Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Percubaan Pertama
EmpayarUtama - Wednesday, April 23, 2014 : 3 comments
Cerita ni agak lama juga. Minggu pertama bulan nih, aku jah yang tak sempat nak pos. Tapi tuan punya badan dok merengek-rengek nak nengok semula lukisan dia, kenalah sempatkan diri buat posting nih. Haaa meh nengok pe citernya.
Hari Senin 1 April masa kat tadika, cikgunya beri borang kaler pink. Ada pertandingan mewarna terbuka untuk
kanak-kanak 4-6 tahun di Angsana sempena Ekspo IKS IPPJ. Ngam-ngam eksponya pun jatuh pada 4-6 April.
Walaupun dah daftar kat Tadika, kat sini kena buat pendaftaran semula tak tauler sebab apa.
Belum mula lagi. Satu jam jer masanya start 10.30 pagi. Boleh tahan juga penyertaan, atas pentas pun penuh.
Aiman me'mandrem' kertas lukisan sebab nak hadiah beskal...
10.40 pagi pertandingan bermula. Pertama kali nih si Yana mewarna... dulu dok ngabiskan bedak jer.
Alamak setengah jam dah siap; aku kat luar tali suruh dia gelapkan semula semua warna sambil pesan tambah ler bangunan untuk latar entah dia dengar ke tidak.
Ada lagi doploh minit sebelum habis masa 11.40 pagi tapi Yana kata penat. Dah malas le tuuu. Latar belakang satu kaler jah. Tak de canle amik adiah hahahahahahah.
Yang ini ada can dapat no. 1. Dia buat ngam-ngam siap satu jam...
Haaa '1st time' masuk dapat no. 11. Hadiah sampai no. 12 jer. Tapi betul beskal tuh milik tuan punya gambar tadi...
Pertandingan mewarna nih salah satu aktiviti Ekspo Industri Kecil & Sederhana IPPJ sempena ekspo di situ. Percuma jah tak yah bayar. Masa umum pemenang tu aku kat klinik Kg Melayu hantar si kecik Asyraaf buat rutin 'medical check up'. Aiman kata nama Yana dipanggil tapi budak lain yang naik sambil pegang lukisan dia. Nasib aku sempat sampai dan bagitau abang D-Jay tuh. Hihi camni pun ado...
Jimat Ruang Entri Menggunakan z-index Ala PowerPoint
EmpayarUtama - Sunday, April 6, 2014 : No comments
Satu lagi slide yang agak menarik untuk dikongsi. Semua imej dikumpul macam susun duit (Hahaha yang men daun terup mesti kata cam susun daun terup).
Sebenarnya gambar-gambar tu tegak je, aku yang ejas jadi senget. Kalau semua tegak, boleh juga tapi tak nampakle susunannya.
Nanti aku ajar camana nak sengetkan gambar-gambar tu. Cuma agak tak cantik kalau nak letak 'penerangan gambar' (caption) sebab z-index jenis ini lebih kepada gambar yang boleh shuffle ke atas dan ke bawah mengikut arahan.
Aku pernah guna masa bercerita pasal onscreen keyboard. Kat sini aku letak 11 gambar lama ya:
(halakan anak panah [Mouse] pada imej untuk lihat penerangan gambar)
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Asyraaf
Kalau berminat, salin jelah kod kat bawah ni ya :)
(halakan anak panah [Mouse] pada imej untuk lihat penerangan gambar)
« Imej Sebelum «
» Imej Seterusnya »
Sedikit penerangan warna dalam kod tu:
Cam biasa, skrip jQuery warna merah tak perlu jika blog korang dah ada (tak kisah apa version pun, kalau boleh ersi 1.3.2 atau terkini. Mungkin dah ada dalam template blog; dalam posting sebelum ini; atau di widget kat sidebar)
Ayat (halakan anak panah [Mouse] pada imej untuk lihat penerangan gambar); Imej Sebelum; Imej Seterusnya; semua korang boleh guna ayat sendiri. Begitu juga dengan segala saiz ukuran tinggi (height); lebar (width); jarak kiri/kanan (padding) - korang ejas sendiri ikut kesesuaian blog.
Dalam kotak atas ada 5 set gambar, di mana set untuk imej kelima aku tandakan dengan warna oren. Jika ada lebih gambar/imej, tambah lagi di bawahnya. Salln dan tempek je kod warna oren tu bergantung kepada berapa banyak imej yang korang nak letak.
Haaa, camana nak buat gambar tu tersusun tak sama?
Nak sengetkan gambar, imej korang mesti berada pada format .png (kan ada format .gif, jpg, .jpeg, .tiff, .bmp) sebab bila disengetkan nanti, warna latar yang terlebih akan jadi 'transparent'. Format lain akan buat warna itu jadi putih.
