Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

PlusGoogle vs PlusMalaysia feat 100Plus

EmpayarUtama - Friday, August 16, 2013 : 6 comments

Tak banyak cerita yang dapat aku kongsikan. Dah nak masuk tiga tahun cuma ada 269 cerita - 236 dah dipos manakala 33 lagi terperap dalam deraf entah bila aku nak pos. Cerita yang ini pun sebenarnya dalam deraf, ingat nak delete je sebab macam dah ok tapi nampak benda pelik der kat belog satu lagi.
Gini ceritanya. Dulu nampak dua dari cerita aku telah di'plasgugel'kan sebanyak beribu-ribu lemon. Kenapa haaa???

Ini yang pertama :

Dan ini pula yang kedua :

Tapi dah ok dah dua-dua ni. Cuma tetiba jadi pula kat satu entri dalam belog demo :

Mak ai, sampai 196,290...

Ada siapa-siapa tahu dan boleh clearkan kebuluran ke'blur'an haku tak?

(Hahaha bila tengok jumlah cerita yang dikongsikan, rasa cam nak tukar tagline / description kepada 'Belog Yang Jarang Dikemaskini...')




Kasih Sayang Dijual Beli?

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2013 : 16 comments

Semalam hari raya kelima, maknanya dah lima hari juga aku kat kampung. Dan tiga empat tahun juga aku perasan makcik sebelah rumah merayakan Idilfitri bersendirian.

Malam raya nampak agak meriah; pagi raya pun begitu. Sekitar sebelas pagi akan muncul satu keluarga berkereta berziarah. Kemunculan mereka tidak lama, sekitar dua tiga jam sahaja sebelum berlalu pergi.
Maka setiap tahun jugalah makcik itu akan tinggal berseorangan sebaik pagi idilfitri kedua menjelma. Rumah kami bukan dekat sangat kerana jarak rumah kampung dalam sepelaung (sekitar 120 meter agaknya). Tapi oleh kerana tanah masing-masing agak bersih jadi aktiviri luar rumah dapat dilihat dengan jelas.

Dan adat berjiran, kami akan menghantar juadah raya ke beberapa rumah jiran terdekat di pagi ifdilfitri. Tahun ini aku berkesempatan untuk bersembang lama dengan makcik sebelah sewaktu menghantar juadah idilfitri. Makcik ni ibu tunggal warga emas dan ditemani salah seorang anaknya yang sudah berkeluarga. Tiap tahun, malam raya kedua anaknya yang ini sekeluarga akan ke kampung belah isteri untuk sambut raya di sana pula. Makcik ini juga punyai beberapa orang anak lagi (semuanya telah berkeluarga) yang masing-masing tinggal sekitar 1-2 jam perjalanan ke rumah makcik. Jadi malam raya mereka memang meriah, sama seperti keluarga lain jugalah kiranya. Kemeriahan itu hanya setakat hari raya pertama.

Lalu aku bertanya tentang satu keluarga yang saban tahun berziarah sekitar jam sebelas pagi. Menurut makcik, itu anak yang paling dekat jarak rumah berbanding anak-anaknya yang lain. Tak sampai sepuluh minit berkereta boleh sampai. Kerja kerajaan, sudah kematian suami, anak-anak semua sudah besar hanya tinggal seorang masih bersekolah rendah. Sajalah aku tanya - kenapa dia tak datang malam raya dan temankan makcik setidak-tidaknya hingga anak makcik yang memang duduk dengan makcik tu kembali dari kampung mertua?

Jawab makcik - dia sibuk.

Aku lelaki, dan aku tidak dapat selami hati nurani seorang perempuan. Baik makcik itu maupun anaknya yang kerja kerajaan tersebut. Anak anak yang lain tak sibuk ke? Tapi bila aku perhati raut wajah makcik tu, tiada bayang kesedihan.


Apakah masing-masing masih menyimpan sesuatu yang tidak terluah? Walaupun bersalam tangis di pagi Idilfitri...

Makcik tu sambung lagi - ni baju ni dialah belikan. Tahun ni makcik dapat dua pasang. Tak tahulah berapa harganya. Ada satu jubah tu harganya dekat seratus, pun dia belikan juga. Wajah makcik nampak ceria bila bercerita tentang itu.

Oh, oh, terus aku minta diri, bersalaman dengan makcik. Ya Allah ampunkan aku. Aku tak pernah terniat membeli kasih sayang seorang ibu walaupun men'sponsor' air bertong-tong, daging, ayam dan ketupat sempena Idilfitri saban tahun. Aku redha korbankan 'sepanjang lima hari raya' setiap kali Idilfitri bermula untuk temankan ibu tersayang yang keseorangan. 'Sepanjang lima hari raya' yang membolehkan isteri aku beraya ke rumah adik beradiknya serta rakan taulan; dan 'sepanjang lima hari raya' yang menceriakan anak-anakku bila mereka dapat beraya bersama kawan-kawan. Semua itu sanggup aku ketepikan dahulu.

Aku berharap isteriku peroleh yang lebih baik melalui anak-anakku (jika aku pergi dulu) berbanding makcik tadi.

Buat isteri, buat anak-anak; semoga kamu semua memahami...




Dua Puluh Satu Hari Yang Panjang

EmpayarUtama - Monday, August 5, 2013 : 11 comments

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri buat semua. Tiga minggu kebelakang aku teramat sibuk. Sama sibuknya macam masa 'last minit' buat thesis kat Jabatan Akauntan Negara time belajar dulu.

Semuanya bermula 16 Julai lepas. Time syok-syok godeh pc kat opis, aku didatangi seorang kenalan kepada bos yang minta tolong buatkan
review syarikat dia. Hari tu juga aku dibawa ke kilang yang tak jauh cara operasi macam salah satu tempat kerja aku. Dia mintak aku studi dan analisa aktiviti 3 tahun, kenapa syarikat seperti tak boleh buat untung.

Jadi kiranya aku macam pekerja baru je kat kilang tu. Tapi macam mandur. Tanya itu, tanya ini sebelum tengok audit repot. Nasib baik sistem yang diguna aku agak familiar dan boleh akses. Aku sebenarnya tak pernah buat kerja odit tapi dua minggu kat sana memang itule kerja aku. Masuk minggu ketiga memang pening macam mana nak mulakan repot. Dua hari dah siap dah deraf. Dan bila aku baca balik deraf tu, memang tergezut bila lihat transaksi oleh salah seorang big bos kat situ.

Kenalah aku konsentret kat segala urusniaga berkaitan pulak. Dan bila 'compile' kan dua repot dalam satu, hasilnya memang menakutkan. Aku tak sanggup nak mengadap kawan bos yang mintak tolong aritu, aku kirim pada bos je petang tadi sebelum balik. Itupun cuma 'hardcopy' laporan yang dah siap dan pesan bacalah dengan hati yang terbuka.

Tak pasti berapa dia nak bayar aku untuk job tu, cuma iyalah - dalam bulan posa nih aku rasa amat bersalah. Pertama kerana berani masuk campur urusan yang tak sepatutnya aku perhalusi. Keduanya, repot tu akan buatkan beberapa kakitangan beliau kehilangan periuk nasi selepas raya nanti (mungkin...).

Aku ada pilihan untuk tidak teruskan dan tarik diri masa minggu kedua tapi entah kenapa aku teruskan juga.

Aku rasa amat bersalah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku...