Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Blog Luar Biasa

EmpayarUtama - Wednesday, August 10, 2011 : 10 comments

Malam tadi konon-kononnya nak blogwalking sambil tengok berita. Nampak satu request yang biasa-biasa aja kat shoutbox. Tapi bila aku jengah blog dia, mak ai! Ini memang luar biasa.

Entri pos banyak le juga tapi yang luar biasanya ialah semua posting dia pasal GiveAway.
Ini pertama kali aku baca satu blog yang tak de langsung tulis pasal kisah cinta ke, cerpen bersiri ke, cerita kelakar seram ke, video bergambar ke, apa-apalah. Hahahahahahahah...... Nak kenal?

Haaa ni dia tuan punya blog tu. Nama dia Ainie Yusof Dari Cahaya Mataku…. Entah berapa banyakla GiveAway dia masuk aku pun tak terbaca sampai ada satu tu kena buat pos 30 days Challenge. Adalah juga yang dia menang. Aku puji semangat dia nih sebab tu aku buatkan satu entri untuk dia.
Dan yang terkini: Dia mintak tolong "Like" aja dua link jadi aku rasa pembaca yang sudi; bolehlah tolong dia ya sebab sama ringkas aje kerjanya dengan tulis sikit ayat kat shoutbox tu.

Caranya senang dan aku pasti majoriti kita ada fesbuk. Iyalah sebab diapun dah tercalon Top 20 kat Suji Suji GA Contest ~aku dan baju kurung~ jadi kerja mudahnya macam ni:
Pertama : 'Like' SUJI SUJI COLLECTION fanpage..; dan lepas tu

Kedua : 'Like' Gambar Dia macam yang kat atas tu.

Untuk memudahkan lagi, korang terus aja klik ikut dua link yang ada kat sini abis cerita.

Hahahahahahahah......(Napa aku gelak ni...???)




LATAR BELAKANG ARTIKEL HITAM ATAU PUTIH PALING BEST?? | SEGMEN

EmpayarUtama - Tuesday, August 9, 2011 : 15 comments

Pertama sekali aku kena bagi kredit kepada Khairil dengan blognya MaiDariBendang sebab aku jumpa segmen ni masa blogwalking. Iyalah sebab kesibukan kerja jadi kadang-kadang aja aku dapat buat blogwalking.

Jangan terkejut lak blog aku ni tetiba ada segmen; blog pun rojak hehe.
Segmen ni anjuran WanCikguMuzik yang cuba membincangkan tentang LATAR BELAKANG ARTIKEL ataupun ENTRI korang; Sejauh mana keselesaan mata korang ketika membaca.. Adakah HITAM atau PUTIH atau warna2 yang lain??

Apa kelebihan latar belakang HITAM ni? Latar belakang HITAM ni nampak macam garang pun iya, 'elegant' pun iya juga. Pos entri biasanya putih atau warna terang biar nampak timbul. Warna untuk link pula mestilah lebih terang dan garang dari warna entri pos. Latar belakang hitam ni memang sangat sesuai untuk pos gambar sebab tu banyak gambar ada border hitam jadi frame. Kalau dah latar belakang hitam tak payah susah-susah nak buat border lagi dah.

Kelebihan latar belakang PUTIH ni pulak, tak payah fikir warna apa untuk buat entri atau link; semuanya kena. Dan kalau nak pos gambar pulak, border atau frame lagilah boleh dipelbagaikan. Tak gitu?

Lepas tu apa pula kelebihan latar belakang WARNA YANG LAIN2 nih? Sama ajalah, semua warna ada kelebihannya bergantung kepada kegemaran individu untuk memilih warna. Selain dari warna latar belakang, layout dan template jadi perkara pokok dalam mempengaruhi seseorang memilih. Jadi di sini timbullah warna-warna lain untuk kita semua, kan?

Aku pulak, kenapa pilih latar belakang PUTIH? Aku pernah guna warna hitam tapi kadang-kadang aku terlupa nak adjust warna entri bila buat ‘kopipes’. Jadi kalau ambil latar belakang putih tak pening dah. Satu lagi, bila tetiba teringin nak tukar warna latar belakang tu; banyak songel la nak kena tukar warna entri pos la pulak (aku dulu terkena masa guna latar belakang gelap dan entri pos putih dan link kelabu; bila tukar latar belakang putih entri dengan link semua tak nampak… hampeh tul). Blog rojak aku ni pulak boleh kata separuh bergambar. Jadi aku banyak pilihan border atau frame untuk gambar-gambar tu.

Satu lagi, aku nampak latar belakang PUTIH ni lebih kemas. Sebab tulah korang nampak aku selalu kemas bilik blog aku ni hehe kuangkuangkuang… Inilah kebaikan dan kehebatan warna latar belakang pilihan aku sebab tu aku pilih warna putih.

Aku pernah tanya kepada Ratu Satin soalan yang sama sewaktu dia mula nak berblog dan jawapannya lain sikit. Dia memilih layout dan template yang (mungkin) belum lagi digunakan oleh blogger lain di blog RATU SATIN STUDIO untuk kesesuaian persembahan artikelnya. Jadi dia terikat dengan pilihan warna ini. Tapi berbeza dengan personal blognya - RATU SATIN - yang jelas berlatarbelakang warna putih untuk pos entri.

