Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Yang Ini Aku Nak Kongsi: Best Tau

EmpayarUtama - Saturday, December 31, 2011 : 39 comments

Sementara tunggu masa nak angkat baju yang belum kering sangat kat ampai, aku menggugel cari skrip Novel yang boleh tukar tukar header bila 'refresh page'. Jenuh juga cari tak jumpa sampai hujan turun balik basah lencun semua baju. Ada tutorial dari seberang sana tapi bila cuba tak menjadi pun.

Last last jumpa jugak omputeh punya; tu yang kalau sesapa refresh belog aku ni atau tekan page entri yang dulu-dulu (hehe tengok ke entri-entri lama aku...?) - header betuka tuka. Best tak? Cakapla best. Tapi gamba tak berapa kemas sebab aku cuma nak test je. Camana pun benda ni bagus untuk mereka yang gila kumpul header atau yang kejap-kejap sakit perut nak tukar header, kejap kejap sakit perut nak tukar header. Nak tukar header pun sakit perut?

Haaaa meh sini adik EmpayarUtama nak bagi satu skrip drama buat tambah duit kocek tahun 2012 ni. Kerjanya tak rumit cuma pastikan gambar yang nak dijadikan header tu mesti dalam format yang sama tak mo rojak cam belog aku aaaa... Bila save dalam .gif - semua dalam .gif; kalau .jpg - semua save dalam .jpg camtulah boleh faham yea :) Saiz gamba pun kalau boleh bagi sama sebab ada kod html belog yang dah tetapkan saiz takut kelakar pulak jadinya bila page belog direfresh nanti. Tak pasal-pasal belog seram jadi belog kelakar seram pulak wiiiiiii. Erkkkk terikut-ikut dah, perkataan wiiiiiii ni popular kat satu websait feveret aku (Tapi cam dah tuka link ke sini jah...).

<script type="text/javascript">
var banner= new Array()
banner[0]="Image01URL"
banner[1]="Image02URL"
banner[2]="Image03URL"
banner[3]="Image04URL"
banner[4]="Image05URL"
var random=Math.floor(5*Math.random());
document.write("<style>");
document.write("body {");
document.write(' background:url("' + banner[random] + '") no-repeat top left;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>

No 5 kaler merah tu untuk tunjuk ada lima gamba. Kalau nak tambah atau kurangkan ikut sukalah tapi kena tambah atau buang juga baris yang ini:
banner[?]="Image(0?+1)URL"

Kat mana nak letak kod ni? Pergi ke Design --> Page Elements --> Add A Gadget --> HTML/JavaScript pastu tempek je dan tengokle jadi ke tak. Pastikan header asal buang dulu (simpanle dalam kocek nanti boleh pakai semula kalau dah boring guna kod atas tu; takpun jadikan 1st header). Jangan lupa pastikan juga lebar dan tinggi #header di skin (template) belog sama ukuran dengan header-header baru ya.

Satu lagi aku pun gatal tangan juga tambah signature hek...elehhhh cam bagus je kan hahahah. Banyak dah tutorial yang ini kalau korang rajin gugel kalau malas gi KAT SINI.

Selamat menyain cek dan selamat berheader-header ^_^



Kisah Seram UUM: The Untold Story

EmpayarUtama - Thursday, December 29, 2011 : 35 comments

Jangan baca cerita ni lepas pukul satu pagi nanti tak leh tido kalau nak baca juga pastikan tingkap dah tutup rapat berkunci. Kalau tingkap lutcahaya tutup langsir dan kalau terdengar bunyi ketukan kat tingkap buat tak tau je tau.

Mulanya nak komen sambil bercerita kisah seram aku kat belog Hidupku… Duniaku… bila Kotak Mancis buat entri Kisah Seram UUM tapi takot panjang sangat nanti jadi satu entri tak elok le. Jadi aku kongsi cerita tu kat sini.


Masa tu tak silap aku semester 7 ceh kira pangkat senior boleh ragging junior hahahahah. Aku tak buat de kerja tu sebab aku ni jenis malas belajar; tiap hari dok men muzik. Masa tu lagu rock kapak jiwang manjang. KPOP belum ada lagi. Lagu pop pun tengah meletup selalu le kitorang dapat undangan kat hotel, army functions pastu tiga tahun berturut jugalah kena iring gamelan bila majlis konvo. Eh apa terbabas citer muzik lak ni aku nak citer seram. Tapi betul aku pernah tengok diorang panggil grup Blogger Sami Siam berkumpul tangkap hantu kat dewan makan depan tasik tu lepas kecoh sangat kes kena tegur ngan 'makcik' dari luar tingkap bilik tingkat 4 blok. Luar tingkap bilik tingkat berapa pun mana ada koridor.

Ok... k… sambung balik. Semester tu aku amik paper advance accounting entah apa subjek aku pun dah lupa tapi lecturer dia smartle. Hensem tu, entah yek tapi dia suka kenakan baju CAMEL lengan pendek sebut betul-betul CAMEL bukan COMEL aaa. Ala yang banyak kocek siap butang sama kaler ngan baju; kat kiri kanan bahu pun ada kocek macam baju technician boleh letak pen, test pen, pendrive, skru driver. Masa tu pendrive belum ada sebab tu aku potong. Kaler feveret dia coklat cerah seluar pun CAMEL jugak pun ada kocek kiri kanan. Sebab aku cerita pasal banyak kocek ni kerana dia isap rokok tapi tak pernahnya bawak. Lighter pun tak ada dok pau je student pastu pakat ramai-ramai berasap luar dewan. Dia ni kalau bagi soalan tutorial siap bagi pilihan jawapan objektif. Ala objektif kacang je tapi jawapan objektif tu banyak betul pilihan contohnya A. I sahaja; B. II sahaja; C. III sahaja; D. IV sahaja; E. I dan II; F. I dan III; G. I dan IV; H……. sampailah last sekali boleh jadi sampai Y. Tak Pasti; Z. Tak Tau.

