Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Akal Melampaui Batasan

EmpayarUtama - Tuesday, July 5, 2011 : 2 comments

Untuk tajuk ini aku sebenarnya guna logik akal aja. Bila guna logik akal ini termasuklah teori dan praktikal sekali. Aku memang kurang arif pasal hukum hakam jadi aku tak mau sentuh bab halal haram sesuatu program tu. Jadi tegur akulah ya kalau fakta-fakta kat bawah ni melencong ke bulan atau matahari.
Oh ya, terima kasih kat tokey Jutawanklik lepas baca entri aku terus buang kenyataan nak limitkan sampai 300 affiliate je (tak masuk akal kan?). Sekurang-kurangnya ada jugak penambahbaikan program tu selepas dapat teguran. Kat sini aku cuba kupas sikit perbandingan Affiliate program dengan MLM mengikut citarasa aku sendiri. Bacalah, mungkin banyak pandangan aku yang tak betul:

AFFILIATE PROGRAM VS Multi Level Marketing

1. Ada dua jenis biasanya yang free dan yang berbayar walaupun bayaran tu murah. Jenis yang free tu biasanya ganjarannya dalam bentuk barangan dan bukan duit. Kalau ada ganjaran duit memang bukan boleh kaya pun. Jenis berbayar ni pun ada dua jenis, satu tak de auto-responder dan satu lagi siap dengan auto-responder (sampai doblas emel susulan) bertujuan memujuk affiliate yang join free supaya bayar macam dia jugak (duit tu nanti separuh dia punya separuh tokey punya) pastu affiliate tu kena promot sendiri kalau tak mana nak dapat duit. 1. Ada dua jenis yang free dan berbayar. program MLM yang free tu biasanya jadi batu loncatan atau kambing hitam kepada MLM berbayar kononnya program ni bagus dapat tarik ramai orang untuk program tu. Jenis berbayar ni biasanya siap dengan auto-responder dan ini sebenarnya bukan buat duit tapi salah satu alternatif untuk jana wang untuk produk korang sendiri nanti.





2. Ada yang ada produk dan ada yang tak ada produk. Kalau tak ada produk tu biasanya cuma ada replika website dan affiliate atas makan duit affiliate bawah buta-buta. Pastu suruh affiliate bawah buat kerja yang sama. Yang ada produk tu biasanya ganjarannya tak buat affiliate jadi kaya, dan barangan untuk pakai sendiri. Apa jadi dengan affiliate paling bawah kalau dah tak ada orang lagi yang nak jadi affiliate bawah dia? Jadi aku fokus kepada program berbayar siap dengan auto-responder tulah yea.






2. Ada yang ada produk dan ada yang tak ada produk. Yang tak ada produk tu dilinkkan dengan beberapa affiliate program lain. Yang ada produk pulak produk merapu dan biasanya ahli bukan nak jual produk tapi nak kaut untung duit ahli bawah dia dengan memperkenalkan program alternatif yang tak perlu jual produk. Produk yang ada mahal nak mampos walaupun siang-siang program tu kata produk tu hanya alternatif kepada barangan sedia ada di pasaran. Kenapa alternatif atau produk tambahan lebih mahal dari yang sedia ada? Dah namanya alternatif, kenapa promosi (kalau jenis untuk rawatan) melebih-lebih dari produk yang memang dah diperakui di pasaran? Jadi aku fokus kepada program kedua yang bukan jual produk tapi dok sibuk cari orang.

3. Anggota affiliate tak terbatas. Tokey kontrol program ni bila tengok dalam seminggu dua macam tak jalan dah; boleh tutup bila-bila masa. Mana ada agreement pun? Memang malangla affiliate yang masuk kemudian tu tapi mana dia tahu pun dia antara affiliate yang masuk sebagai rezab terakhir kan?



3. Ahli tak terbatas juga tapi pakai sistem piramid dari 2 cari 2, 3 cari 3 atau ikut suka program tulah. Pastu yang berada kat bawah pun kena ikut sistem yang sama kalau tak nanti tak masyuk… Apa jadi kat ahli yang bawah kalau dah tak ada orang nak masuk jadi ahli? Korang dalam piramid tu tau ke korang kat aras berapa, kalau bukak tingkap terjun mati ke tidak? Kalau takat tingkat satu je, patah kaki je bang tapi biasanya memang takde duit...

