Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Senyum Sikit

EmpayarUtama - Sunday, September 10, 2017 : No comments

Senyum Sikit

Copy dr kawan2..
SENYUM SIKIT:

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.

Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?"

Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku."

Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.




Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..

Jin Tasik: "Kenapa kau bersedih?"

Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.

Jin Tasik: "Inikah isteri kau?"

Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.."

Jin Tasik pun marah,
"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,
"Aku bukan lupa daratan & penipu, aku cuma khuatir kalau aku kata 'tidak' pada Nora Danish... kau akan bawakan pula Erra Fazira... kalau aku katakan 'tidak', kau akan bawakan pula Emma Maembong...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Dan bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka berempat padaku... Aku yang dah tua lg miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."


Share kot2 ada yg blum baca...





Bagaimana Menangani Serangan Jantung Ketika Sendirian

EmpayarUtama - Thursday, August 31, 2017 : No comments

Ekoran dari gejala serangan jantung ketika sendirian yang semakin serius

Minta maaf.. Untuk info penting yang melibatkan nyawa....

Berilah 2 minit anda untuk membaca tips penting ini yang diterjemah dari text asal berkenaan dengan BAGAIMANA NAK MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN:-

1. Katakanlah kita bertolak blk kerumah pd jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sgt di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat kerumah sakit lebih kurang 5km dari rumah anda.

4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN.

Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nk pengsan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.

7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dgn batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada

8. Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukka oksijen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu mengpam jantung dan memylihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.

9. Sebarkan seluas2nya tips ini. Insya Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.

10. Pakar jantung menyarankan setiap orang yang menerima tips ini , hantarkanlah kpd sekurang2nya 10 orang, saya akan akan dpt menyelamatkan sekurang2nya 1 nyawa.

11. Lebih baik menghantar tips yg akan dpt menyelamatkan nyawa ini...

12. Sekiranya tips ini sampai semula kpd kita....lebih dari sekali...jangan marah....sbb anda mempunyai ramai kwn yg prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana nak mengatasi SERANGAN JANTUNG


Dari:
Dr. N Siva
(Senior Cardiologist)



Budaya

EmpayarUtama - Monday, July 31, 2017 : No comments

Bila bercakap tentang budaya; skopnya begitu luas kerana mempengaruhi perjalanan hidup individu atau kelompok masyarakat.

Budaya yang diamal termasuk

~ penampilan diri (sikap - gaya, pertuturan, dialek bahasa, makan, ketrampilan, budi bahasa, sopan santun, kurang ajar, samseng; jati diri
berani, penakut, cakap besar, bodoh sombong, prasangka);

~ cara hidup (bermasyarakat, bekerja, berjiran, berkeluarga atau anti sosial);

~ beraktiviti (komuniti, permainan, berpersatuan, keagamaan, perayaan);

~ adat resam (biasanya dipengaruhi oleh kelompok dan persekitaran; hubungan keluarga - turun temurun atau diwarisi dari tempat asal usul nenek moyang; atau dari agama asal keturunan hinggalah bertukar agama);

~ kepercayaan (sudut agama, pendidikan - keluarga, sekolah, kawan-kawan, turun temurun atau dalam erti kata lain pantang larang);

dan mungkin ada lagi skop yang aku tak dapat nak fikir dan lupa nak masukkan di sini.

Bagaimana ia mencorak etika hidup bergantung kepada individu itu sendiri. Yang beragama Islam, gunalah akal yang dianugerah Allah, berpandulah kepada Al-Quran dan hadis serta bergurulah (bukan belajar sendiri atau terima bulat-bulat akan sesuatu pernyataan).


Ish, janggal tul bercerita guna ayat skema. Aku cubalah ya. Aku sebenarnya nak cerita pantang-larang yang biasa sangat jadi amalan turun temurun. Tak salah kalau aku letak ia dalam kepercayaan kan? Ada yang boleh kita ikut dan ada yang boleh buang terus. Bila kita ikut, bagi aku – setelah gunakan logik akal dan rasionalnya.

Contoh: "Jangan duduk atas bantal nanti tumbuh bisul di punggung". Budak-budak ditakutkan dengan kesannya.

Zaman dulu belum ada mesin jahit dan span. Bantal dijahit tangan dan diisi kekabu. Oleh kerana sukar dapat kekabu dan dikhuatiri jahitan mudah putus; kekabu pula berserakan maka larangan tersebut serta alasan menakutkan diberi. Zaman sekarang bantal ada pelbagai jenis, warna, saiz dan boleh dibuat sofa (ada yang buat alas duduk dalam kereta bila memandu)

Cerita ni aku buat lepas singgah nengok baby Lady D dan nampak beberapa pantang larang kat situ antaranya yang nombor 2. Kalau nak keluar malam bawa benda tajam

Teringatlah pada kayu tajam di banyak bumbung rumah kampung di Melaka. Bila ditanya, sejarah dulu-dulupun keluar kononnya banyak sekali langsuir atau penanggal yang gemar bergayut dihujung bumbung rumah perempuan mengandung.



Untuk elak benda alah tu hinggap dan singgah, maka kayu tajam ditambah pada hujung perabung bumbung. Jadi mungkin pantang larang yang ini bermula dari kawasan di Melaka.


Gambar-gambar cilok gugel

Aku tak pasti; tetapi apa rasionalnya benda tajam dibawa bersama untuk keselamatan bayi dalam kandungan aku pun tak tahu.

Apa pula kata korang? Mehla kongsi