Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Aktiviti Akhir Bersama...

EmpayarUtama - Saturday, November 12, 2011 : 63 comments

Malam tadi hantar anak sulung ke sekolah ikut rombongan darjah 6. Tak semua rakan ikut serta.

Rasanya banyak juga sekolah yang anjurkan program lawatan untuk murid-murid tahun 6 sebagai program terakhir perpisahan. Hampir enam tahun bersekolah diorang dah ada kumpulan kawan baik terutama pelajar perempuan.
Dalam perjalanan aku bertanya; 'Semua kumpulan kawan kakak pergi ke?'; Jawabnya ada dua orang -yang seorang tu baru je bayar kat cikgu tapi seorang lagi tak ikut. Aku cuba selami psikologi kanak-kanak; apa perasaan mereka jika tidak dapat bersama yang lain terutama waktu-waktu terakhir persekolahan...

Bagi pihak keluarga pula, mungkin ada beberapa sebab untuk tidak hantar anak-anak ikut serta:

- Dah selalu sangat pergi. Munasabah juga tapi suasananya berbeza jika pergi bersama kawan-kawan sekelas. Aku cuba selami perasaan ini dengan meletak diri aku sebagai seorang anak yang tidak berjaya ikut program sekolah. Apatah lagi ini rombongan terakhir bersama rakan-rakan sekelas yang hanya tinggal beberapa hari saja bersama. Naik ke tingkatan satu mungkin berpisah...

- Masalah kewangan. Yang ini aku faham bukan semua keluarga dapat sediakan bayaran. Jumlah RM150.00 mungkin agak besar bagi yang bekerja sendiri atau berpendapatan kecil. Tetapi makluman tentang program ini diedar seawal 4 bulan dahulu oleh pihak sekolah dan boleh bayar berperingkat. Aku cuba yang terbaik seadanya untuk pastikan si kakak dapat bersama rakan-rakannya untuk itu...

- Perkara lain yang agak peribadi dan susah nak dijelaskan; antaranya takut terjadi apa-apa waktu perjalanan. Ini kita tidak boleh kawal kerana bukan hak kita untuk melawan takdir. Cuma sebaiknya elak dari berfikir negatif.

Dan sebagai anak yang tidak dapat ikut serta; memang akan rasa sedih (mungkin menangis semaunya apatah lagi anak perempuan). Rasa kecewa tu semakin parah bila pada minggu terakhir sekolah minggu depan - rakan-rakan yang pergi bercerita tentang keseronokan mereka be-rombongan, siap bergambar sakan gitu. Ada yang akan berkata 'rugilah kau tak ikut'. 'Oh! Malangnya aku tak dapat ikut...'

Suasana itu tak mungkin dapat diulang...

Kepada ibu bapa dan anak-anak yang terlepas rombongan - terimalah hakikat. Aku berpesan kepada Airina; pakat-pakatlah dengan kawan-kawan sekumpulan. Kongsi keluarkan seorang 2 ringgit ke, berapa ke; kemudian belikanlah hadiah untuk
kawan kakak yang tak dapat ikut tu;

dia kawan kakak kan?...

Sekarang Pelik V - Kukur

EmpayarUtama - Thursday, November 10, 2011 : 49 comments

Sebelum apa-apa, terima kasih bebanyak kat semua kerana sudi baca dan beri komen dalam entri 2 hari lepas. Seperti komen Miss Eiza; akupun rasa tak pernah dibuat orang kena buat ringkasan lepas buat entri. Hampas kelapa tul aku ni. Tapi betul, aku sayang korang semua :)

Tak pe kita lupakan yang itu.
Dalam entri aku Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa aku bagitau sikit je pasal santan kelapa sebagai bahan masakan utama lauk berlemak. Ada juga surirumah yang agak rajin beli atau dapatkan kelapa dan parut sendiri untuk dapatkan kelapa parut. Meh kita tengok apa barang-barang yang biasa digunakan:

1. Ini namanya 'kukur'; inilah alatan pertama untuk dapat kelapa parut time dulu-dulu. Dalam salasilah keluarga aku, dah dua keturunan tak pakai kukur ni. Kayunya seperti 'rehal' bebudak mengaji boleh lipat untuk keselamatan bila disimpan. Kita kena duduk atas kayu tu menghadap besi tembaga bergerigi sambil tangan menekan tempurung kelapa untuk 'sagat'
isi kelapa. Cara ini paling tradisional dan selamat kerana jari takkan terluka. Aku letak gambar lebih sikit buat simpanan aku.


