Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Penting ke Translator?

EmpayarUtama - Friday, July 22, 2011 : 4 comments

Translator ni sebenarnya antara widget popular dan boleh juga diletakkan sebagai salah satu button dalam Toolbar.

Tak kisahlah jika korang ada blog atau website ke; korang part time blogger atau blogger tegar ke; apa-apa entri yang telah dipublish tetap akan jadi tontonan umum satu dunia. Dan jika blog atau website tu hidup lama,
dalam jangka panjang ia akan tersenarai dalam search engines - Yahoo, Bing, Google, dan apa-apa search engines yang ada dalam internet.

Mungkin orang akan berminat tengok blog / website korang cantik; gambar menarik; atau macam ada info berguna; jadi diorang nak baca tapi tak boleh daaa sebab tak dapat nak translate bahasa yang digunakan.

Biasanya blogger akan ada akaun Gmail, dan majoriti penggunapun ada akaun Gmail ni. Jadi benda alah ni memang ada dalam akaun masing-masing. Ini antara salah satu Produk Google. Bila korang dah letak kod widget ni, tak kisahlah korang sorok ke atau tidak; pageview blog korang otomatik akan ada translator kat bahagian atas:

Kalau nak cepat, bukak akaun Gmail korang, pergi kat sini : Google Translate - Tools And Resources. Korang akan nampak benda ni:
<div id="google_translate_element"></div><script>
function googleTranslateElementInit() {
new google.translate.TranslateElement({
pageLanguage: 'ms',
layout: google.translate.TranslateElement.InlineLayout.SIMPLE
}, 'google_translate_element');
}
</script><script src="//translate.google.com/translate_a/element.js?cb=googleTranslateElementInit"></script>

Kod ni standard je cuma pageLanguage tu yang berbeza sebab 'ms' tu untuk Melayu (tukar kepada 'en' untuk English). Korang boleh amik kod kat atas tu letak kat sidebar blog korang.

Tapikan, ada juga cara yang mudah tanpa akaun google. Pergi ajalah kat Widget cuma kebanyakannya datang dengan iklan. Mungkin korang suka yang pelbagai cuma apa yang aku tunjuk kat atas tadi tu yang paling simple.

Toolbar pun ok juga tapi rasanya pengguna Firefox tak dapat guna toolbar ni.


Jadi, penting ke Translator?


Sekarang Pelik I - Biji Saga

EmpayarUtama - Wednesday, July 20, 2011 : 8 comments

Sekadar berkongsi.

Bebudak sekarang; aku ambik contoh terbaek - anak-anak aku sendiri buat pertama kali nengok biji saga terus tanya apa tu? Banyaknya...

Haaa inilah biji saga memang popula zaman aku kanak-kanak dulu.
Iyalah masa dolu-dolu mana ada enset, gameboy, PS, x-box, komputer. Jadi masa kami kecik-kecik dulu memang main berkumpulan macam tangkap ikan pelaga, tangkap sibu-sibu pakai getah nangka, main getah gundu (huuuuu getah penuh sampai penuh lengan kira menang besar tu...), main ceper, konda kondi, gasing, layang-layang kertas minyak, tangkap belalang, berakit habis 3-4 batang pisang kebun sapa punya ntah, polis sentri, curi asam kundang atas kubur; erkkkk stop..stop... mana bley cerita lebey-lebey.

Yang penting balik rumah lepas maghrib kompom kena rotan. Kawan tak ramai cam kat fesbuk tapi itulah kengkawan ketawa dan menangis bersama zaman kanak-kanak.

Besar dah pokok ni. Ada yang kata pokok tasbih sebab besar biji dia macam biji tasbih.


Bila dah masak, selaputnya jadi kering dan cam nilah rupanya.

Kalau kat umah main jentik jentik sapa kumpul paling banyak dia menang. Kat luar rumah main sumpit guna buluh takpun pakai batang betik je sakit wooo... jangan masuk mata sudah.

Ada yang kata boleh makan, rasa cam kacang kena ketuk biji dia makan isi dalamnya tapi aku tak pernahpun cuba. Petua arwah abah; tengok tabiat binatang. Kalau buah tu tak berusik dan binatang (dalam cerita ni burungle) pun tak hingin... Memang tak bley makanle buah tu. Jadi jangan cobak-cobak ya...

Cuba yang kat atas kanan tu tak pe :)


Jom Tengok Upin Dan Ipin

EmpayarUtama - Tuesday, July 19, 2011 : 5 comments

Sabtu empat hari lepas cam biasalah berhujung minggu dengan keluarga. Bila tanya nak ke mana? Jawapan masing-masing tengok "Karnival Upin & Ipin" jadi lepas tengahari tu teruslah ke Persada Johor.

Diorang punya bergambar sakan sampai full memori enset.
Kat sini aku pilih-pilih aja gambar buat kenangan:





Lima gambar bawah ni ada kat ruang legar sebelum masuk dewan:


Yang ni dah berapa kali tukar dah, penuh dengan tandatangan dan coretan...


Antara watak-watak dalam cerita Upin & Ipin - Mael dan entah akupun tak ikut sangat ceritanya. Punyalah ramai orang nak bergambar, last-last diorang bergambar kat situ je, oklah tu.


Boutique? Cam biasa jual souvenir...


Ini mungkin rakaman untuk siaran TV9...


Haaa... pintu masuk dewan.


Tu dia... Ramai sekali yang datang pada hari pertama ni. Sampai ada anak yang pergi ke meja urusetia sebab kehilangan ibu bapa... hehehe...


Antara acara di pentas utama, tak abis-abis acara sampai kitorang balikpun masih ada lagi.


Ni saja nak tunjuk gambar boya kat belakang tu. Sebagai penyelamat kat anak-anak kecil sebab diorang tau nak main je... Memang tak hilang kalau letak diorang kat situ; mak bapakle yang hilang...


Ini booth paling meriah - Berita Adik oleh TV9. Sebab apa, sebab kat sinilah berkumpulnya artis cilik dari 'Idola Kecil' ke hapa ntah dan kat sinilah enset aku full dengan gambar-gambar dan rakaman video diorang...


Ni haaaa antaranya...


Tapikan, dalam pada happy-happy tu... Alamak Afrina monyokle pulakkkk. Terharunya aku nengok gambar dia kat kaki lima depan Persada tu. Bukan apa cuma dah janji datang nengok pameran aja, tapi sibukla pulak dia nak main Sand Art yang ada kat dalam. Abang dan adik dia buat tak tau selamba je belasah eskrim...



Dan akhirnya berjaya juga memujuk setelah belikan air laici bersalut Upin & Ipin...


Perghhh... Penat seyyyy...