Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Mengaku Sebab Dah Kena Dua Kali

EmpayarUtama - Sunday, October 30, 2011 : 53 comments

Alamak! Alamak! Kena Tag lagi. Sari suntuk dok mikio camna nak buat aaa... Terencat terus blogwalking lepas nengok komen Lai Qma (adus pasal aku pun kena nih?). Sebelum ni da nampak kat blog BlueiceButterfly tapi sebab dia tak remind aku, aku buat derk aja. Blog lain aku tak pasti hehe...

Bagus gak sebab dapat sambil bagi
promosi percuma. Mesti support kengkawan. Syarat-syarat dia senang, aku je yang buat jadi susah hahahahah :

• Tak boleh tag semula orang yang sama!

• Masukkan semua peraturan ni (rules) dalam entri

• Pilih sebelas orang untuk ditag dan letakkan link diorang dalam entri

• Pergi blog/page mereka; bagitau yang kamu dah tag diorang

• Korang kena pos 11 perkara pasal diri korang (ikut sukalah) dalam entri

• Jawab soalan yang telah di set / diberi oleh tagger; dan buat sebelas soalan kepada mereka yang ditag untuk diorang pulak jawab.

Ini 9 tak cukup 2 perkara tentang aku:

~ Hensem (Empayarutama like this) ~
~ Berbintang bintang Pisces ~
~ Rambut dah panjang separuh badan ~ Eh lupa - aku lelaki ~
~ Selalu mengalah aja ~
~ Kerja tapi macam tak kerja ~ tak minat bola ~
~ selalu buang duit men golf (kalah manjang pulak tu) ~
~ Dah berkeluarga takot nak tambah lagi lepas buat entri Dah Sampai KL Pun ~
~ Gila komik Hong Kong dari zaman itam putih ~
~ blogging suka-suka je hehe ~


CepuEmas dari Lai Qma untuk aku jawab:

1. nama penuh ? Empayar Utama

2. umur ? 35

3. single 0r taken (state the name) ? Taken but available hahahahah (Ikin Konichiwa)

4. blajar lg ke dah keje ? Belajar, keje

5. favourite quotation ? Kuangkuangkuang kuang ajor tul haku nih...

6. pendapat ttg bl0g lai (jujur k) ? Blog cantik orangnya blom nengok lagi. Kasut kat header tu kalu kena pala haku mesti senoneng punya

7. pendapat ttg lai (jujur k) ? Sejujurnya aku tak tau. Bila kita nak date?

8. blog yg plg korg suke ? Blog aku le... Tiap hari aku bukak

9. sbb pe ske blog tu ? Entahle, sebab aku masih tercari-cari camana nak bagi lagi simple

10. myvi or civic or savvy =.=' ? Civic

11. suke tak kne tag2 ni ? haha Jawapan aku: Cam hampeh larrrr...


CepuEmas dari BlueiceButterfly untuk aku jawab pulak:

1. Suka tak join contest or apa2 yang blogger selalu buat tue?best? Takat ni cuma join satu segmen je LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST??

2. Kenapa buat blog? Memula ingat nak kongsi tempat-tempat menarik last-last jadi rojak hahahah

3. Blog yang macam mana selalu jadi pilihan nak singgah? Semua sama je, janji bukan cintan-cintun

4. Blog kesukaan yang wajib singgah hari2? Blog aku le... Tiap hari aku bukak

5. Apa pendapat tentang blog nie? Entahle, sebab aku masih tercari-cari camana nak bagi lagi simple

6. Kenangan paling best dalam berblogging? Blom ada... baru lagi ni...

7. Apa impian 20 tahun akan datang? Dok goyang kaki takyah kija duit masyuk paling kurang lima ribu sebulan hehe

8. Antara mak dan ayah mana paling rapat? Terang cakap mesti la mak

9. Azam tahun depan dah ada??apa? Azam tu apa... Nama orang ke?

10. Hobi masa lapang? Hobi manyak tapi mana ada masa lapang

11. Marah tak nama ditag oleh saya?hehe :) Jawapan aku: Cam hampeh larrrr...


Jeng jeng jenggggg, meh aku tag...

