Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Cerita Kedai Kopi Lagi

EmpayarUtama - Monday, February 17, 2014 : 5 comments

Ada kawan-kawan bertanyakan tanah di kawasan Pontian. Ikut pengalaman sendiri; aku cuma boleh jawab "majoriti tanah Pontian agak cerewet urusan jual belinya sebab tanah 'syarikat'". Kerana sebelum ini semua pemilik tanah yang aku jumpa - bila tunjuk geran aja - bersusun nama dari moyang, tok nenek, ipar duai, anak menantu, cucu cicit, piang piut; yang
belum cukup umur hingga yang telah meninggal dunia pun masih ada dalam geran. Itulah aku gelar 'tanah syarikat'. Mana nak jadi mudah urusan jualbelinya nanti? Bila sorang saja tak setuju, tak jadiler.

Itu yang bina rumah sendiri pun lapan bulan terbengkalai walau dah bayar tunai.

Haaa teringatle kisah kawan sewarung kopi bercerita pasal tanah pusaka. Tak le besar mana tapi ding dong ding dong makan tahun juga nak selesai. Ceritanya - selepas IdilAdha tahun 2010 berkumpullah mereka empat keluarga duduk berunding. Majoriti setuju nak duit jual tanah serta tidak ikut faraid tetapi pembahagian sama rata. Salah satu dari keluarga tu berminat nak beli untuk didiami, jadi kawan sewarung kopi aku tu beri cadangan - lantik pemegang amanah di kalangan ahli keluarga dan geran tukarlah nama dahulu kepada nama pemegang amanah untuk mudahkan proses jualbeli dan pinjaman bank. Nanti duit akan terus ke tangan penama dalam geran untuk dibahagi sama rata kemudiannya.

Kawan sewarung kopi aku tu sukarela bantu untuk segala proses. Dia ni bekas pengurus sebuah syarikat pemaju perumahan 7 tahun lamanya dan dialah yang berurusan dengan peguam, jurunilai, pejabat tanah, kontraktor, TNB, SAJ, dan para bankers bila ada pembeli rumah perlukan pinjaman.

Tapi ada pulak antara anggota keluarga yang tak percaya kat ahli keluarga yang nak beli tu; malah lebih tak percaya kat kawan sewarung kopi aku tu siap bagi warning supaya 'jangan campur langsung urusan orang tua; jangan jadi kurang ajar'.

Ikut katanya jika masing-masing setuju; semua akan dapat 25% bahagian. Pinjaman hanya perlukan 75% sahaja. Ahli keluarga yang nak beli tanah tu pula masih boleh kurangkan pinjaman melalui simpanan KWSP beliau. Proses tukar nama kepada pemegang amanah akan ambil masa. Urusan pinjaman juga akan ambil masa. Gedebak gedebuk lepas juga dua tahun dan jika dibackdated kan perjanjian jual beli setahun lebih awal; maka cukai jualan yang dikira adalah lebih murah kadarnya berbanding 2 tahun pertama.

Jadi bila kawan sewarung kopi aku dah tak boleh campur, segala dokumen yang perlu ditandatangani dia buat derk aja. Katanya kalau dia tandatangan satu surat saja sudah dikira campur tangan. Betul juga. Akhirnya proses yang mudah jadi sukar.

Kebetulan pula masuk tahun kedua selepas persetujuan rundingan awal dahulu; salah satu keluarga ni telah merenovate 'rumahku syurgaku' mereka diikuti dengan satu majlis kenduri yang agak besar. Malah mereka akan buat satu lagi majlis besar kurang setahun selepas itu. Wau, belanja besar tu. Hasilnya? Tanah terjual kepada orang lain dengan harga yang jauh lebih murah dan bagaimana proses jual beli menjadi tanda tanya kerana geran tanah asal masih di tangan salah satu ahli keluarga lain.

Panjang lagi cerita kawan sewarung kopi aku tu pasal duit hasil kebunlah, upah haji ahli keluarga yang meninggal yang didahulukan oleh satu keluarga (awalnya semua setuju berkongsi) tetapi tidak dapat semula (alasan duit-duit tu semua telah diwakafkan) dan yang menarik sekali ialah keluasan tanah dijual tak sama dengan keluasan dalam geran asal tapi nanti panjang berjela pulak cerita nih. Aku yang mendengar terlopong mulut nasib baik lalat tak masuk. Kalau tidak maunya makcik warung cas lebih termasuk harga lalat.

Bulan lepas masa kat Kuantan terserempak dengan dia lagi. Diapun jadi sukarelawan rupanya. Bila minum petang bersama, adalah dia mengadu salah satu keluarga tu mintak tolong uruskan geran tanah asal mereka. Dia kata tak mo campur dah. Aikkk tak settle lagi rupanya.

Harap perkongsian cerita ini dapat jadi panduan kepada yang berminat dengan urusan jual beli tanah. Mungkin abang Harith Iskandar ada pandangan dari sudut perundangan; bolehlar saya nasihatkan dia kalau ter'sewarung kopi' lagi nanti :)

Jawatan Kosong – Jurugambar Pelbagai Lokasi, Posisi Dan Situasi

EmpayarUtama - Saturday, December 28, 2013 : No comments

Tawaran serta permohonan bagi jawatan di atas kini dibuka untuk semua rakyat Malaysia (PR, bukan warganegara pun boleh) tanpa had umur.