4. Cara bayaran biasanya tidak diterangkan secara nyata tapi biasanya selepas 7 hari atau 14 hari atau sebulan dan ada minimum limit pulak untuk dilepasi. Tak lepas limit, kena bawak ke hadapanle jawabnya.





4. Cara bayaran terang-terang dinyatakan selepas dapat bentuk piramid yang lengkap dan ada limit bayaran tiap peringkat piramid tu. Tu yang dok promot kat fesbuk macam nak rak sebab nak bagi cukup rajah piramid sendiri. Biasanya bayaran memang liat nak dapat; kena pulak beberapa speaker lepas tangan kata dah tak campur lagi dah program tu (dah cukup sendiri punya target blahla kan, tunggu apa lagi).

5. Rajah untuk nombor 4 lebih kurang cam ni:
affiliate
Ini contoh je yea. Aku tak masuk affiliate ni. Katalah rajah ni macam tulah bentuknya dalam masa 7 hari. Bayaran kepada tiap affiliate pada hari ketujuh dengan minima duit terkumpul 500 hinggit Malaysia baru boleh ambik duit. Tiap satu affiliate harganya seratus; lima puluh tokey punya, limapuluh lagi individu affiliate punya. Kalau affiliate bawah pada affiliate asal dapat bawak masuk berapa ramai pun, affiliate asal sori aaa, no komisen. Jangan mare... Tokey dapat 9 affiliate guna link dia sendiri. Dalam rajah atas tu Affiliate 1 (A1) dah lepas dan akan dapat RM550.00. Yang lain-lain tu sori lain minggu baru nengok aaa. Pastu A1 tak boleh stop kat situ aja. Tak promot, tak dapat affiliate bawah dia, tak de income la. Tujuh hari tu aja kalau ikut rajah atas tu, tokey dah kumpul berapa? 3,300 hinggit bang; tolak 550 hinggit bg kat A1 masih untung atas angin RM2,750 sey... Dan untuk minggu itu aja, tak payah kerja dah sebab 33 affiliate tu akan tolong tambahkan duit tokey untuk minggu-minggu seterusnya. Lain minggu mungkin ada affiliate direct masuk guna link tokey, itu cerita lain.
5. Rajah untuk nombor 4 lebih kurang cam ni:

Piramid MLM
Ini contoh je yea. Katalah aku berada pada level ke 5 dan bersaing dengan ahli lain yang akupun tak kenal. Aku dijanjikan RM5,000.00 jika aku sendiri dapat lengkapkan piramid aku (takde tempoh) sampai level 5. Target aku RM500,000 maaa. Agak-agak bila aku dapat lengkapkan 5 tingkat tu yea? Pastu bila aku dapat capai target lima ratus ribu hinggit tu haaaa? Esok? Lusa? Tiap kepala bawah aku tu; sedeynya kena kongsi duit persennya dengan orang-orang atas yang pijak kepala aku tu. Persen paling besar pergi ke tokey! Ini contoh 2 cari 2 dan aku kena cari 62 orang baru boleh dapat lima ribu. Berapa orang aku kena cari untuk dapat 500 ribu? Ok kata lah 3,286 orang. Abis tu 3,286 orang tu pun bercita-cita sama cam aku. Dan itu yang kat bawah aku je tau. Yang 31 orang sebaris ngan aku camna? Yang dok pijak kepala kitorang 30 orang lagi? Gila betullah... Tau tak setakat yang sebaris ngan aku ke atas (tak campur tokey) kena cari 203,732 orang barulah 62 orang pertama ni dapat 500 ribu tiap sorang. Dah tu, bila 203,732 orang tu nak dapat?

6. Bentuk pemasaran biasanya ialah dengan memujuk adik beradik, sedara terdekat, jiran-jiran, kawan-kawan, dan pastu orang luar. Sebab tu siang siang program ada pesan jangan spam kalau promot guna emel. Habis tu kalau adik beradik, sedara terdekat jiran sekampung dah masuk bawah aku, diorang nak cari adik beradik angkat pulak ke (adik beradik dah bawah aku mana ada adik beradik lain diorang nak tarik), sedara bau-bau kambing pulaklah sedara terdekat kena cari untuk duduk bawah diorang; jiran-jiran kena pergi kampung seberang pulak sebab nak cari orang bawah diorang sebab semua jiran kat dalam kampung dah duduk bawah aku… Ini boleh bergaduh dan bermasam muka antara masyarakat nih.

