Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Kena Kencing Lagi

EmpayarUtama - Sunday, May 29, 2011 : 2 comments

Semalam petang posmen hantar surat ni.

Takdelah menarik sangat surat dari KWSP sebab bukan dapat duit tapi kelulusan pengeluaran wang untuk pelaburan unit amanah MAAKL MUTUAL.
Apa yang tak kena dengan surat ni? Ini aku nak kongsi dengan semua yang ada buat pelaburan dipanggil annuiti. Mula-mula dipujuk oleh agen, tidak diterangkan bahawa agen boleh membuat pengeluaran bagi pihak pencarum KWSP. Dan melalui surat yang aku dapat (itu bukan surat aku tapi surat salah seorang anggota keluarga) menyatakan bahawa permohonan pengeluaran bertarikh 20/5/2011 telah diluluskan dan akan diserah kepada pengurusan MAAKL selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh surat ini. Surat ini bertarikh 23.5.2011. Sampai kat rumah 28.5.2011 Sabtu petang. Hari ni Ahad. Esok Isnin 30.5.2011 dan jika dapat berhubung dengan pegawai KWSP pun duit tu dah masuk dah pun ke MAAKL.

Isu yang aku nak bawak ialah bila pula anggota keluarga aku buat permohonan pengeluaran? Siapa turunkan cap jari (biasanya KWSP akan guna cap jari selain dari tandatangan untuk permohonan pengeluaran) dan turunkan tandatangan dalam borang permohonan tu? Kenapa boleh berlaku penipuan oleh agen yang tidak beretika? Berapa komisen agen dapat bagi setiap satu ribu ringgit pengeluaran pencarum KWSP yang melabur untuk skim annuiti?

Dalam sebulan, jika seorang agen ada 3 pelanggan sahaja dan minimum pengeluaran tiap pelanggan adalah sepuluh ribu ringgit; harap ada agen di luar sana boleh bagi jawapan kat aku dan pembaca yang baca entri aku ni. Berapa komisen korang dapat? Inikah pendapatan utama korang; periuk nasi korang untuk hidup (mungkin sara keluarga)? Matlamat menghalalkan cara, menipu pelanggan?

Entri aku ni bukan bertujuan nak cari salah siapa. Kita cuba cari jalan penyelesaian yang boleh disenangi semua pihak. Perkara ni sebenarnya tidak begitu rumit dan pelanggan takkan begitu kisah jika cadangan aku boleh diterima pakai:

1. Agen jujur menjalankan tanggungjawab dengan menghubungi pelanggan terlebih dahulu untuk sesuatu urusniaga yang akan dibuat; dan keputusan terletak di tangan pelanggan setelah nasihat dan penerangan diberi oleh agen; dan

2. Pihak KWSP lantik pegawai khusus untuk menghubungi pemohon yang membuat permohonan sebelum kelulusan dilakukan; dan

3. Pencarum (pelanggan annuiti) diberi masa untuk merujuk semula kelulusan selepas surat kelulusan diterima walaupun telah melalui proses kedua. Sebaik-baiknya ada 'cooling-off period' (tempoh bertenang) sepuluh hari bekerja untuk itu.

Ini cadangan aku, mungkin ada cadangan yang lebih baik dari orang lain. KIta kongsilah bersama. Banyak benda yang KWSP terlepas pandang hingga pengeluaran boleh dilakukan dengan mudah. Nampak aja prosesnya rumit, tapi kalau dah selalu sangat masuk suratkhabar, apa cerita...

Dah Tau Sensitif Tak Payahla Promot

EmpayarUtama - Saturday, May 28, 2011 : 4 comments

Minggu-minggu lepas kecoh (kecoh ke?) pasal satu blog yang menghina Agama Islam secara umum dan Allah serta Nabi Muhammad secara khusus.

Benda ni makin popular bukan disebabkan tuan punya blog tu tapi dipopularkan oleh mereka yang sensitif dengan isu yang dibawa.

Senang cakap masing-masing ambik
kesempatan mencari populariti untuk diri sendiri melalui blog yang hanya beberapa hari timbul tu. Ini pendapat akulah, kalau salah aku mintak maaf dan tegur aku yea.

Sebab iyalah – dah benda tu tak betul kenapa buat entri siap bagi snapshot lengkap dengan linknya sekali? Kenapa tolong promot blog makcik tu? Nak popularkan blog sendiri atau apa?

Blog ni wujud buat pertama kali pada 6 Mei (panas lagi kannn). Setakat yang aku ikut, blog tu agak susah nak dibuka tapi makcik masih aktif kat twitter.

Firefox
Tapi semua orang masih boleh akses blog tu melalui 'cached copy' link yang diberikan oleh Google:

Google cache

Ramai yang sokong blog makcik tu dengan memberi komen. Tak kisahlah komen puji atau komen kutuk. Majoritinya memberi komen mencarut; agaknya dah jumpa tempat yang boleh mencarut dalam internet; happa lagi, lepaskanlah apa yang terbuku dalam hati. Tak gitu?

Komen terbanyak sampai 11 datangnya dari Marionette (penyokong kuat makcik) dan pembunuh hajjah gila; 9 komen oleh love islam; 8 komen dari mujahidin; 4 komen masing-masing dari Anon??, HAMBA ALLAH S.W.T, Hamba Allah dan myname; 3 komen dari anonymous je la, asran aniki, grrrrrrrr...., hamba Allah, i luv islam, kesiankatkauhajjah, limpit; 2 komen datang dari &*(^&$%^^&, aku, Adam Shah, Anonymous, anti paria, doraemon, guava, hadi, islam benar, istighfar.., Jesus, niena, pencinta agama, zaishahrizal; dan 101 lagi pembaca pun nak bagi komen tak termasuk mereka yang baca tapi malas nak komen kat blog tu macam aku.