Boleh aku katakan ‘ego’ juga mempengaruhi pemilihan warna; bukan saja keselesaan (maaf yea kalau aku salah; ini pendapat aku sendiri).

Dan aku berterima kasih kat wan_cikgumuzik sebab aku dapat tambah entri kat blog aku. Tapikan, satu yang aku perasan; wan_cikgumuzik mintak kita semua bagi pendapat, dia sendiri tak bagipun pendapat dia. Tak percaya cuba pergi ke entri WanCikguMuzik. Dah pergi ke situ; bagilah pendapat untuk segmen ni. Bagus apa dapat kongsi ilmu.

Ada berani, jawab…


Siapa Yang Rugi

EmpayarUtama - Sunday, August 7, 2011 : 3 comments

Mingguan Malaysia hari ini di muka 8 Rencana oleh Ku Seman Ku Hussain tentang penswastaan syarikat percetakan Dawama yang dikatakan menanggung kerugian hingga memaksa hampir 400 pekerjanya bercuti. Aku tertarik dengan rencana ini kerana aktiviti aku pun melibatkan kerja-kerja
percetakan. Satu lagi menarik kerana syarikat ini menjadi pencetak tunggal untuk buku teks Sekolah Rendah dan Menengah yang pasti bayaran terus diperolehi tanpa lewat dari kementerian terbabit.

Dalam rencana itu selain dari notis bercuti entah sampai bila kepada pekerjanya; ada beberapa perkara yang diketengahkan antaranya:

1. Kontrak mencetak dan mengedar Buku teks Dewan Bahasa Dan Pustaka dari 2002 hingga 2014; masih juga kedengaran tentang kelewatan pengedaran buku teks ke sekolah.

2. Nisbah keuntungan 80 (Dawama) : 20 (DBP)

3. Sewa pejabat yang tertunggak

4. Siapa mencadangkan Dawama; siapa cadangkan penswastaan ini?

5. Kontrak cetak 6 juta naskhah buku teks untuk tahun 2012 (muai tu); buku-buku umum dan sastera terbitan DBP

6. 10 majalah DBP tidak menunjukkan peningkatan jualan. Pemasaran ini antara salah satu aktiviti penting mana-mana syarikat pun dan tidak terhad kepada syarikat percetakan sahaja.

7. DBP telah membayar 650 juta ringgit kepada Dawama atau mudahnya 65 juta setahun. (mungkin juga pembayaran meningkat setiap tahun seperti 20 juta, 30 juta, 40 juta, 50 juta, 60 juta, 70 juta, 80 juta, 90 juta, 100 juta, 110 juta; dan ianya berjumlah 650 juta)
Dawama ditubuhkan pada 14 Oktober 1999 dan beroperasi sepenuhnya pada 1 September 2002 bermakna perancangan yang begitu teliti telahpun dilakukan agar syarikat ini boleh hidup dan membuat untung. Perlu dilihat Dawama beroperasi selepas kemelesetan ekonomi bermakna tidak ada gangguan luar yang boleh mengakibatkan kenaikan kos berganda sepanjang operasinya selama sepuluh tahun ini.

Kos pembelian mesin hanya sekali. Mungkin syarikat membuat anggaran susutnilai terus hanya untuk 13 tahun operasi dan semua mesin akan menjadi seringgit sebuah pada September 2014. Bagusnya. Kos operasi merupakan filem, plate, mould, mata pisau, dakwat, kertas, maintenance, sewa, pentadbiran. Kos termurah adalah percetakan dan pemotongan, gam, laminate/varnish dan mungkin akan ada sedikit kos artwork serta hot stamping.

Kos-kos ini boleh jadi standard setiap bulan – maksudnya kita boleh menganggarkan belanja operasi berdasarkan 6 bulan pertama sehingga setahun operasi. Jika dalam jangkamasa itu kita boleh lihat memang ada keuntungan; tidak mungkin akan berlaku kerugian setelah lima tahun beropersi. Apatah lagi pertambahan pesanan akan memungkinkan untung berganda kerana nisbah belanja operasi bukanlah 1 kepada 1 (1:1).

Kos yang tak nampak (mungkin kat sini kot yang kena periksa betul-betul) seperti kos perjalanan pengarah dan belanja keraian, omputeh kata entertainment terlebih sangat. Begitu juga dengan sumbangan/donation yang tidak perlu.

Nisbah belanja operasi akan naik tetapi peratusannya kecil berbanding peratusan keuntungan yang dicapai untuk bulan berikutnya jika pesanan meningkat. Dan kita kena lihat pesanan meningkat adalah dari pelanggan yang sama dalam jumlah yang besar. Jika berlaku kerugian, ianya boleh dilihat setelah 3 tahun beroperasi. Tarik dirilah masa tu. Kenapa selepas sepuluh tahun?

Jika betul untuk tahun ini saja DBP telah membayar 110 juta (ikut perkiraan aku sebagai sebahagian dari jumlah 650 juta) kepada Dawama tetapi oleh kerana operasinya lumpuh; DBP terpaksa menanggung kerugian yang sama (mungkin lebih) melantik syarikat lain untuk mencetak dan mengedar 6 juta naskhah buku teks untuk tahun 2012!

Ini buku pelajaran untuk masa depan anak-anak Malaysia. Sikit ke jumlah tu?