2. Dua gambar bawah ni ehsan pakcik Google sebab malu aku nak tunjuk 'parut' yang tergantung kat dapur kampung. Naik hitam besinya sebab lama sangat tergantung. Parut ni zaman mak aku je guna. Agak berbahaya bila isi kelapa makin kecil atau tetiba tengah menyagat; isi kelapa patah. Perghh mau berparut 3-4 baris kat jari. Sebab tu namanya 'parut'. Selalunya kalau dah kecik sangat, isi kelapa tu dicucuk ngan garfu konon-kononnya biar jari jauh dari mata parut tu.


3. Kiri ni mesin parut kelapa elektrik. Zaman sekarang boleh kata semua rumah ada letrik, mesin ni pun murah. Cara memarut lebih kurang macam 'kukur' cuma duduk kat kerusi bukan atas mesin tu. Terlebih tekan dengan tempurung boleh hancur.

4. Haa bawah ni alatan paling mudah, ringkas dan paling
dicadangkan. Paling mahal pun rasanya dua ringgit sebiji kelapa parut; beli aja kat kedai kuangkuangkuang kuang ajor tul haku nih:
.
Banyak kegunaan kelapa parut ni, bukan setakat nak dapatkan santan. Ada yang buat lempeng, pencicah apam, serunding (macam-macam jenis serunding), buat kuih, biskut, pelengkap pulut kuning, dan lain-lain lagilah. Tu baru kelapa parut, belum santan lagi.

Aku tak mo ceritalah sebab aku cuma nak tunjuk 'kukur' ok aaaaaa......

Anak-anak Korban Di Hari Raya Qurban

EmpayarUtama - Tuesday, November 8, 2011 : 57 comments

Terkejut bila masuk ke kawasan kampung pada pagi Hari Raya AidilAdha dua hari lepas. Seperti padang jarak padang tekukur. Tetapi disebabkan semua orang ceria untuk sembahyang sunat Hari Raya diikuti dengan upacara korban; aku perlu menunggu esok (semalam) untuk dapatkan penjelasan.

Seperti biasa kedai makan simpang
empat jadi tumpuan. Jawapan agak samar-samar diterima dari pengunjung tetap warung jadi aku rasa perlu bertemu ketua kampung (pak naib). Ketua kampung pula kalut semacam bila 'face to face'. Agaknya tak ada orang kampung yang berani berjumpa 'direct' sebelum ini. Ditambah pula parang pendek tersisip kemas di pinggang aku. Dengan tak berbaju kelihatan keringat mengalir membasahi muka dan tubuh badan aku; jawapan 50-50 daripada pak naib mungkin menghasilkan sesuatu di luar jangkaan.

Menurut beliau, segala kerja dilakukan kontraktor kampung sebelah tetapi ada pekerjanya orang kampung sini juga. Pihak JPS juga maklumkan tiada arahan untuk 'pembersihan'. Dan jawapan beliau yang tidak tahu bila masa pembersihan itu dilakukan semakin memanaskan badan aku yang memang dah sedia panas. Takkan ketua kampung tak tahu apa-apa; takkan setiap isi rumah tidak dimaklumkan dahulu. Proses pembersihan apa jika setelah dicantas, dibiarkan begitu saja! Ruas tebu belum setengah jengkal panjangnya, pun kena cantas!

Pisang tanduk, pisang nangka belum tua pun jadi mangsa.
Ingatkan semua anak-anak dicantas tetapi seperti dipilih-pilih pula lokasinya. Gambar-gambar di bawah jadi bukti:
Aku datang dengan parang pendek siap berpeluh-peluh satu badan tu sebab baru saja kerat tandan pisang muda yang aku ambil macam kat atas tu, bukan apa pun. Kebetulan rumah ketua kampung sepelaung aja dari rumah. Cuma aku minta tolong pak naib beritahu jiran aku yang akan pulang dari mengerjakan Haji hujung minggu ini bahawa semua tu bukan kerja aku. Aku nak balik JB dah ni. Haji Baru itu mungkin akan buruk sangka kerana dia bercucuk tanam atas tanah aku. Aku takut parang panjang tak bersarung pula dibawanya ke rumah nanti.

Aku tak mau masuk surat khabar woo...

(Errr, ok tak cerpen mengarut aku?)