Antara komen konon-kononnya datang dari pembaca [sebenarnya komen dari makcik tu sendiri yang menggunakan nickname lain; percayalah]; siap ada komentator yang ada link lagi tapi pergi ke blog makcik tu semula.

Bukan apa, segala komen ke, entri ke, thread kat forum ke; akan dijejak (crawl) oleh search engines dan ini sebenarnya satu dari macam-macam cara tingkatkan trafik untuk jangka panjang. Walaupun sebelum tempoh itu sampai tapi blog yang buat thread, komen atau entri tu padam, kena padam; linknya akan keluar juga kart search engines nanti. Pandai-pandailah cari.

spider
Kalau tak komen langsung; tak buat entri kat blog sendiri siap letak link; buat derkkkk aja dan diam-diam buat repot kepada pihak-pihak yang berkenaan (memang setakat ni belum ada tindakan apa pun kat blog makcik tu) sudahlah.

Tak boleh ke?



Contest Pertama - Siapa Cepat Dia Dapat

EmpayarUtama - Tuesday, May 24, 2011 : No comments

heartbeat
Dua tiga menjak ni kalau berblogwalking, nampak le banner satu program tu namanya HeartBeat.

Ini affiliate program yang tak payah bayar satu sen pun tapi dapat duit kalau join. Program ni ada barang yang dipromosikan.

Nak nengok klik gambar kaler pink belah kiri ni.

Program ni wujud dari tahun 2006 kot kalau ikut pada laman utama dia.
heartbeat

Nak buat review kenalah masuk program tu kalau tak - tulis pakai tangkap muat je, tak pasal-pasal kena tuduh buat fitnah lagi, padan muka aku. Taip ajalah http://heartbeat.my/ ke; atau http://heartbeat.com.my/. Semua akan pergi ke laman utama. Kalau taip http://heartbeat.com pulak korang akan dibawa berjalan-jalan ke laman sign up.

heartbeat
Tu ntah bilalah agaknya Shopping Cart aku akan berisi.

heartbeat

Haaa... ini part paling best ni. Boleh buat contest ke benda ni?

Aku register dapat 8 persen diskaun laku sampai 31 Mei ni. Sapa-sapa nak order guna voucher aku emel la kat aku nanti aku orderkan. Pastu aku pos balik kat alamat yang berjaya buat tempahan - percuma pos penghantaran. Voucher ni aku hadiahkan kepada penghantar emel yang ke 100 50 pertama. Waaa dah macam harga kat program affiliate, makin turun makin turun tapi bayar tetap kena bayar.

Syarat-syaratnya: Satu aja - 'as is what is basis'. Kalau mug; sompek ke, pecah ke time aku dapat, cam tu le aku pos balik. Sama le kalau benda lain. Senangkan contest aku? Cam hampeh je...

HeartBeat ni, eh lupa. Nanti aku bagi point-point aku letak tanda heart aaa, cantik sikit. Sambung balik. HeartBeat ni, banyak gak tawaran menarik macam:

♥ RM2 tiap affiliate (referral) yang berjaya dibawa masuk
♥ Sendiri beli barang, 20% jadi income
♥ Referral beli barang, 15% jadi income
♥ 4 sen (CPC) kat banner atau text link. Banner ada 4 jenis: Horizontal (728x90 dan 468x60); square (4 saiz dari 125x125 sampaila 336x280); vertical (2 je: 120x600 dan 120x240. 160x600 tak de); dan Text links – sebenarnya ikut suka korangle nak letak apa pun janji affiliate link korang tu ada.
♥ 5 hinggit tiap konstruktif feedback ke tokey. Agak-agak entri aku ni boleh masuk senarai tak? Aku nak hantar le nanti nak tengok juga apa feedback dari tokey.
♥ 3 Ringgit Malaysia kalau ambik bahagian dalam survey / poll.
♥ RM10 kalau bagi testimoni. Kena sertakan gambar dan minimum 300 perkataan bagi idea kreatif untuk 'unique gift'. Teringat lak aku kat satu afiliate sebelum ni yang bagi syarat kena bagi testimoni kalau tak duit tak keluar...
♥ Duit lagi doploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM300
♥ Duit lagi tigaploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM500
♥ Duit lagi limaploh hinggit kalau jumlah sendiri beli atau referral beli dalam sebulan melebihi RM700
♥ Dah la. Banyak sangat nanti mengarut pulak jadinya...

Bila dah kumpul-kumpul, boleh buat pilihan sama ada nak amik cash atau redeem hadiah. Minimum limapoh hinggit je (RM50). Aku rasa berbaloi-baloi macam Amy Search cakap.



Nota Kemaskini Huahuahuahua:
Korang ni aku nengok kalau ada aja entri pasal Baucar Percuma ke; Contest ke; kat mana-mana blog; laju je korang serbu yek. Dua hari lepasnyer entri aku pos kat Innit tak sampai lima minit terus 10 nangs, tak pernahnya aku dapat sebelum ni.

Innit

Aku nak tweet pun tak sempat.