Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pasang Lagu/Autoplay/Repeat/Pause

EmpayarUtama - Tuesday, May 29, 2012 : 11 comments

Nampak tanda 'pause' kat sidebar? Kat belog ni dah tak nampak sebab aku dah keluarkan.

Haa, dulu aku ada pasang tapi macam yang aku cerita dulu; tetiba je dah tak ok. Ramai juga pengguna blogspot yang tak boleh guna html kod ikut tutorial yang ada, kannnn...
[Update: Blogger New Look ni macam dah tak terima html code yang ada dalam tutorial yang ini. Tapi kalau nak pasang kat belog masih boleh lagi. Tuto ni tetap disiarkan sebagai khazanah belog :)]

Kat sini aku kongsi
a. camana nak bagi jadi; jangan tak jadi ^_^

b. html kod paling simple. Tak perlu ambik semua dan kalau nak tukar lagu cuma tukar kod lagu aja. Cari je lagu apa korang minat kat youtube dan gantikan html kodnya.

c. camana benda alah ni jadi autoplay dan repeat berulangkali - kalau bosan tekan butang pause, ok? Kalau malas nak sambung baca, terus aja pergi ke blog Nurhafizah❤ atau blog Nakbebel cuma diorang tak ajar camana repeat lagu

d. kod ini boleh letak kat sidebar; entri pos atau kat mana-mana area dalam blog.

Ok k k k k; ni ha kodnya:

<center><embed src="http://www.youtube.com/v/-sWnEWpS_fA?version=1&loop=1&amp;autoplay=1&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xfffff" width="30" height="25"></embed></center>

1. Kaler merah (center) untuk kedudukannya nampak cantik kat tengah. left untuk kiri, right untuk adjust kanan.
2. Kod embed untuk pastikan sumber (src) telah diletak dalam blog.
3. Kaler biru lepas sumber (src) itulah kod lagu youtube yang korang boleh tukar kalau bosan dengan lagu yang korang dah pasang ^_^
4. Haa (version=1) berlatarbelakang kaler apabendantah tu penting untuk tunjuk/display bagaimana kod ini akan keluar. Cuba korang tukar '1' tu kepada '3' mesti tak jadi punyalah.
5. Kaler hijau (loop) haaa itulah kod untuk repeat lagu. Lagu akan dimainkan semula selepas tamat secara otomatik.
6. Kaler oren (autoplay) untuk lagu terus dimainkan apabila blog kamu didisplay. Kalau tukar kod jadi '0' berjanggutle nak tunggu lagu keluar.
7. Kaler pink (color 1) adalah border keliling, nampakle macam kotak. Kaler kod ffffff untuk putih - tukar lah kalau nak bagi nampak border/kotak. Contoh border/kotak kaler merah:

8. Kaler purple (color 2) pulak adalah warna bahagian dalam border/kotak. Kaler kod ffffff untuk putih - tukar kalau nak bagi nampak kaler dalam border/kotak tu. Contohnya:

9. Akhir sekali tinggi (height) dan lebar (width) itu adalah ideal tak yah tukarle. Tapi nak tukar boleh juga. Ni contoh kalau aku tukar width kepada 230 dan kekalkan contoh color 1 dan color 2 tadi:

Oh, oh, lupa. Kalau nak letak kat mana-mana kawasan blog, tambah kod kaler gelap macam kat bawah ni:
<div style="position: fixed; top: 25px; left:3px;">
<center><embed src="http://www.youtube.com/v/-sWnEWpS_fA?version=1&loop=1&amp;autoplay=1&amp;color1=0xffffff&amp;color2=0xfffff" width="30" height="25"></embed></center>
</div>

25px tu jaraknya 25 pixel dari atas. 3px pulak maknanya 3 pixel dari kiri. Korang adjust sendiriklah yek. 

Mana nak dapat kod lagu youtube? Hek elehhh banyak tutorial tu gugel ajalah hahahahah. Pergi ke Youtube; taip lagu yang nak dicari dalam kotak search Youtube tu; Pastu cari button 'Share' haa tekan. Nampak pulak butang 'Embed' tekan lagi. Nanti keluar 4 kotak kecik-kecik tanda kat kotak last yang macam ni:
Use old embed code [?]

Satu lagi - kenapa mesti guna 'old embed code'? sebab kod lama takde perkataan 'embed' dalam link youtube dan kita dahpun letak kod 'embed' pada pembuka dan penutup kod. Faham yea...

Aku cuba ok je, korang lak camana?



Mintak Jawapan Pengguna Blogspot. Kongsi la Sikit ^_^

EmpayarUtama - Sunday, May 27, 2012 : 9 comments

Bila ada blog, kita tak boleh lari dari sifat inginkan yang terbaik untuk blog kita. Akupun sama. Walaupun nakkan blog lebih ringkas - sebenarnya banyak html kod kena tambah. Blogspot pulak dalam proses kemaskini dan ada html kod macam tak berfungsi.

Kita juga dah tak boleh nak download template luar. Walaupun buat masa
ini masih boleh tukar melalui old interface format; tapi proses ini akan dihapuskan sepenuhnya.



Kebanyakan kita guna dan download design template percuma dari luar. Templates tersedia oleh blogspot guna versi 2 ke atas manakala templates luar bukan versi ini.



Walaupun begitu, kita masih boleh susun semula html kod melalui template designer yang disediakan tetapi bukan semua orang pandai. Akupun cuma pandai download dan letak html kod bagi blog nampak ringkas.


Begitu juga dengan beberapa html kod dan script dalam tutorial oleh para tutor yang tak boleh diapplikasi lagi. Dulu lagu dari Widget Index ok, sekarang dah tak ok. Juga tutorial pasang lagu tanpa henti yang ada butang pause tu, dah tak boleh pakai lagi dah. Jadi para tutor yang terbaca cerita aku; bukak-bukaklah tutorial lama mungkin kena kemaskini juga seiring dengan situasi. Sebab itu tutorial aku tak banyak. Aku kongsi tutorial yang aku pakai sendiri dan berfungsi.

Tiap kali aku tambah html kod dalam blog - aku cuba view terlebih dahulu guna Chrome, Mozilla dan Internet Explorer (IE). Aku rasa rugi jika abaikan IE kerana pengguna IE yang baca blog aku berada dalam ranking ketiga tertinggi. Korang camana?


(Sori aaa malu sebenarnya nak tunjuk yang ini - statistik tak bagus tapi sebab nak terangkan, kenalah tunjuk hehe)

Satu lagi, aku suka baca blog melalui RSS feed sebab lebih mudah. Sekarang agak susah nak buka rss post feed kecuali kita dah 'burned' post feed kepada program lain (redirect). Aku ambik contoh blog Aien Alien; tak boleh baca. Mungkin ini kesan upgrade blogspot. Rss comment feed tak payah ceritalah, memang tak boleh - aku punya pun sama.

Subscribe to: Posts (Atom) ~ EmpayarUtama

Subscribe to: Posts (Atom) ~ Aien Alien

Cuba tekan link atas ni untuk tengok hasilnya. Lepas tu korang tekan link yang ada kat blog sendiri, apa jadi? Errrrrr, sori Aien ambik blog kamu jadi contoh. Haaa meh jengah blog dia yea ^_^

Jika kengkawan baca guna IE dan lihat segalanya dah ok; maknanya aku dah bertukar kepada template lama. Sekarang ini masih guna Template Awesome Inc. (by Jason Morrow, designer Tina Chan) yang aku ubah suai.



Sebenarnya aku ni nak bertanya tapi dah lupalah nak tanya apa ^_^