Dah tu camana nak tukar kepada format .png? Aku guna "Paint" yang biasanya ada tersedia dalam komputer kita nih. Klik kanan 'mouse' dan pilih 'Open with' -> 'Paint'. Pastu dalam 'Paint' nengok atas kiri tekan 'File' -> Pilih 'Save As' dan akan keluar satu 'pop-up' untuk simpan imej. Korang pilihle nak 'Save In' kat mana; beri nama 'File name'; dan bawah dia 'Save as type' haaa pilih 'PNG (*.PNG)'. Sekarang korang dah ada satu imej dalam format .png
Ok, katalah semua gambar berukuran 350px*300px. 'View' sekeping gambar melalui 'Microsoft Office Picture Manager' -> Tekan Butang 'Edit Pictures' -> Tekan 'Rotate And Flip' ada belah kanan tu -> Cari 'By Degree:' ada kotak camni:
Gambar akan lebih senget ke kanan bila nombor lebih besar (12 degree dah senget sangat dan imej akan jadi lebih lebar). Ia akan senget ke kiri bila nombor negatif lebih besar. Ejas le cantik-cantik tiap-tiap gambar tu jangan bagi sengetnya sama.
kalau puas hati, 'save' dan ejas gambar lain pulokkkk.
Dah siap le tu ^_^
Masih Bersangka Baik
EmpayarUtama - Monday, March 31, 2014 : 1 comment
Banyak yang dapat kita belajar dari tragedi MH370. Sekurang-kurangnya kita tau sikit tentang beberapa sistem dalamannya; bagaimana negara-negara jiran (termasuk negara sendiri) mengesan sesuatu objek yang masuk dalam ruang udara negara; beberapa jabatan yang terlibat dalam pengendalian penerbangan; dan banyak lagilah walaupun tak terperinci.
Dalam banyak-banyak tu; ada juga yang kita semakin tak faham dan susah nak faham walaupun tak perlu nak lihat di luar kotak fikiran normal. Antaranya yang aku nampak :
1. Tragedi berlaku. Sudah ada kes. Tapi macam ada yang tertinggal dalam siasatan. Sistem pesawat, penumpang dan krew disiasat; apa yang dibawa tak disiasat. Ada laporan mengatakan beberapa kargo dalam pesawat dipantau oleh pihak lain. Kemungkinan itu ada jika beberapa pihak tidak mahu penghantaran kargo tersebut berjaya. Yang ini (siasatan kargo/muatan dalam pesawat) langsung tiada hebahan dari hari pertama tragedi. Aku fikir kena ambil kira juga segala kargo; pengirim serta urusan penghantaran hingga dimuat ke dalam pesawat.
2. Bila dilaporkan minyak pesawat boleh bertahan paling lama 7 jam selepas hilang dari radar; satu jarak diameter berpusat dari titik akhir dalam radar dibuat. Skop juga kecil setelah ada laporan 'pesawat mungkin berpatah balik'. Usaha pencarian bertumpu di laut. Mereka tinggalkan usaha pencarian di darat. Kemungkinan ada bila jarak diameter adalah termasuk daratan (di sini jelas sekali semenanjung).
Inmarsat juga menafikan pihaknya terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi". Jadi siapa yang buat kesimpulan tu? Dan sekarang nak cari kotak hitam di sana.
3. Lanjutan dari no. 2 - bila kemungkinan pesawat berpatah balik (atau U-turn untuk mendarat); tak taule sama ke tidak kalau buat perbandingan logik dengan kenderaan yang dipandu menurun bukit. Apa yang aku boleh fikirkan di sini ialah jarak diameter yang dibuat dalam no. 2 tadi juga semakin mengecil; jadi skopnya juga lebih kecil. Kenapa keperluan pencarian jadi terbalik (di mana skop pencarian semakin besar serta di luar logik asas diameter) ? Jika mereka boleh terima 'andaian' refuelling/pengisian minyak di udara atau pengisian minyak sewaktu pendaratan di sesuatu landasan persendirian (hingga satelit/radar langsung tak boleh kesan yang ini); kenapa 'mereka' tak boleh terima 'andaian' yang lebih logik/masuk akal?
4. Lanjutan dari no. 2 juga aku fikir masa kita semua dibuang untuk sesuatu pencarian yang sia-sia (atau masa itu sengaja dibuang untuk alih perhatian kita semua dan dalam masa yang sama - ada tugasan yang perlu diselesaikan oleh pihak tertentu tanpa perhatian masyarakat). Jadi, tak ada orang perasan.
Aku dah mula rasa bosan. Mungkin seminggu je lagi kot 'slide' berkenaan MH370 dipaparkan. Lepas tu berblog semula cam biasa. Rasanyalah...