Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Yang Ini Bukan Koleksi DOMU-KON

EmpayarUtama - Thursday, June 28, 2012 : 10 comments

Yang ini aku tak tipu :) Betul ini bukan koleksi DOMU-KON atau koleksi gambar-gambar panas cam aritu.

Aku suka tengok karya Peter Callesen yang nampak simple tapi rumit. Hasil karya beliau adalah melalui kertas jadi aku buat cerita ni sebab nak simpan link website dia sebenarnya.

Letak 2 antara hasil karya Peter Callesen saja nak bagi nampak cantik page ni hahahahahah.

Bila bebudak beli 'jajan' masam manis dalam straw tu, diorang buang hadiahnya. Aku pulak suka kumpul hadiah berupa kertas kadbod tu antaranya koleksi superbike dan kereta racing:

Replika model-model ni kecik je. Lebih kurang sama besar dengan batang pen atau anak kunci kereta, tapi aku suka.

Nasib-nasib le dapat motor atau kereta. Selalunya dapat transformers, robot, speedboat, angry bird, dan ntah apabendalah lagi. Aku ada, korang?

Kesabaran Dan Kejujuran Diri (Teknik Belajar Menipu ^_^)

EmpayarUtama - Wednesday, June 20, 2012 : 28 comments

Aku ada janji nak cerita pasal golf. Tapikan, ramai yang kata ish ini game orang kaya. Tak juga. Lebihkurang aja dengan badminton cuma janggal kalau main depan rumah. Korang kira dan banding sendirilah belanja (untuk permulaan) set golf dengan set badminton campur ngan pakaian; sewa gelanggang/course; serta tempoh 4 jam permainan.

Golf ini lebih kepada PR (Public Relation) dan masa 4 jam itu boleh jadi penentu berjaya atau tidak perbincangan perniagaan selain menguji tahap kesabaran dan kejujuran diri. Kenapa aku kata 'menguji tahap kesabaran dan kejujuran diri' kenalah sambung baca yea.

Oleh kerana ini permainan sendiri dari mula hingga habis 18 lubang; segala-galanya dilakukan sendiri. Peraturan dalam permainan golf amat rumit dan ketat. Contohnya 'par 3' yang jaraknya 210 meter. Apa yang ada? Ada 'tee box' untuk mulakan pukulan; perangkap pasir sebelum dan selepas 'green'; 'rough' (rumput kasar yang tak rata) sebelum perangkap pasir serta di kiri dan kanan 'green'; kolam pada jarak 90 meter dari 'tee box'; dan lebar 'course' hanyalah sekitar 80 meter di mana kiri dan kanan 'course par 3' ini adalah belukar dan ditanda sebagai 'Out of Bound' atau OB jika bola tersasar ke situ penalti satu pukulan dikenakan.

Bagi 'attacker' ada yang memilih untuk memulakan dengan 'Wood 3', 'Wood 5', 'Rescue Wood', 'Iron 3', atau 'Iron 4' kerana ini antara kayu pilihan yang boleh sampai pada jarak sekurang-kurangnya 190 meter selebihnya bola akan roll ke hadapan. Untuk yang bermain selamat, akan pilih kayu bernombor lebih besar agar bola landing sebelum kolam atau selepas
kolam. Diikuti dengan pukulan kedua yang terus mensasarkan lubang di 'green'. Pukulan ketiga memang harap 'putt' di green untuk tolak masuk bola ke lubang. Jadi bila pukulan pertama dah OB; kena pukul lagi sekali tetapi ianya pukulan ketiga hehe. Bila pukulan pertama masuk kolam pula, boleh 'drop'kan satu bola baru di tepi sebelum kolam tetapi pukulan kedua itu jadi pukulan ketiga.

