Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

PERKESO Portal ASSIST

EmpayarUtama - Sunday, December 15, 2019 : No comments

Buka saja laman iPERKESO - terus keluar mesej cam kat bawah.

Ishhhh tinggal enam belas hari, lebih tepatnya sebelas hari kerja je lagi untuk siapa yang guna iPERKESO beralih ke PERKESO portal ASSIST yang lebih terperinci.

Selalunya kalau pejabat kerajaan, masa masa kecederaan cam ginilah
para majikan / wakil majikan baru nak jengah...


Ini pun peringatan buat aku juga sebab bulan Januari nanti akan ada 2 'job' baru untuk 2 kompeni lagi. Para pekerja diorang lom 'register' sebab dua dua syarikat baru.



Bagi perniagaan sedia ada, memang mudahle nak buat semakan rekod rekod terdahulu jika ada sebarang tunggakan. Tetiba je nampak ada tunggakan hehehe.....



Cukai Digital

EmpayarUtama - Thursday, December 12, 2019 : 5 comments

Ishhh tengah sibuk siapkan 'closing' untuk beberapa tempat kerja, terperasan pula pasal cukai digital ni.

Belum sempat lagi nak baca lebih teliti cuma apa yang aku faham, secara kasarnya cukai ni dikenakan juga kepada individu.

Banyak juga maklumat yang belum aku sempat nak tengok biarpun pc
depan mata huhuhu.


Cuma harap harap 'start' tahun depan semua pelayar laman sosial masih meriah dengan iklan. Sebab umumnya 'semua jenis perkhidmatan atas talian, samada beriklan, muat turun muzik, video, dan website streaming akan dikenakan cukai digital'.

Nanti banyakle entri-entri aku yang sebelum ni jadi padang jarak atau keluar gambar tanda seruan dalam kotak tiga segi