Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Tutorial Embed Comment Link di Laman Utama
EmpayarUtama - Thursday, July 14, 2011 : 9 comments
Template ni sebenarnya siang-siang lagi memang tak ada langsung Post Detail seperti Author, masa, komen link, emel subscription, quick edit, labels, sharing widgets, dan yang sewaktu dengannya. Ada template yang ada, ada template yang tak ada benda alah ni. Sampaikan ada yang tanya aku memang tak nak bagi diorang komen ke?
Alamak, aku suka la pulak kat template nih walaupun tak boleh nak embed benda-benda tu. Jenuh satu hari aku tanya pakcik Google yang Melayu yang Omputeh sambil mulut tak berenti mengunyah memang tak ada tutorial untuk benda ni kalau nak letak kat laman utama (main page). Siap bukak forum sana sini pun tak jumpa daaa. Abis tu kena tuka template ke? Lepas aku godeh sendiri, jadilah macam kat bawah ni.
Tengok pada Edit -Configure Blog Posts punya setting canteekk je kan? Tapi bila publish hampeh tak nampak; tak keluarpun.
Jadi buat sesapa yang berminat nak letak macam yang aku dapat buat tu, boleh cuba. Expand Widget Template tu dulu:
Pastu korang cari kod ni sampai jumpa. Nak senang guna (CTRL + F) kat keyboard pastu taip kod pertama tu:
<b:if cond='data:post.emailPostUrl'>
</b:if>
<b:include data='post' name='postQuickEdit'/>
Aku terangkan sikit. Untuk pos footer ni dia ada tiga (3) line; contoh macam kat atas tula. Korang boleh adjust nak letak atas bawah ke tak kisah janji dalam 3 baris je maksima. Html kodnya cam kat bawah ni (kalau nak nengok contoh satu-satu tengok balik kat atas tu aaa).
Aku letak beberapa kod html sebaris, nampak tak 5 barang tu kat baris pertama:
1. Kod grup kaler biru pertama untuk letak nama Author (bukan auta). Kemudian nanti korang boleh tuka 'Posted by' kepada benda lain kat Edit - Configure Bog Posts
2. Kod grup biru kedua tu untuk tarikh dan masa. Pun korang boleh adjust balik kat Edit - Configure Bog Posts kemudian
3. Kod grup biru ketiga tu untuk tunjuk komen. Haaaa ini la yang penting sekali sebab bila adanya link ni tak yah dah susah-susah nak klik Tajuk Entri kat atas atau kat kotak Archive.
4. Kod grup biru keempat apa ya... Kejap, oh untuk subscribe melalui emel. Siap ada gamba sampul surat lagi tu.
5. Kaler biru kelima tu sebaris je, untuk edit dan keluar gambar pensel.
Untuk baris kedua aku letak label kod (kaler merah). Jimat ruang sket sebab ada rakan blogger yang guna template lebey kurang cam ni letak semua label kat sidebar atau footer bawah sekali. Ada yang suka ada yang tak; jadi terpulang pada diri sendiri.
Dan last sekali baris ketiga kaler ijau tu ialah kod untuk sharing buttons.
<b:if cond='data:top.showAuthor'>
<data:top.authorLabel/>
<data:post.author/>
</b:if>
<b:if cond='data:top.showTimestamp'>
<data:top.timestampLabel/>
<b:if cond='data:post.url'>
<data:post.timestamp/>
</b:if>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "static_page"'>
<b:if cond='data:post.allowComments'>
<b:if cond='data:post.numComments == 1'>1 <data:top.commentLabel/><b:else/><data:post.numComments/> <data:top.commentLabelPlural/></b:if>
</b:if>
</b:if>
</b:if>
<b:if cond='data:post.emailPostUrl'>
</b:if>
<b:if cond='data:post.labels'>
<data:postLabelsLabel/>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<data:label.name/><b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>
</b:loop>
</b:if>
<b:include data='post' name='shareButtons'/>
Aku kan dah bagitau yang aku ni memang tak reti nak bagi tutorial. Jadi html kod kat atas tu aku kopipes letak kat Notepad pastu letak dalam Paint, tampal pulak kat sini. Kalau korang nak dan pandai bancuh kopi, ambikle. Kalau level sama cam aku - hehe bukak Notepad ke Word ke, salin satu-satulah. Entah-entah aku ni yang tertinggal bas tak?
