Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Pengemis Moden

EmpayarUtama - Monday, February 7, 2011 : 1 comment

Zaman sekarang, selain dari pengemis jalanan, macam-macam jenis pengemis boleh kita jumpa. Gamba kat sebelah ni agaknya pengemis cinta siap dapat 'love' dan kad kredit lagi. Tapi yang tengah femes sekarang ni memang pengemis duit melalui laman facebook. Cuma cara mengemis tu lain macam sket.
Sebab apa, sebab biasanya orang mengemis tadah tangan atau mangkuk hayun ayan. Tapi yang kita biasa nampak mereka mengemis siap tunjuk duit ribu ribu. Hampeh tul. Aku kata diorang tu pengemis moden sebab time pujuk orang mintak duit, diorang yang belanja - tapi kat gerai/warung jerk. Kalau dah boleh tunjuk duit ribu-ribu tu, takyahlah mengemis lagi. Pastu kalau nak memujuk, carilah tempat class sikit - hotel 5 star ke, Starbucks ke. Balik-balik kat gerai, warung. Paling baguspun restoran mamak. Class sangatke (bisness tu?). Lagi teruk kalau mengemis kumpul orang ramai-ramai, siap datang pakai keta besar beb. Kalau dah datang pakai keta besar, lagi boleh tunjuk duit ribu-ribu kat website, tak payahlah suruh orang datang bayar yuran pendaftaran dan kena hulur sedekah. Entahlah, akupun tak paham peten pengemis sekarang ni. Ajak orang lain jadi pengemis, orang Melayu lak tu.

Pagi tadi beli paper, kat celah paper ada pulak 6 helai kertas aku ingat risalah pasal tuisyen ke, mintak derma buat surau ke, promosi barang dari kilang ke, tapi bila dok belek-belek; ek-eleee cam surat berantai (ini peten dulu-dulu nih) rupanya.Pengemis jenis ni lagi best, siap jual Agama lagi. Tapi tak masuk facebook jadi kurang sikit malu (kat Tuhan?).

Ni haa kat bawah ni aku scan kat kedai Kodak dalam Giant tengahari tadi. Klik aja nanti jadi besar senang nak baca:


Mukasurat Satu

Mukasurat Dua


Mukasurat Tiga

Mukasurat Empat



Mukasurat Lima

Mukasurat Enam aku tak scan sebab aku bawak lima posen je. Pesan aku jangan ada yang menggatal gi print benda alah ni pastu kontiniu buat pulak.

Modus operandi simple aja, bank-in 30 hinggit niat sedekah (kalau tak berjaya); yang terima tu jadi peminta sedekahlah yek? Tapi niat dan tujuan sebenarnya ialah MENGHARAP lagi dua tiga minggu akaun kita akan 'masyuk' ribu-ribu. Huh! Buat duit senang modal 30 hinggit tambah sikit duit potostat pastu duduk goyang kaki kat rumah tunggu bomoh tarik duit bawak masuk berguni-guni Ringgit Malaysia dalam akaun! Yang kena hasut - orang beragama Islam. Siapa mereka tu? Majoriti orang Melayulah.

Apa nak jadi ni...

Melayu Kurang Minat Dengan Bisnes

EmpayarUtama - Sunday, February 6, 2011 : 1 comment

Aku belum ada mood nak pos entri baru. Ada beberapa draf belum sesuai untuk pos, sekarang mood Raya Cina masih ada. So aku re-post balik antara thread aku kat forum Mesra.net.

Yang ini ada dalam tajuk "Sembang-Sembang Tentang Kerjaya - Kenapa Orang Melayu Kurang Minat Dengan
Bisnes?, Sekarang ni bangsa lain kaya-raya hanya dengan bisnes.."

Siapa kata org Melayu kurang minat dengan bisnes...
Ayat tu kena adjust sikit jadi cam ni:
Kenapa Orang Melayu Kurang Minat Dengan Bisnes Yang Setara Dengan Bangsa Asing?

Kalau kata kurang minat dengan bisnes, pasar malam memang majoriti orang Melayulah. Bisnes MLM, piramid, aku rasa majoriti orang Melayu pegang (level bawah-bawah, bos orang Cina).

Tepi-tepi jalan tu, yang jual sarapan, burger orang Melayu gak.

Cuma aku nengok ada CARA orang Melayu berniaga ni memang pelik. Tengok sini:

1. Kalau kat satu tempat tu ada jual nasi lemak, minggu depan dah ada jiran tak kisahlah seberang jalan ke janji berjiran (orang Melayu suka hidup berjiran) jual nasi lemak jugak. Juallah menda lain.

Contoh terbaek depan rumah aku. Brader burger tu bisnes dah 7 tahun tup tup depan dia bukak satu lagi gerai burger. Ntahapahapantah. Pikirle bisnes lain yang kalau customer dah beli burger kat gerai brader tu, nanti datang kat gerai dia pulak beli air ke, ayam percik ke, ayam madu ke, otak-otak ke, satay ke, soto tapau ke, jagung rebus ke. Ni tidak - jual burger juga.
Pastu berdengki - yang ini aku tak mo komen lebih-lebih, full stop."

Gambar kat bawah ni aku tambah kemudian.
Nanti aku tambah lagi:
Yang bertutup kanvas biru ni brader burger punya stall yang aku cerita 7 tahun dah bisness kat sini. Yang kaler merah depan sana tu baru je timbul minggu lepas. Ni aku amik gambar semalam siang. Malam aku malas nak keluar. Nantilah aku add aaa...

