Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Spontaneous Thursday - Pertama Kali Selepas Dua Belas Tahun

EmpayarUtama - Thursday, February 9, 2012 : 16 comments

Memang inilah pertama kali selepas 12 tahun membayar...
Bukan banyak na pun RM35.00 setahun - online payment aku fikir tak berapa praktikal sebab setahun cuma bayar sekali je. Semua yang ada tanah belum tentu pandai online sebab kat kampung-kampung terpencil; line internet pun lom ada. Sesi pagi bawa ke petang; depan aku ada lebih 450 orang lagi - bila nak habis ni...

Serius, Aku Tak Serius

EmpayarUtama - Sunday, February 5, 2012 : 14 comments

Aku mengaku tak banyak dan semakin kurang berkongsi cerita tetapi pada bulan lepas, walaupun hanya sembilan entri - tiga daripadanya aku sentuh tentang busuk.

Setelah terima feedback dari admin melalui e-mel dan komen; aku agak gembira untuk buat perbincangan dua hala akan tetapi maklumbalas aku selepas itu menjadi perbincangan tak
tentu hala bila tiada respond langsung dari admin baik melalui facebook mahupun e-mel.

Pertama sekali kita lihat chatroom bila mereka yang masuk biasanya inginkan bantuan admin untuk selesaikan masalah ping entri (ada admin peduli?):


Dan berikut adalah ringkasan ketiga-tiga entri aku sebelum ini:

1. Macam-macamlah/Tapi Aku Sokong Produk Tempatan Tau

Artikel yang bukan menghentam tetapi cuba membuka mata admin bahawa chatbox busuk masih boleh diperbaiki dan dan boleh digunapakai melalui apa jenis browser - Internet Explorer; Orkut; Mozilla Firefox; Opera; Safari; Google Chrome; atau apa saja yang sepatutnya tidak menjadi halangan untuk user berchatting menggunakan chatbox busuk. Kita sepatutnya berbangga dengan produk tempatan yang punyai daya saing.

Dalam entri ini aku peroleh 7 negative feedback (termasuk ❤MaYa MustWany❤ sewaktu beliau menggunakan Opera) dan 2 positive feedback yang memberi maksud tiada masalah dalam penggunaan chatbox tersebut. Yang lain-lain lebih kepada komen tentang penggunaan chatbox.

Masalah: - pageload yang terlalu lambat. Seperti contoh di bawah; melalui Mozilla Firefox, aku mengambil masa 21 minit untuk paparan 'Guest - Shout' bertukar ke paparan 'Guest - Your Name & web/e-mail - OK';bila page direfresh sekali:



Dan apa kata Anak Wak Mail ?


Ridhwan Othman juga bermasalah;
baca komen beliau di blog Maya :


2. Busuk

Dalam artikel ni aku berkongsi cara untuk lihat prestasi setiap entri yang telah diping tanpa perlu login setelah memperoleh user ID. Pengguna hanya perlu bookmark page yang terpapar setelah buka link dan selepas itu page tersebut boleh diakses bila-bila masa. Aku memberi alasan mengapa aku malas letak widget busuk di blog apabila ianya lebih 'unsuccessful' bila entri diping; mengakibatkan kebarangkalian ping entri juga mungkin gagal.

Aku juga tunjukkan screenshot image entri yang telah aku ping di mana ada di antaranya hanyalah 'default image' busuk. Sebenarnya busuk tidak dapat menerima resize image untuk dipublish bersama entri.

Penyelesaiannya: jika kita ingin sesuatu imej itu dipublish; saiznya perlu berada pada saiz sebenar. Dan ini kelemahan busuk bilamana program lain (Apesal, Oh! Belog, GuaBlog dan lain-lain) boleh menerima perbagai saiz imej.

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMw6wET6ADa5SaMW43ahCzJeHUiB9v2wNs3mvsk-1Ga6PAcoR43PO-QRhSjquYTDVKBsVKBMO4B5TFIaoALZMQDtIU2Cr-GioiUcRnnF3A0v4vD6hNAF0chS1je2RqAFbGk4xkI504IuKw/s1600/empayarutama.PNG"><img border="0" height="185" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMw6wET6ADa5SaMW43ahCzJeHUiB9v2wNs3mvsk-1Ga6PAcoR43PO-QRhSjquYTDVKBsVKBMO4B5TFIaoALZMQDtIU2Cr-GioiUcRnnF3A0v4vD6hNAF0chS1je2RqAFbGk4xkI504IuKw/s1600/empayarutama.PNG" width="185" /></a>

(saiz lebar dan tinggi adalah saiz sebenar (185px); bukan saiz besar yang dikecilkan atau saiz kecil yang dibesarkan...)


3. Bagus Sangat Ke Ping Tu?

Di bawah tajuk 4 artikel ini aku luahkan rasa keliru terhadap ping-ping program termasuklah busuk yang meminta kita meletak 'reciprocal link' atau 'reciprocal button' sebagai balasan untuk entri kita dipublish. Arguement aku ialah kita telah 'login' untuk ping entri dan kita telahpun diberi unique ID.

Kepada mereka yang pertama kali membaca dan pergi ke halaman busuk mungkin tercari-cari di mana letaknya butang Login...


Sempena Maulidur Rasul; aku minta maaf kepada semua kerana kebanyakan (boleh kata semua) cerita dalam entri aku bercorak santai dan tidak serius. Tetapi itulah aku - dan itu cara aku.

Mungkin kerana Aku Tak Serius bercerita- admin memandang sebelah mata atas pandangan aku.

Selamat maju jaya buat busuk.org ^_^



Koleksi Gambar-Gambar Panas

EmpayarUtama - Friday, February 3, 2012 : 43 comments

Korang ada? Aku ada tapi cerita ni tak elok untuk kanak-kanak bawah umur sebab memang tak sesuai. Kalau kat rumah aku memang seboleh-bolehnya jauhkan dari anak-anak; bahkan orang dewasa pun kena pandai-pandailah kawal.

Kalau boleh sorok memang aku akan sorok dari budak-budak. Sekarang ni
apa benda pun dah tak de tapis-tapis lagi dah tapi mak aku guna juga penapis kalau perah santan ke; perah limau ke... Perah kain masa bilas baju je mak tak pakai penapis.

Okeh mari nengok koleksi gambar-gambar panas yang aku ada. Kalau terlebih sangat dan terlalu menjolok mata jangan lupa tegur aku tau :


V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V

V


4 jam bergelap lepas Raya Cina

Tak boleh alih, kat dapur...

Tepek tapak tangan bergegar wooo

Mandi air panas seyyy...

Tak boleh tak ada, masak megi...

Jangan masukkan tangan aaa


Sebelah ni gambar yang paling buat aku panas. Dah empat kali dah hantar kat worksyop. Semalam tokey worksyop tu kata "Da oke dah tak de problem punyalah". Perghhh baru jalan 23 km temperature naik lepas separuh tu; jalan lagi sepuluh km terus jadi camni... Hampeh tullaaaaa...

Abang Gilamofied boleh tolong tak?

Errrr, korang kalau nak "koleksi gambar-gambar panas" yang lain korang google sendiriklah yea ^_^