aiEz
simanis
BulatMata
Remyhazza
Afzalsukasuki
Selendang Merah
Aien Not Alien
Melatiqistyna
Ratu Satin
Zakia
hyz

Tahniah buat mereka kerana telah ditag oleh haku. Nanti isi borang claim Keychain AngryBird dari EmpayarUtama yea :) (selagi stok masih ada)

Soklan-soklan Sehati Serasa dari aku :
1. Nama penuh siap tarikh lahir ?

2. Nama suami/isteri/laling tersayang (letakle gamba) ?

3. Entri terbanyak dalam sebulan ?

4. Entri tersikit dalam sebulan pulak ?

5. Pendapat tentang blog EmpayarUtama ?

6. Blog feveret ?

7. Sebab apa suka blog (feveret) tu ?

8. Apa yang pertama kali dibuat bila buka sesuatu blog (contoh: terus tekan follow; terus cari shoutbox) ?

9. Kalau tak berblogging sekarang ni, rasanya nak buat apa ?

10. Berapa lama masa diambil lepas baca entri nih untuk buat entri korang pulak, hahahahah jawab ?

11. Soalan tak boleh lari nih: Apa rasa bila kena tag ?


Blog Hilang Huhuhu

EmpayarUtama - Saturday, October 29, 2011 : 25 comments

Biasanya aku blogwalking melalui Shoutbox sendiri; ikut senarai followers; dan dari komen-komen yang diterima. Pastu bila dah sampai ke blog seseorang tu; kalau rajin pun ulang buat camtu juga.

Ada juga la masuk blog orang lain berdasar link yang diberi dalam entri blog yang aku baca. Jarang aku jengah melalui pakcik Google atau twitter
maupun fesbuk (bukan tak ada cuma kurengle; sebab aku ni kengkadang je online).

Semalam tengah blogwalking terkejut bila nampak paparan camni:
Alamak! Ini antara blog yang rajin aku jengah; biar betul. Sebenarnya blog diorang idup lagi cuma ialah selalunya mungkin sebab nak cepat blogwalking; taip link kat shoutbox tak check betul-betul terus tekan shout kuarlah cam kat atas tu. Ni ha blog diorang, pergile visit:




Banyak lagi sebenarnya link yang ditaip tak betul tapi sebab kengkawan; aku cuba satu persatu betulkan sendiri link yang diberi hanya nak nengok apa cerita entri terbaru.

Bagi aku; ini antara cara aku promot blog kengkawan ikut cara aku. Rasanya belum banyak aku buat entri pasal blog kengkawan tapi tak delah ceritakan pasal blog dia berbunga-bunga ke; apa ke. Selain dari yang kat atas tu selalunya aku masukkan berdasar kandungan entri yang relate dengan entri aku.

Ini ada satu lagi kisah.. untuk dikongsi ketika bosan.. (Aku terima dari Rhea Scarlet dua hari lepas) siapa yang dah pernah baca, anggap je siaran ulangan..:

Pada suatu tengah malam, telefon di rumah seorang pustakawan telah berdering.

"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.

"Jam 9 pagi, encik. Ada masalah apa encik menelefon saya tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi kehairanan.

"Boleh tolong buka lebih awal?" pemuda itu memohon penuh pengharapan.

"Tidak! Perpustakaan tidak akan dibuka sebelum pukul 9 pagi!" pustakawan menjawab dengan nada yang agak tinggi.

"Tapi, saya minta tolong sekali ini je.." rayu pemuda tersebut.

"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu pukul 9 pagi?" pustakawan menyoal dengan nada yang berang.

"MEMANGLAH PENTING! SAYA TERKUNCI DALAM PERPUSTAKAAN NI. SAYA MAHU KELUAR SEKARANG!" Jawab pemuda tersebut.....


^_^ ahahahahahah ^_^