Tiap kali kuliah subjek dia - student kat dewan kuliah 60-70 orang je mungkin paper tu susah sangat pastu nak ambik paper ni kena lulus dulu dua paper sebelumnya kalau tak sorile tak boleh ambik. Itu pra-syarat tak boleh suka-suka register amik paper subjek-subjek tertentu. Dalam dok men muzik tuang kuliah ntah camana la aku boleh terlepas ke paper advance ni.

Kena satu hari tu; cuaca mendung hujan renyai-renyai; jam dah pukul 2 petang. Sejuk kat luar tambah pulak air-cond kat dalam dewan masing-masing makin sejuk. Dan masa tulah kitorang perasan kat dalam dewan kuliah tu bukan 60-70 orang tapi dekat dua ratus penuh juga dewan dari atas sampai ke bawah. Camana aku nak terangkan keadaan dalam dewan – haaa lebih kurang dalam Cineplex camtu lah. Tapi bukan penuh sebab tengok cerita Ombak Rindu. Masa tu mana ada lagi cerita Ombak Rindu kan?


Tetiba je ada komen dari SHAHIDA SHIDA pasal Ombak Rindu ^_^.

Rasa seram jugak sebab banyak muka-muka kat dewan tu tak familiar. Kereta MAZDA Familia Sporty 4 pintu popularlah masa tu. Lecturer tu pun macam tak berapa selesa kitorang tengok dia berbincang pastu keluar. Lama juga dia keluar tak masuk masuk semua yang ada dalam dewan makin saspen. Dok diam je lah sebab ramai yang kitorang memang tak kenal nak tegur takut. Eh, korang tak seram ke? Seramlah sikittt...

Lepas 15 minit hujan makin lebat siap guruh berdentam dentum kat luar. Tetiba je blup… black out pulak. Lampu Emergency EXIT pun tak nyala. Peluh sejuk terasa dah kat kulit kepala tunggu nak meleleh. Lepas lampu ok balik; berderau darah masing-masing bila tengok dewan makin penuh dengan muka-muka yang langsung kitorang tak kenal. Dewan tu boleh muat dalam 350 orang. Siapa mereka ni? Lecturer boleh tinggalkan kitorang camtu aja. Pat ploh minit lepas tu baru dia masuk dan terus buat pengumuman ‘sori yea sebab dah biasa tengok student saya dalam 60-70 orang je jadi saya cuma sediakan 80 set. Bila saya semak semula – yang daftar untuk paper ni 270 orang jadi saya kena pergi fotostat 200 set lagi kertas soalan. Sekarang boleh mula’. Hampagas betullah rupanya kaki tuang kuliah pat-lima kali ganda rupanya…


Itulah cerita seram aku masa ujung semester 7 waktu ambik exam. Nasib baik tak kena repeat paper tuh. Seramkan…?

Percuma Selagi Boleh, Malaysia Boleh

EmpayarUtama - Monday, December 26, 2011 : 28 comments

Ish macam program affiliate pulak - Percuma! Percuma! Tapi bila skrol bawah sekali kena bayar Yuran Penyertaan daaa...

Aku harap benar Pengakuan Bersalah Dan Rasa Bersalah Aku dapat tarik lebih ramai pengunjung ke belog rakan-rakan maya yang aku pomot dalam entri tu.
Dah ramai juga blogger cerita pasal shoutmix akan tamat sesi percumanya. Reminder dari shoutmix ada kat belah atas kotak jerit tapi agaknya kecik sangat tak berapa nampak. Jadi benda tu orang buat tak kisah je walaupun cuma tinggal beberapa hari je lagi.

Satu lagikan, aku perasan kita suka betul benda-benda percuma ni, tu yang Malaysia Boleh! Hahahahahah. Letak kotak jerit ni ada baiknya ada tak baiknya kira seimbang juga. Kebanyakan pengguna internet gunakan shoutbox yang ada dalam blog orang lain sebagai alat untuk promot bisnes dan yang teruknya cuma nak suruh tambah pengikut. Ada yang lebih teruk gunakan sebagai medium untuk suruh blogger yang disinggah tu klik iklan mereka pulak. Belum tentu lagi bila dia singgah pesan, iklan kita dah diklik (untuk yang ada iklan le...) siapa tahu kan...

Terlanjur cerita pasal iklan ni, kepada sesiapa yang pasang iklan pastikanlah link iklan diletak betul-betul kalau tak; rugi je nanti. Ni ha contoh bila link iklan cupcup tak letak dengan betul siap kuar gambar burung mata kuyu nak bagitau korang tak de duit walaupun iklan kena tekan:

Ok balik pasal shoutbox.

Kat sini aku senaraikan antara kotak jerit percuma yang aku jumpa untuk dibuat pilihan:



Tapi kalau tak de pilihan aku rasa lebih baik sebab ramai akan baca entri dan letak link kat kotak komen. Ini pilihan terbaiklah setakat ni ^_^

Satu lagi jam unik aku jumpa; huruf-hurufnya tu orang tau:-



Tengok betul-betul, tak pecaye ke... ^_^