Andaikata bola di tepi kolam dan rumput tebal
menenggelamkan bola atau bola masuk perangkap pasir; jangan cuba-cuba 'test' hanyunan kerana setiap 'test' hayunan dikira satu pukulan. Bila bola dah dipukul keluar dari perangkap pasir; kena 'rake' semula pasir tu seperti keadaan asal sebab akan ganggu permainan pemain lain di belakang ('flight' belakang).

Oh ya; 1, 2, 3 atau 4 orang (biasanya 2 orang satu 'buggy' dan maksima 2 'buggy' dah boleh mulakan permainan) dipanggil satu 'flight'. Cuba elakkan dari bermain perlahan kerana bila 'flight' belakang dah tak sabar; tetiba saja sebiji bola boleh hinggap di kepala. Bila bola masuk 'rough' dan tak jumpa - ada yang keluarkan bola dari dalam kocek letak cantik-cantik kata bola jumpa kat sini (dah tak jujurle) kerana bila bola tak jumpa; sama taraf seperti masuk kolam - penalti satu pukulan.

Ada juga situasi bila bola jatuh ngam-ngam di balik pokok yang halang kita untuk buat pukulan seterusnya; jangan cobak cobak alih bola. Ada yang pandai, tendang sikit bola tu keluar dan ada yang lagi bagus bila dibenarkan pindah bola tu (selepas biasalah - penalti satu pukulan) ambik bola tapi di belakang jari ada 'tee' pendek jadi bola yang dipindahkan cantik je terletak sebab bawahnya ada 'tee' hehe.
Dan bagaimana keadaannya di 'green'? Yang jauh akan pukul dulu jadi bila ada bola di hadapan yang mungkin mengganggu; tuan punya bola hadapan perlu ambil bola dan mark dengan 'marker' bukan 'pen marker stabilo' ya. Dah tu jangan memandai-mandai pijak rumput yang jadi route bola kawan yang jauh tu kerana rumput yang dipijak boleh pesongkan pergerakan bola.
Konsentrasi penting sebab nak masukkan bola dalam lubang kena dok diam; pastu jangan berada bertentangan dengan kawan yang nak pukul bola.

Sudahnya 'par 3' yang sepatutnya hanya perlu maksima 3 pukulan mungkin jadi berbelas-belas kiraan pukulan. Gambar-gambar tu semua cilok gugel; gila ah nak snap tengah padang. Banyak lagi peraturan dalam permainan golf ini yang benar-benar menguji tahap kesabaran serta kejujuran diri. Selalu juga kita dengar alasan ke luar negara untuk bermain golf, hehe betul ke?

Bloglist Yang Tak Siap

EmpayarUtama - Monday, June 18, 2012 : 24 comments

Setuju dengan komen baguznet masa aku mintak pandangan pengguna blogspot - mana lebih baik 'template lama' atau 'template versi 2.0' apabila New Interface diperkenalkan.

Bagi aku, lebih mudah guna 'template lama' walaupun dalam New Interface sebab tak ada masalah view melalui Internet Explorer  (IE) lebih-lebih lagi
kalau nak tambah kod-kod tutorial contohnya html kod marquee. Ala yang boleh scroll kiri kanan atas bawah tunggang terbalik tu ^_^.

Takut nak kekalkan template lama ni, manalah tau kot tinggal aku sorang je yang pakai. Tapi bila nengok Ayie Abas dan blognya PGGP; ILA HonEyBuNNy; tok penghulu Afzalsukasuki serta idola beliau AVI; Cikgu Jaja; Cikgu Bada; Kancil 8349; ❤MaYa MustWany❤; abam komputer - aiez (sekadar ambil beberapa) masih lagi guna; rasa takut tu kureng sikit.

Aku cuba pasang bloglist kengkawan (hehe belum siap add; kalau nama blog korang belum ada tunggu yea. Tak pun bagitaule nanti aku tambah takut lupa der). Mula-mula cuba juga tutorial yang sedia ada tapi itu cuma scroll box untuk tutup sebahagian list. Senarai yang ada tetap statik dan paparan terhad kepada berapa blog atau web sahaja. Jadi aku cuba adjust sikit bagi nampak semua blog kengkawan melalui pergerakan naik ke atas walaupun guna ruang yang terhad.

