Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan 2

EmpayarUtama - Sunday, January 20, 2013 : 27 comments

Ini sambungan cerita siang tadi.

Hidup kita ni kan, penuh dengan budaya dan adat resam yang diwarisi sejak zaman berzaman. Segala petua dan pantang larang yang diperturun mungkin ada alasan atau logik yang tersendiri.

Waktu aku terjebak dengan kerja-kerja macam yang aku cerita siang tadi tu
kandungan orang rumah sudah melepasi enam bulan. Buat bakal ibu/bapa; antara pantang larang dalam masyarakat Melayu jika kerja-kerja tu bukan bidang kita - cuba elakkan ya. Antaranya:

1. Menampal - tak kiralah tampal seluar koyak ke, tampal zink berlubang ke, tampal road tax kereta ke hahahahahah

2. Memaku - tapi paku tu boleh letak dalam beg tangan Cikgu Jaja yea hehe

3. Sapu sampah tak buang habis - sorok bawah tikar, bawah karpet, atau longgok kat penjuru rumah. Sapu je lah terus sampai bersih rumah tu, mendeeeeeeelah...

3. Tetiba rajinlah pulak nak menyimpul langsir atau tirai kat rumah. Nak bagi nampak cantik konon. Pastu biar cenggitu sampai anak lahir.

4. Rajin nengok cerita seram/hantu sebab time-time camni makin banyak cerita kelakar seram Melayu. Bila masuk bab yang seram - rasa takut ataupun terkejut.

5. Banyak lagilah. Nanti aku tanya mak selebihnya.

Hasilnya? Sebelum Krismas tahun lepas orang rumah kena tahan kat wad sebab kedudukan bayi songsang. Waktu itu kandungan berusia 38 minggu. Maklum balas dari doktor - jika kandungan tak boleh diperbetul ke kedudukan normal - kena buat operation masa tu juga. Seriau tul aku. Budak dalam perut lagilah saspen. Terus dia betulkan sendiri position dia dan diorang dapat balik rumah. Fuh legaaaaaa.... :)
Ini vacuum cleaner
kat rumah

Dan kali ini adalah pengalaman kedua aku dapat menemani orang rumah di bilik bersalin. Kesian kat isteri kerana pertama kali dia menahan sakit lebih 7 jam tapi bayi tetap tak boleh keluar. Akhirnya doktor gunakan vacuum dan syukur Alhamdulillah


Putera bungsu; hari ini dah 2 minggu ^_^


Jadi buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.


Berat Mata Memandang - Suratan Atau Kebetulan

EmpayarUtama - Saturday, January 19, 2013 : 9 comments

Terima kasih buat semua yang masih sudi jengah dan baca. Terima kasih juga buat kengkawan yang beri peringatan untuk aku jaga kesihatan.

Eeeeeeee dah macam teks ucapan la pulokkk hahahahah. Dua tiga menjak ni memang aku kurang sikit menulis. Jadi kat bawah ni ada beberapa gambar yang dah separuh siap hasil
kerja tangan aku.


Kayu pelet rembat kat kilang
.
.

Guna konsep Do It Yourself sebab nek motor je balik Pontian hahahahah


Dapatle pasang 5 bijik untuk anak buah. Plywood dinding blom potong der...

Sebab bukan bidang aku; reban jadik serupa gerai makan

Banyak juga zink-zink baru yang diturunkan dari rumah induk masa ganti zink dulu. Jadi tambahle dapur 10'x60'. Semput seyyyyy....

Haaa, tu le antara kerja-kerja kontrak aku. Tapi itu cerita selingan aja. Yang seriusnya nanti aku sambung. Ceh seriusnya hahahahahah.

Apa-apa pun, sebelum tutup cerita - pesanan buat bakal ibu/bapa; beringatlah. Allah lebih mengetahui.


Menutup Tirai 2012

EmpayarUtama - Monday, December 31, 2012 : 10 comments

Sebagai penutup tahun 2012; walaupun sibuk dengan kerja kontrak yang ntah bila nak siap; bawak jugalah budak-budak ke karnival Upin Dan Ipin semalam. Ini kali kedua karnival di Johor yang kitorang pergi. Yang memula tu kat sini.

Sebab dah kali kedua, kali ni diorang sibuk bergambar ajalah.

Kali ni bertempat di Dewan Tertutup MPJB


Ni konon-kononnya dalam rumah Opah, kakak dengan Kak Ros


Ini, er, er, ntah


Puteri bungsu dengan maskot Upin & Ipin


Macam betul jerk...


Afrina...


Tunggu bas hahahahahahah


Sempat juga beli pistol buih erkkkkkk....


Hehe dah habis ler...

Balik tu nampak Naruto Episod 410-500 dah keluar, apa lagi - sambar je.



Tapi tak tau bila dapat nengok :(