Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

He He Ini Bukan Duit Raya

EmpayarUtama - Wednesday, September 19, 2012 : 16 comments

Minggu pertama raya haritu aku berkesempatan ke rumah Rhea Scarlet. Kalau Baguznet baca ni mesti dia kenal sebab dulu Rhea tu satu sekolah dengan dia; tua setahun kot.

Paparan yang aku tunjuk kat sini adalah hasil kreativiti anak bongsu dia - Wana. Kalau nak tengok jelas tekan ajalah kat gambar-gambar yang ada.
Benda alah ni ditampal di pintu masuk bilik. Dia buat sebelum puasa lagi. Jadi ini merupakan duit tabung Wanalah, bukan duit raya kan? Wana ni gelarkan dirinya 'nana'.


Besar nanti ada harapan jadi businesswoman berjaya sebab ikut kata bonda dia (Rhea) kat sekolah dia potong kertas buku tulisan buat origami pastu jual kat kawan-kawan doploh sen satu. Mana yang bayar lebih dia buat-buat lupa nak pulangkan duit baki. Dapat jajan free pun dia jual balik. Kalau kat rumah - abang dan kakak dia memang tak de can dapat makan percuma. Kena beli dari dia dulu hahahahahahahah.

Yang kat bawah ni pulak jadual waktu yang dia siapkan untuk Rhea dan kakak dia sepanjang bulan puasa lepas. Siap digantung dalam bilik belakang pintu:


Aku abadikan hasil kerja Wana kat sini sebab aku suka daya imaginasi dia.



Errr, kenapa dua tiga menjak ni dapat followers dari Portugis? Diorang faham ke cerita aku? Peningle...


Suasana Di Stesen Bas

EmpayarUtama - Thursday, September 13, 2012 : 17 comments

Yang ini berlaku beberapa hari sebelum raya. Terjumpa la pulak karangan Afrina lepas dia ikut aku jenjalan satu hari tu.

Oppps sebelum lupa - sebenarnya banyak benda aku nak cerita tapi untuk menghormati bulan Ramadhan aku tarik lambat sikit. Itupun sebab aku takut ada yang berasa hati baca cerita-cerita
mengarut aku lebih-labih lagi dalam bulan puasa; kurang pulak pahala.

Si Afrina ni peten dia tulis dan baca sama aja. Kalau baca buku tu ada titik pun dia langgar. Jadi dia tulis pun sama; titik hilang ntah ke mana. Meh baca apa yang dia tulis (kalau tak faham bacalah berulang-ulang kali ya ^_^):



Sebetulnya aku bawak dia ke Maybank. Cerita kat luar bangunan hingga ke tingkat bawah tu betullah

Ikut pada nombor giliran aku yang cantik tu; depan aku ada 32 orang lagi. Bayangkanlah - baru pukul 11.29 pagi hari Selasa ada enam kaunter cuma bukak dua kaunter je... Itu yang aku kata ada dua bas.
Yang mee tergantung tu adalah 'commercial ads' kat skrin tv yang dipasang kat dinding. Dekat pukul doblas baru ada sorang mamat bukak satu kaunter lagi.

Setahu aku bank ada ISO standard yang perlu diikuti - rasanya dua hingga ke tiga minit saja untuk setiap pelanggan. Kalau hari tu nampak pelanggan ramai (ngam-ngam grup askar datang ambik elaun kena buat transaksi kat kaunter) kenalah bagi kerjasama. Back-office staff yang ada kenalah pinjam sekejap bagi crowd kurang.

Dua kaunter je beb. Yang sorang tu pulak buat kerja sendiri...

Buat warga Maybank, jangan ambik hati yea. Aku sekadar menegur. Maaf zahir batin sempena Idilfitri ^_^