Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Hati-hati Terima SMS. Dari Aku Tak Apa ^_^

EmpayarUtama - Thursday, July 12, 2012 : 15 comments

Pagi tadi, orang rumah yang seminggu mulut dia tak boleh nak betul lepas dapat cabutan bertuah aritu; dapat pula satu sms bertuah.

Jadi, sebelum dia tersenyum lebar kelat buat kali kedua, kali ni dia call aku dulu.

Sekarang info di hujung jari, kan? Jadi janganlah pergi bukak website yang diberi sebab memang segalanya akan 'looks too good to be true'. Sebaiknya cuba mintak bantuan pakcik gugel dengan menaip perkataan 'review'. Contoh dan hasilnya begini:


Ini yang sepatutnya dicari dahulu.

Ok kalau malas, cuba pergi ke sini atau sini

Yang cantiknya; kandungan sms – nombor siri dan nombor talipon sama ja macam kat ruangan komen yang di kirim oleh para pengomen.


SMS bawah ni aku sendiri dapat bulan lapan tahun lepas :



Wordless Wednesday II

EmpayarUtama - Wednesday, July 11, 2012 : 12 comments

Bertolak jam 4.00pm (PD Utara)...


Tiba depan rumah ngam-ngam 10.30pm :(



Medan Ikan Bakar Kg Telok, Pasir Panjang

EmpayarUtama - Tuesday, July 10, 2012 : 8 comments

Terlanjur dah ke Tiara Beach aritu; kami pusing-pusing ke kawasan terdekat. Medan Ikan Bakar ni pula terletak hanya 5 km dari penginapan. Ianya menghala ke Melaka dan setelah 3 km akan jumpa pekan Pasir Panjang.

Belok simpang kanan pastu dalam 2 km dah jumpa Kg Telok.
Suasana petang taklah meriah. Air pun baru nak pasang dan nampakle beberapa orang dok kutip siput, kerang dan apa-apalah yang boleh dikutip.

Tapak jeti lama pun dah terhakis, jadi nak ambik gambar keseluruhan kawasan pantai tak berapa cantik.


<
Yang atas ni aku ambik belah petang. Bawah ni pulak belah malam. Jadi tak yah pertikaikan mutu gambar menerusi Nokia cokia aku aaaa.

Ok meh kita lihat aktiviti malam pulak. Nampak meriah dengan 6 gerai yang dibuka untuk pengunjung membuat pesanan. Ramai juga yang datang walaupun perjalanan ke sini belah malam agak gelap:



Aiman yang mencuba bakar ikan. Sementara tunggu pesanan sampai, kitaorang belasah kerang rebus dulu :)

Jeng jeng jeng - ikan sweet sour dan ikan bakar Aiman dah sampai:





Diikuti dengan sotong goreng tepung, tomyam campur (eh dah luak?), telur dadar (pinggan pun dah tak nampak); serta ketam.
Diorang ni tak makan sayur jadi satu sayur pun tak dipesan :)



Aaaaaaa..... apa lagi, jemput nengok hehe ^_^