7. Lanjutan dari nombor 6 tu, maknanya kena promot gila-gila lah program ni untuk dapat duit. Kalau tak; tak masyuk nanti. Kena ingatle nombor 4 tu duit masuk ada tempoh dan kena capai minimum limit baru dapat duit. Promosi kena berterusanla kan kalau tak sori le nak dapat kumpul orang sambil kumpul duit. Takkan nak dapat duit sekali je, camna nak kaya... 7. Lanjutan dari nombor 6 tu, maknanya kena promot gila-gila lah program ni untuk dapat duit. Kalau tak; tak masyuk nanti. Kena ingatle nombor 4 tu duit masuk bila dah cukup 'korum' dan kena capai minimum limit baru dapat duit. Promosi kena berterusanla kan kalau tak sori le nak dapat kumpul orang sambil kumpul duit. Takkan nak dapat duit sekali je, camna nak kaya...

8. Halal haram tu aku tak pandai sangat part ni (bukan bidang aku) tapi kalau dah program macam ni agak membebankan; sepanjang masa kena promot beb nanti affiliate lain sapu prospek rugila pulak; aku rasa semua bangsa patut taule tak kira Melayu, Cina, India, Singh, orang asli, dan semua masyarakat Malaysia. Kat sini korang kerja sendiri sebab untung kena kongsi dengan tokey. 8. Halal haram tu aku tak pandai sangat part ni (bukan bidang aku) tapi kalau dah program macam ni agak membebankan; sepanjang masa kena promot beb nanti ahli lain sapu prospek rugila pulak; aku rasa semua bangsa patut taule tak kira Melayu, Cina, India, Singh, orang asli, dan semua masyarakat Malaysia. Kat sini kena kerja berkumpulan sebab senang nak susun segitiga piramid jangan ada lubang.

9. Bila join satu-satu program affiliate / MLM, korang tau ke korang affiliate/ahli keberapa untuk korang buat perancangan berapa ramai dan berapa banyak duit yang korang boleh jana dalam setahun dua akan datang? Tokey program boleh set siang-siang affiliate/ahli pertama dapat nombor 435, atau apa nombor pun. Cam tu le seterusnya, nombor kecik tu bagi korang syok.

10. Macammana korang promotpun, tokey tetap dapat dia punya share dan korang belum tentu dapat korang punya share. Tokey goyang kaki je tau. 10. Macammana korang promotpun, tokey dan orang atas kepala tu tetap dapat diorang punya share dan korang belum tentu dapat korang punya share.

11. Program biasanya tunjuk lesen berniaga saja tapi tak tunjuk lesen ambik duit. Jadi bila ada tambahan projek dalam program tu yang janjikan pulangan sangat lumayan dalam tempoh singkat tanpa korang bersusah payah buat promosi; pastu tetiba tokey rasa nak tutup program ni, masa tu korang ternganga aja… Sebab korang ada sain apa-apa perjanjian/agreement ke untuk program affiliate? Mana ada win-win situation, mengkayakan tokey dan affiliate-affilate terawal aja adalah. Baca balik nombor sembilan tu. Korang affiliate ke berapa? 11. Program biasanya tunjuk lesen berniaga saja (dan majority lesen hanya untuk perniagaan satu tingkat (SLM) bukan pelbagai tingkat (MLM)) tapi tak tunjuk lesen ambik duit. Sampai satu masa kerajaan kata program ni salah dan kena serbu, masa tu korang ternganga aja… Haaa, kat sinilah baru nak guna suratkhabar, mahkamah, menyesallah, itulah inilah. Dan segala kos selepas itu korang tak tau guna duit kitorang yang langsung tak join pun. Membazir duit orang lain pulak untuk masalah yang korang sendiri cipta. Tau ke korang ahli MLM ke berapa, duduk tingat berapa?

12. Tokey program juga gemar pamerkan testimoni menyatakan korang dah dapat duit banyak siap nombor akaun lagi; semata-mata untuk bagi nampak program tu gempak gila sampai merapu-rapu pun ada. Bacalah suratkhabar minggu lepas pasal penggodam yang sangat suka dengan nombor-nombor akaun korang tu. 
link
Secara amnya, perniagaan ambik duit orang lain atau kutip deposit tanpa lesen tertakluk kepada beberapa akta dan korang kena ambik tau la benda alah ni sebelum masuk sesuatu program. Kalau program tu ada pamerkan kat website dia oklah jugak tapi biasanya memang tak ada pun.

