Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Suasana Di Stesen Bas

EmpayarUtama - Thursday, September 13, 2012 : 17 comments

Yang ini berlaku beberapa hari sebelum raya. Terjumpa la pulak karangan Afrina lepas dia ikut aku jenjalan satu hari tu.

Oppps sebelum lupa - sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi untuk menghormati bulan Ramadhan aku tarik lambat sikit. Itupun sebab aku takut ada yang berasa hati baca cerita-cerita
mengarut aku lebih-labih lagi dalam bulan puasa; kurang pulak pahala.

Si Afrina ni peten dia tulis dan baca sama aja. Kalau baca buku tu ada titik pun dia langgar. Jadi dia tulis pun sama; titik hilang ntah ke mana. Meh baca apa yang dia tulis (kalau tak faham bacalah berulang-ulang kali ya ^_^):



Sebetulnya aku bawak dia ke Maybank. Cerita kat luar bangunan hingga ke tingkat bawah tu betullah

Ikut pada nombor giliran aku yang cantik tu; depan aku ada 32 orang lagi. Bayangkanlah - baru pukul 11.29 pagi hari Selasa ada enam kaunter cuma bukak dua kaunter je... Itu yang aku kata ada dua bas.
Yang mee tergantung tu adalah 'commercial ads' kat skrin tv yang dipasang kat dinding. Dekat pukul doblas baru ada sorang mamat bukak satu kaunter lagi.

Setahu aku bank ada ISO standard yang perlu diikuti - rasanya dua hingga ke tiga minit saja untuk setiap pelanggan. Kalau hari tu nampak pelanggan ramai (ngam-ngam grup askar datang ambik elaun kena buat transaksi kat kaunter) kenalah bagi kerjasama. Back-office staff yang ada kenalah pinjam sekejap bagi crowd kurang.

Dua kaunter je beb. Yang sorang tu pulak buat kerja sendiri...

Buat warga Maybank, jangan ambik hati yea. Aku sekadar menegur. Maaf zahir batin sempena Idilfitri ^_^

Pergi Yang Tetap Kembali

EmpayarUtama - Tuesday, September 11, 2012 : 12 comments

Salam Merdeka Raya. Dah lepas tiga minggu raya baru sempat bercerita. Mood blogging pun ada sikit ke laut. Tapi aku cuba cubalah cerita apa-apa yang patut sepanjang bulan puasa hingga raya minggu yang pertama. Itupun mana yang aku ingat je.

Tahun ni puasa aku agak sibuk dengan satu lagi part time - mengecat rumah.
Aku pun heran dalam banyak-banyak bulan; bulan puasa juga baru nak cat rumah. Dah le dua minggu pertama tu JB agak panas. Orang Terengganu kata 'panah deghing' agaknya cantuman bahasa omputeh yang dimelayukan - Panas yang 'daring'.

Ok, k, k... Yang atas tu gambar lama. Masa beli doblas taun dulu tak rupa camni. Tingkap semua takde sebab kena makan anai-anai. Pagar kelilingpun tak de bukan kena makan anai-anai tapi kena rembat dengan mat gian kot. Hehe pastu ada pokok tebu liar tumbuh kat tepi dah macam rumah berhantu. Lepas proses tukar nama siap, setahun juga kot ambik masa - aku repairlah mana yang patut. Makan setahun lagi juga sebab repair sendiri, dan cat sendiri. Jadi kiranya cat tu dah sepuluh tahun cenggitu.

Haaa, inilah gambar terkini aku snap ngam-ngam sebelum puasa:
Ambik gambar lepas pulih dari kena cekau ngan ibu kucing. Pun ramai juga jiran-jiran kata 'memang macam rumah berhantu, serupa rumah tinggal je'.

Yang ini aku tak boleh tahan:

Cilok Gugel je..
Macam tau-tau aja aku nak cat tempat diorang menyorok kat tepi rumah tu. Terus bawak diri dengan anak-anak sekali diangkutnya. Aku tak halaupun. Tapikan, tiap hari datang mintak ikan...

Sekarang anak-anak kucing tu dah dekat dua bulan juga umurnya. Aku tak belapun. Dari 4 ekor tinggal 3 sebab kena langgar motor 3 hari lepas.

Haa inilah hasil kerja aku sepanjang bulan posa baru nih. Sori aaa kat tokey ICI, Dulux dan yang sewaktu dengannya sebab cat rumah aku tahan kulat sepuluh tahun hahahahahahahah.