Bidang tugas:

~ Bertanggungjawab terhadap alam, peristiwa, pemandangan, manusia, haiwan, benda dan pastikan gambar
anda sendiri ada di dalamnya.

Contoh:

~ Menyempurnakan tugas dengan pantas serta bermutu di mana-mana, dalam apa jua keadaan

Contoh:

~ Mengedit gambar hingga menarik. Jika perlu photoshop adalah lebih baik tapi jangan sampai kantoiii

Contoh:

Kelayakan Asas:

~ Mempunyai pengetahuan asas fotografi. Sebenarnya satu kelebihan jika langsung tiada pengetahuan asas

Contoh:

~ Sekurang-kurangnya ada talipon bimbit berkamera dan beberapa keping gambar diri di fesbuk sebagai testimoni

Contoh:

~ Jika tiada kelebihan langsung pun tak apa. Yang penting berani mati hahahahahahahah

Contoh:

Permohonan yang ‘sedang dalam perhatian’ – akan terus diperhati hingga makcik yang kemas tong sampah telah membersihkannya.

Mereka yang berminat untuk jawatan di atas boleh terus mulakan hari anda dengan ceria.


Terbuat cerita nih lepas baca iklan Jawatan Kosong... Urgent!!! di belog Mohd Ridzwan dan jugak iklan PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA di belog Dhia Dirham (Uihhh 2-2 blog nih dah kosong...)

Penatle. Layan ni kejap. Kbaiii...



Salah Faham

EmpayarUtama - Thursday, December 12, 2013 : 6 comments

Lama tak hapdet belog. Penat lom ilang lagi pasni nak sambung godeh laptop. Ada sapa-sapa yang tau camana nak idupkan balik 'keyboard' dan 'touch-pad' tak? Jenuhlaaa guna 'onscreen keyboard' nih.

Okeh, meh cerita banjir. Suasananya tak sama bila baca / tonton berbanding menghadap banjir sebenar. Tapi bila masuk bab bantuan
banjir hingga jadi bahan politik aku rasa pelik jugalah. Aku tak de sumbang apa-apa sekadar tulang empat kerat je.

Tang pelik tu kan, tempat yang dilanda banjir agak teruk biasanya talian internet pun tak ada. Tapi sempat juga mereka yang mengaku mangsa banjir tu hapdet fesbuk cerita keburukan petugas bantuan terutama pusat pengumpulan bantuan. Merungut tentang bantuan yang tak diagih siap tunjuk gambar lagi tuuu.

Bantuan diagih berdasar lokasi - tahap banjir serta pusat-pusat pemindahan. Tak terkecuali agihan kepada petugas bantuan seperti pasukan keselamatan; sukarelawan serta mereka yang terpaksa duduk bergelap menjaga premis (biasanya di tingkat atas) seperti pejabat guaman / institusi kewangan.


Bayangkan tengah bandar banjir lebih 3 meter.
Pinggir bandar serta kawasan lebih rendah camana ya

Jika di pusat pemindahan, bantuan makanan dan minuman harian berjadual selain keperluan / kemudahan asas diselia petugas selagi mangsa tinggal di pusat tersebut. Jadi tak perlulah makanan kering, dapur gas, beras, gula dan yang sewaktu dengannya jika belum dibenar pulang.

Bagi kawasan yang tak teruk terjejas (boleh tinggal di kediaman) tapi terputus bekalan elektrik serta tiada akses untuk membeli belah (hehe); pengagihan dibuat dari rumah ke rumah. Bantuan berupa makanan kering, dapur gas, beras, gula, susu, peralatan harian serta pakaian asas (yang ada pun tak kering). Tapi taklah sampai dapat tilam bantal selimut bagai... Duduk pusat pemindahan dapat ler.

Jadi bila gambar pusat pengumpulan dimuat naik siap tuduhan liar tertulis; sedih juga. Bukan suka-suka nak bagi siapa yang datang tapi kita agihkan. Tak cukup sebenarnya. Sebahagiannya memang 'standby' andai berlaku gelombang kedua; serta jumlah mangsa ke pusat pemindahan meningkat. Sebahagian lagi untuk kegunaan harian mangsa di pusat pemindahan serta dibekalkan kepada mereka yang 'tak terkecuali' tadi (terutama makan minum)


Kota Tinggi
Surut tak sampai dua minggu, gelombang kedua awal 2007
terus tenggelamkan tingkat bawah kedai dua tingkat

Oh lupa, kredit gugel kat gambar. Tengah kerja tak menyempatnya nak amek gambar.

Tugas pasukan keselamatan serta sukarelawan bermula sebaik jangkaan banjir hinggalah beberapa hari selepas banjir surut. Dari tugas rondaan, pemindahan / pengangkutan, agihan bantuan hinggalah kepada gotong royong membersihkan jalan, parit, surau, masjid, sekolah, kubur, rumah kebajikan, dewan raya, kediaman warga emas; serta baik pulih rumah yang terjejas akibat banjir.

Itu yang penat lom ilang lagi nih...