Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Wasiat Buat Isteri...

EmpayarUtama - Saturday, February 23, 2013 : 24 comments

Berat rasanya untuk aku menulis yang ini. Tapi siapa tahu jika aku yang akan pergi dahulu (Allah saja yang mengetahui).

Buat isteriku; oleh kerana kamu telah bergelar ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; ada beberapa pesanan istimewa untukmu.
1. Tiada harta bertimbun, tiada emas berkepuk, tiada wang ringgit berkoyan yang dapat kutinggalkan - hanya teratak usang buat kamu dan anak-anak berteduh selain anak-anak penyambung zuriat yang akan mendoakan kita InsyaAllah.

2. Usahlah kamu membezakan anak-anakmu hanya kerana pangkat atau harta; hatta tahap pendidikan yang telah mereka capai. Begitu jua dengan cucu-cucu kamu (jika mereka beroleh zuriat insyaAllah)

3. Rapatkanlah tali silaturrahim sesama mereka hatta saudara terdekat mereka. Janganlah mencorak atau menjarak ikatan persaudaraan hungga pergaulan mereka menjadi renggang dek kerana perbezaan pencarian rezeki atau nafkah hidup.

4. Janganlah di antara anak-anak kita itu ada 'anak emas' yang sukar ditegur; jangan ada 'anak suruhan' yang dianggap hidup bekerja untuk kamu; jangan ada 'anak yang tidak dipercayai' sehingga sanggup memanggil orang lain untuk kamu walaupun anak berada di depan mata.

5. Setelah mereka berkahwin, lepaskanlah mereka bersama tanggungjawab baru mereka; usah anggap mereka masih lagi anak-anak kecil. Mereka juga ada tanggungjawab untuk sebuah keluarga; dan jika itu anak perempuan - fikirkanlah yang mereka juga akan menjadi seorang ibu, emak, mama, mami, ummi, bonda, atau apa saja panggilan dari anak-anak untuk seorang ibu; sama seperti kamu nanti.

6. Hargailah pengorbanan anak-anak serta menantu (jika mereka telah berkahwin) yang sedia menemani kamu bila keseorangan setelah tiadanya aku nanti.

7. Janganlah mengharap keajaiban berlaku di depan mata, sekelip mata bila apa yang kamu hajati dan ingini itu sebenarnya perlukan waktu untuk disedia dan disempurnakan.

8. Sebaiknya usah diperguna kuasa terhebat kepada anak-anak kita. Janganlah sesekali ungkap perkataan 'derhaka' itu hanya kerana sedikit tersinggung. Kita masing-masing berbuat kesilapan.

9. Dan yang paling penting; aku akui amal ibadatku amat kurang serta cetek berbanding kamu. Akan tetapi segala yang kamu lakukan selama ini janganlah dicampur aduk dengan prasangka yang menuju kepada syirik/khurafat. Percayalah kepada Allah Yang Esa; bukan kepada mereka yang menyengutukan Allah (Nauzubillah...)

Aku doakan yang terbaik untukmu, semoga kamu tabah; semoga hatimu berubah bila membaca tulisan ini atau setidak-tidaknya ianya disampaikan ke telingamu oleh mereka.




Entri Tak Popular

EmpayarUtama - Monday, February 18, 2013 : 21 comments

Jeles tul bila singgah kat belog korang; nampak popular posts sebab cerita-cerita rojak aku tak boleh keluar punnnn. Sudah ku cobak beberapa kali namun hasilnya hampehlar. Ada belog-belog tu siap buleh timbul tenggelam timbul cam nek tangga cantik betul aku nengok. Sampai meleleh leleh air liur limau yang aku tengah makan ni.
Hehe sori aku tengah mentekedarah limau Raya Cina sapa bagi ntah. Ada yang masam tapi aku belasah je. Eh kita balik kat topik asal.

Dapat camni pun ok pe -----> Entri Popular



Bukan apa, aku suka nengok belog Diana Aziz masa dia buat Entri Paling Popular minggu lepas. Aku cuba buat ikut tutorial yang digugel:



Hasilnya?
Macam kat bawah ni:
Dia tak nak keluar der agaknya sebab semua tak popular, pageview tak sampai seratus pastu semua pageviewnya sama kot. Aku fikir nak letak secara manual, satu pun cukuplah. Aku ada pilih 3 cerita lama korang boleh cadangkan tak mana satu yang sesuai untuk aku tempek kat tepi tu?



Ehhhh Dah Menang Ke?

EmpayarUtama - Friday, February 15, 2013 : 19 comments

Siang tadi dalam kotak surat ada satu pesanan dari POSLAJU suruh ambik barang kat Larkin. Jenuh juga mikio siapa agaknya bagi aku hadiah sempena Raya Cina (tak pun hadiah Valentine kuangkuangkuang ^_^).

Bila nengok nama pengirim 'Remyhazza' alamak, alamak, alamak...

Baru je Abang Remy hapdet Bloglist dia 3 jam tadi.

2nd Year Ohsem Anniversary pun baru separuh bulan, lom habis lagi.




Bukak-bukak je kan, jeng jeng jeng:


Terima kasih yea Remyhazza atas hadiah dan tanda ingatan buat putera bongsu saya. Jasamu ku kenang. Terharu sebab kita hanya kenal melalui belog saja.

Buat Remy dan kengkawan yang tersinggah; meh nengok dan dengar apa pesanan Ashraaf: