Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Lagi Antara Cerita Yang Tidak Dipos

EmpayarUtama - Saturday, December 15, 2012 : No comments

Dua snapshots nih pun aku hanya biarkan dalam deraf sebelum ini. Tapi aku nak kongsi jugalah sebab rasanya masih relevan dengan suasana Hari Raya semasa ^_^

1. Macam-macamlah...

Snapshot pertama dari satu grup fesbuk apantah. Member-member kat grup nih pantang nampak ada pos
baru, terus tempek diorangnyer link kat bawah :)


2. Spontaneous Thursday I

Snapshot kedua aku curik dari shoutbox DzuLagiL pada satu petang Khamis bulan Julai 2012 tak salah aku...

"Ini cerita Khamis lepas; lewat sangat nak publish masa tu"

(Tekan gambar untuk tumbesaran)

Dzul jangan mare, aku pomot nih. Jom terjah blog dia ^_^



Betul, Perhati Betul-betul

EmpayarUtama - Friday, December 7, 2012 : 13 comments

Empat hari lepas terima bil dari TM. Terkejut bila tengok bil bulanan tak seperti biasa. Aku pun baca semua info yang dilampirkan. Nampak oklah kerana pelarasan dua bil kepada hanya satu tarikh saja.

Tapiiiiiiiiiii, agak pelik juga bila tengok bil yang aku terima:


Jadi aku ke TM Point terdekat untuk dapatkan penjelasan. Malangnya pegawai bertugas tidak dapat beri jawapan memuaskan.

Apa masalahnya?

Bil itu perlu dijelaskan sebelum atau pada 10 Disember 2012 tapi TM telah caj pengguna (akulah tu) sehingga 18 Disember 2012. Maknanya aku kena buat bayaran untuk 8 hari ke hadapan walaupun perkhidmatan itu belum digunakan lagi. Patut ke?

Berdasar jawapan pegawai tadi, tarikh itu akan kekal begitu. Ish, kalau nak selaras - selaraskanlah pada 18 haribulan tiap-tiap bulan. Begitu juga dengan tarikh bil yang perlu dibayar. Barulah nampak ada pelarasan. Cepat na nak ambik untung...

Aku beri pandangan aku sebab dalam sebulan pasti akan ada gangguan internet. Pengguna bayar apa yang telah dicaj walaupun talian internet bermasalah. Itu ok lagi. Tapi bila talian internet yang belum diguna telah dicaj awal-awal; apatah lagi dengan gangguan internet yang pasti akan timbul - aku rasa memang tak oklah.

Oh, oh - Sebelum lupa; cerita kali ini tidak disponsor langsung oleh TM yea. Hahahahahahahampagas tul!



Nampak Macam Best, Tapi...

EmpayarUtama - Tuesday, October 30, 2012 : 17 comments

Dua tiga menjak ni aku betul-betul penat. Masa free aku habis sebagai buruh kasar merangkap pekerja kontrak.

Aku dah set lepas Raya Idilfitri dulu - masuk opis pertama hari Senin, rehat hari Selasa. Masuk opis kedua hari Rabu, rehat hari Khamis. Masuk opis ketiga hari Jumaat, rehat hari Sabtu.

Tapi iyalah, kita hanya mampu merancang Tuhan menentukan. Masa rehat aku terus jadi hari pekerja kontrak. Memang aku berulang alik ke Pontian siapkan apa yang patut kat kampung; bila balik malam memang penat gila. Gila pun tak penat cam aku.

Jadi bila aku sempat bukak blog; heran juga tengok komen kat bawah pos asyik betuka jadi otromen kosong. Cam ni haaa:

Sebelum nombor tu bertukar ke "0", aku cuba tekan - ok pulak keluar kotak komen cam ni:

Pastu aku terfikir untuk tengok pos kat 'archive'. Bila aku tekan je; alammmmmmakkkkk keluar komen NuffnangX la pulakkkkk. Pening tul.

Dulu sebelum ada NuffnangX; aku ada juga pos cerita kat Innit. Jadi bila dia bertukar ke NuffnangX ditambah pula applikasi yang automated poskan cerita-cerita ke fesbuk dan twitter; aku cubalah masukkan kod yang diberi ke dalam blog. Sudahnya jadi cam kat atas tu.

Bila aku tengok, tak ada pun cerita terakhir yang aku kongsi tu diposkan ke fesbuk dan twitter. Ianya boleh jadi ada di fesbuk hanya jika aku jadi admin. Tak kuasa der...

Ingatkan NuffnangX ini akan berkongsi platform dengan blogger lebih-lebih lagi pada kotak komen. Dahla dulu shoutbox aku buang, ini kotak komen pulak program len nak kontrol. Jadi aku rasa ianya tak berapa sesuaile untuk aku. Sudahnya aku buang. Abis cerita...

Buat kengkawan, InsyaAllah dalam seminggu dua ni akan siap kerja-kerja di kampung. Pastu dapatle aku blogwalking cam biasa, sori bebanyak yea...