dalam jutawansenyap.htm Ada 3 testimoni diambil dari fesbuk: Kak Za, Nelly dan Norhaliza

Kelab Jutawan

Kak Za tu asalnya bisnes buat kuih, banyak order untuk raya sambil buat direct selling. Ntah macam mana ntah boleh masuk macam-macam program lepas tu. Kena pulak ada sorang nama Daysi Mousseau dok rajin tul meracun si Kak Za ni mula dari bulan April baru ni. Adalah 4-5 program bawaklah ke bulan Mei; last-last pada 7 Mei Kak Za ni join jugakle program macam kat atas tu. Siap bagitau lagi program-program sebelum ni semuanya hancur, tabley pakai... hehehe.

Bagusnya dia ni tak sorok "Wall" jadi bolehlah nengok apa yang dia pos. Aku dok carile pos yang di'snapshot' cam kat atas tu... tak de pun.... Pos tu tunjuk hari Jumaat; maknanya sama ada pada 13, 20 atau 27 Mei. Korang carile. Memang tak ada.

Kelab Jutawan

Nelly ni pulak cikgu. Nasib baik tak berenti jadi cikgu. Taun lepas bulan sepuluh dah mula berjinak-jinak dengan bisnes. Baguslah. Tapi masuk bulan Januari tahun ni dah mula main affiliate pulak dah... Akhirnya 19 Mei masuk program kat atas tu. Aku siap ambik snapshot pos dia kat "Wall" Luqman Aklaken tapi satupun takde yang sama cam 'snapshot' yang kat atas tu haaa (yang dapat 7 komen)...

Norhaliza ni cerdik sikit. Dia sorok "Wall" dia (mesti rajin gila pos entri kat tempat lain). Kalau tak, jadilah macam mamat kat atas tu.

Kelab Jutawan
Opps sori yea Sujairi. Aku bergurau aja. Budak-budak tu kena bersandar kat dinding nak hilangkan penat. Sampai runtuh dinding diorang. Nak pos benda lain pun tak boleh.

Ko goyang kaki makin kaya.
Kenapa? Tak percaya ke?