Sebenarnya kita cuma perlu letak html kod marquee ni di tempat yang betul, itu aja :
<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="230" height="200">
</marquee>

STEP 1 : Pergi ke sini :

Kena Expand Widget Template sebab kalau tak nanti tak jumpa kat mana nak letak kod marquee tu.

STEP 2 : Guna CTRL+F atau tekan F3 untuk cari <b:widget id='BlogList1'. Ada juga yang buat banyak kotak bloglist dalam blog.
Oh ya. Sebelum lupa - anda kena letak dulu dua tiga blog kengkawan dalam senarai bloglist kalau tak memang tak gunalah STEP 2 tu. Camana nak buat bloglist - search gugel je. Banyak tutorial pasal bloglist nih.

STEP 3 : Letak kod yang atas tadi ke tempat yang sepatutnya, seperti contoh di bawah :
<b:widget id='BlogList1' locked='false' title='Senarai Blog Pilihan' type='BlogList'>
<b:includable id='main'>

<b:if cond='data:title != ""'>

<data:title/>

</b:if>

<marquee direction="up" onmouseover="this.stop()" onmouseout="this.start()" scrollamount="2" width="230" height="200">

<b:loop values='data:items' var='item'>

<b:if cond='data:showIcon == "true"'>

</b:if>

<data:item.blogTitle/>

<b:if cond='data:showItemThumbnail == "true"'>
<b:if cond='data:item.itemThumbnail'>

</b:if>
</b:if>
<b:if cond='data:showItemTitle == "true"'>

<b:if cond='data:item.itemUrl != ""'>

<data:item.itemTitle/>
<b:else/>
<data:item.itemTitle/>
</b:if>

</b:if>
<b:if cond='data:showItemSnippet == "true"'>
<b:if cond='data:showItemTitle == "true"'>

</b:if>

<data:item.itemSnippet/>

</b:if>
<b:if cond='data:showTimePeriodSinceLastUpdate == "true"'>

<data:item.timePeriodSinceLastUpdate/>

</b:if>

</b:loop>

</marquee>
<b:if cond='data:numItemsToShow != 0'>
<b:if cond='data:totalItems > data:numItemsToShow'>

<data:showNText/>

<data:showAllText/>

</b:if>
</b:if>
<b:include name='quickedit'/>

</b:includable>
</b:widget>

Kod ni diletak sebelum kod <ul... dan penutupnya selepas kod

Sebelum save, sesuaikan paparan widget ikut kesesuaian blog anda berdasarkan warna-warna pink. Disebabkan ianya tersenarai panjang ke bawah, seeloknya scroll ke atas jadi biarkan "up" tu begitu. Scrollamount untuk kelajuan pergerakan; semakin besar nombor semakin laju pergerakannya. Tentukan width ikut kesesuaian sidebar. Height tu pula ikutle; nak lagi besar bukaan, besarkanlah heightnya. Jangan lupa untuk menutup marquee yang kaler biru yea.

Dua imej atas tunjukkan marquee yang tak jadi menggunakan 'template versi 2.0' bila diview melalui IE. Jadi bila korang nengok bloglist aku kat sidebar tu melalui IE dah ok (ala yang tajuk dia Yang Ini Blom Siap Lagi tu le); maknanya aku dah tukar ke 'template lama'. Jadi, tutorial ni sesuai untuk 'template lama' aja tau. Jangan ngengada tanya aku camana nak ejas kat 'template baru' - aku tak pandai :)
Eh dah siap. Apa lagi save le.....

Kemaskini: Aku tukar guna Multitab (fungsinya sama je). Paparan Bloglist ada dalam Tajuk Belog Kengkawan.