Tegur aku aaaa, mana yang tak betul. Atau nak tambah lauk ke, nasi ke, apa ke,.....




Satu Pagi Yang Ceria

EmpayarUtama - Friday, July 1, 2011 : 5 comments

Hari ni Jumaat 1.7.2011. Tak ada burung berkicauan. Langit kabur-kabur sikit mungkin ada pertarungan Otromen Zero menentang Kaiser Bellial kat luar sana. Bagi yang beragama Kristian mereka menggelar hari ini sebagai 'Good Friday'. Tapi kena kat aku pulak, agak kelam kabut semacam je.
Semalam aku agak-agak minyak kereta bolehlah bertahan untuk hantar anak-anak ke sekolah, hantar anak ke baby sitter dan pastu hantar orang rumah ke tempat kerja. Nanti barulah nak isi minyak untuk aku pulak pergi kerja. Eh, lupa. Satu lagi, nak anta anak aku yang sorang lagi ke rumah cikgu dia pukul sebelas nanti sebab diorang kena berkumpul sebelum bertolak ke Batu Pahat untuk pertandingan muzik.

Cam biasa kat wallet aku cuma ada beberapa not kecik je. Selebihnya memang dalam kad ATM. Jadi lepas hantar anak ke sekolah, terus je gi pam minyak. 2-3 kali jolok kad asyik decline la pulak... Aku masuk kedai nak keluarkan duit untuk isi tunai. Dua-dua ATM dok biarkan aku tunggu berjanggut pastu keluar resit je... Hampeh tulla. Kenalah isi pakai tunai.

Itulah kelemahannya guna satu bank aja. Apa pun tak boleh buat. Tak pe (nak sedapkan hati) aku ke cawangan bank yang terdekat guna mesin bank pulak. Hasilnya? Hampeh jugak. Mesin ATM dok nengok aku, aku dok tengok mesin. Cam tu aja? Cash tak ada ni... Nak la jugak bagi anak aku yang nak ke pertandingan tu duit belanja sebab dia kat sana sampai hari Senin... Uwaaaa masak aku.

Apa-apa hal pun, kasi settle hantar anak-anak dan orang rumah dulu. Ada pulak yang mengirim kuih sarapan nak buat makan-makan kat opis... Pergi ke tempat makcik yang aku selalu beli tu, kuih habis daaa. On the way ke tempat kerja orang rumah; ada satu warung lagi, pun habis daaa... Beli ajalah apa yang ada. Betul-betul 'Good Friday' nih.

Settle semua, tinggal sorang lagi pukul sebelas nanti. Aku teringatle kat satu buku kaler oren (bukan buku keluaran satu parti politik tu yea) yang tak pernah-pernah aku kemaskini dari azali... hehehe... Ada cash kot kat dalam tu, manalah tau. Jadi aku ke Pejabat Pos tedekat untuk update buku dan siap-siap amik borang withdrawal.

Tiket


Tengok tiket aku nombor 27; pukul 9.06 pagi tu. Masa tu baru nombor 17 tapi ada dua kaunter. Entah apa malangla... Ngam-ngam sampai turn aku, boleh offline pulak satu pejabat pos... Hangin betul...

Pejabat Pos

Tunggu punya tunggu, tengok jam kat atas tu pukul berapa dah. Pekerja kat dalam tu semua member pulak, jadi kena cool aja lah... Semua orang dah cabut tapi tinggal satu mamat tu selamba je duduk kontrol hensem sebab nombor dia last sekali kot. Tak pun dia nak tekel satu kerani cun kat kaunter 4, aku rasa dia ada can sebab dah takde orang hehehehe...

Sepuluh minit pastu, tepat pukul 10.30 pagi abang Fadhil panggil aku nak test sistem diorang dah ok ke belum. Aku hulur je lah buku oren tu. Perghhhh nasib baik ok sey. Dulu entah bila ntah aku melabur cuma seratus je. Tengok belen terkini mak oiii... dekat seribu dalam tu. Memang patutle kulit depan buku tu tulis "Bijak Dahulu Bijak Sekarang". Nyesal pulak tak letak lima ratus siang-siang masa bukak buku tu dulu. Kali lima dah dekat lima ribu dah kan?

Jadi esok aku fikir aku kena pindahkan separuh simpanan aku dari bank tu ke buku oren ni. Sekurang-kurangnya ada alternatif kalau nasib tak baik kena lagi macam hari ni.....

Errrr, korang tak melabur ke?