Alamak lapar, aku nak gi beli rotilah.
Menang?
EmpayarUtama - Tuesday, July 12, 2011 : 5 comments
Sebenarnya aku tak ada cerita apa pun hari ni. Cuma kat sesapa yang selalu jengah, jangan tergezut pulak nengok blog dah bertukar wajah. Bukan disengajakan. Aku dok tekan sana, tekan sini tapi kolum follower tu tak keluar-keluar. Sudahnya aku guna aja template yang blogger sediakan sambil buang mana-mana yang patut.
Aku ni bukan reti sangat pasal kod-kod html tu, itu yang hancus blog aku siang tadi. Jadi aku ambik yang simple ajalah.
Oh ya, cerita pasal menang. Aku sebenarnya risau kat anak aku sebab selalu sangat ponteng sekolah agama. Masa dia banyak habis kat latihan Ghazal. Tapi syukur juga dia tak tercicir bila aku tengok keputusan setengah tahun Senin lepas. Sekolah kebangsaan pun Alhamdulillah, rekod agak cemerlang walaupun banyak masa dia kat luar kelas.
Minggu lepas dia dalam kumpulan Mutiara Ghazal masuk pertandingan di Batu Pahat anjuran Yayasan Warisan Johor Peringkat Sekolah Rendah. Berbaloilah sebab jadi juara.
Ini gambar kat paper aritu:
Mutiara Ghazal
Yang bawah ni sebelum buat persembahan kat Tropikal Inn Khamis lepas:
Mutiara Ghazal
Satu lagi aku risau juga tentang anak sulung aku tu. Ujian demi ujian untuk dia mengadap UPSR sebenar bulan September nanti. Jadi buat sapa-sapa yang baca entri aku sampai habis ni, tolong doakan sekali yea agar anak aku tu cemerlang dalam UPSRnya. Aku yang cuak plakkk...
Tetiba Grapevine Berlambak
EmpayarUtama - Sunday, July 10, 2011 : No comments
Aku ikut juga perkembangan perhimpunan semalam tapi tak berani nak buat sebarang entri (Jawapan selamat buat Sakura~chan yang komen kat entri semalam. Eh, dia baru je komen lorrr...).
Sejak dari mula lagi aku cuba untuk tidak melibatkan secara langsung blog aku dalam sebarang perkara yang berkaitan dengan sensiviti agama,
perkauman ataupun politik walaupun isu macam ni kalau buat entri trafik boleh naik mencanak-canak. Aku harap dapat kekalkan perkara ni tapi kalau aku terbabas tolong tegurlah yea.
Dua tiga hari ni kalau korang perasan banyakla pulak iklan Grapevine tersiar di blog-blog. Bulan Julai ni baru nak masuk sepuluh haribulan tapi dah ada 3 Grapevine. Mula dengan Proton Inspira, diikuti dengan Toyota Vios serentak pulak tu dengan Samsung Corby II. Iklan Toyota Vios dan Samsung tu aku jumpa kat blog sendiri masa tengah dok edit sana sini. Tapi kat blog lain pun boleh tahan juga rancaknya iklan-iklan nih.
Toyota Vios
Ini Grapevine Vios Desirable melekat kat blog aku semalam siang.
Samsung Corby II
Yang ini pulak Samsung Corby II keluar belah malam.
Jadi sekarang ni iklan Grapevine yang berjalan (berjalan?) setakat yang aku ada jumlahnya 6 ntah aktif lagi ke tidak; tak tau le pulak.
Grapevine
Cuma satu je yang aku rasa macam tak best. Dulu ada dua aja dapat Unique Clicks manyak tapi tak dikira. Aku tak kisahpun cuma yang aku tau - makin banyak iklanpun duitnya macam tak boleh naik banyak. Kalau nak dibandingkan dengan Churp-Churp, iklannya lagi meriah sebab iklan tu ada tempoh dan senang untuk kita buat entri baru sama ada kat blog ataupun kat laman-laman sosial. Grapevine tu macam sekali jelahpun dapat buat entri pastu beku macam dalam peti ais.
Anggur
Anggur ni tak sempat nak masuk peti ais pun.
Beli kat Giant tak sampai sejam abisssss.
Macam biasa jugak, aku anta satu lagi tiket bila aku nengok iklan Proton Inspira tu keluar ayat "The page was not found" tapi belum ada respon dari Nuffnang...