"2. Ini ada kaitan ngan nombor 1 tadi. Nasi lemak akak tu dari 3 taun dulu lagi harga dia 1.20. Tup tup ada jiran (baguslah) tapi jual nasi lemak gak, kecik sikit dan jual 1.00. Terus orang tak singgah gerai akak tu sampai kena ikut harga baru 1.00 tapi masih besar cam dulu jugak. Korang fikirlah apa cerita seterusnya.

3. Orang Melayu bisnes yang upgrade sikit ada gak. Bukan tak ada. Takat ni cukup dah aku rasa 20 orang member bisnes yang ada opis dan kedai. Tapi paten semua sama. Sewa kedai terus ikat 2+1+1 (4 tahunla). Pastu renovate kedai - opis mesti nak ada, siap mesin fax, aircond, almari / rak, meja boss (siap tempah tu), fully furnish lah senang cakap. Tak cukup lagi - pasang mozek, kornish, amik kerani. Tau tak kenapa aku cerita ni semua. Sebab bisnes belum start pun lagi! Belanja tu sumer dah lepas 40 hibu hinggit! Pun belum start berniaga lagi, sebab kereta sendiri nak upgrade dulu. Bila masuk bulan kedua (eh, dah meniaga dah ke...?) bank kejar sebab loan bayaran yang pertama lagi dah sangkut. Terang cakap semua 20 member aku (orang Melayu tau) lingkup bisnes tak sampai 6 bulan pun.

Tak boleh ke berniaga dulu, pastu upgrade sikit sikit cam orang Cina buat? Kalau dah memang dilahirkan kaya tu lain ceritalah.

4. Nak kembangkan bisnes kat obersi.
Aku selalu ikut grup Cina gi obersi. Bukan satu grup, manyak grup, so sebenarnya manyak kalilah makan angin, heheheh. Men golf SEKALI siap join grup lain yang diorang pun x kenal - janji main, pastu jumpa orang 'sana' manyak kali - tak yah official kat gerai tepi jalan pun jadik. Esoknya gi tengok bisnes orang 'sana' dan dia siap kenalkan member baru dua tiga orang lagi dan itulah yang jadi bisnes connection dan customer/supplier grup-grup Cina yang aku ikut ni.

Aku selalu gak ikut grup Melayu gi obersi. Salin balik ayat atas - Bukan satu grup, manyak grup, so sebenarnya manyak kalilah makan angin, heheheh. Pastu ayat bertukar.
Men golf TIAP TIAP HARI (ada yang sampai pagi petang pun main gak), pastu nak tekel kedi (caddy) cantik2. Malam makan nak mewah, alasan bukan dapat pegi obersi selalu. Aktiviti malam aku malas nak cerita. Time nak balik beli sikit barang sebab nak jaga hati orang rumah atau orang kat rumah (untuk yang belum ada orang rumah). Bergambar sakan nak tunjuk - "aaa nengok aku men golf kat obersi tau, jangan jeles". Kadang kadang ada sorang dua (sorang dua ke?) yang tak men golf pun tapi buat benda lain. Balik Malaysia, satu habuk pun tarak.

Ini takat perbandingan yang aku sendiri lalui. Sebab tu aku berani tulis."

Mungkin ada dah respon dari member kat forum tu. Ini linknya: http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=103400&st=80&p=5336430&#entry5336430

Pesta Tanglung

EmpayarUtama - Thursday, February 3, 2011 : 4 comments

Danga Bay - Dahulunya amat cantik tempat ni dan memang meriah dengan gerai-gerai dan macam-macam acara diadakan. Tak kira siang malam meriah sakan.

Sekarang agak malap sebab mungkin kerana projek tambak (pembangunan Iskandar) sedang giat berjalan. Tapi nengok pada kepungan wall yang
didirikan, ia lebih kepada bangunan komersial so sekarang nih banyakla kedai-kedai dalam kawasan Danga Bay ni tutup.

Playground pun dah tak happening, open stage dah jadi tempat park kereta siap ada kotak putih lagi.

Adalah satu group Europe Royal Sarkas tengah berkampung sekarang. Dulu tapak sarkas tu pernah buat pameran tanglung. Sempena sambutan Hari Raya Cina tahun ni aku abadikan beberapa keping koleksi gambar famili masa tu.

Danga Cruise

Gambar-gambar kat bawah ni diambil guna Olympus FE-150 yang ngam-ngam ada dalam dashboard kereta. Tapi bateri seciput jer so dapatla snap beberapa keping. Ada gak guna enset tapi gambar langsung tak boleh pakai.

Berlatarkan replika masjid

Niat sebenarnya saja nak jalan-jalan kat sana dengan family abang and adik yang kebetulan bertandang ke rumah. Macam-macm tanglung dalam bentuk replika dipamerkan, dan siap ada persembahan mini sarkas oleh kanak-kanak bangsa Cina lagi. Sorila tak dapat share.

Banyak replika Naga dan Dinosaurs

Eifel Tower, ingat nak sambung gambar belah atas jadikan satu building penuh tapi bateri 'kong'.

Di celah-celah haiwan menuju ke 'Castle'

'Korum' mesyuarat lebih 2/3. RHEA and the gang M.I.A.



Kat belakang Festive Mall
ni pesta tanglung
diadakan masa tu.



Gong Xi Gong Xi Gong Xi Ni