Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Tahniah Afrina

EmpayarUtama - Thursday, August 4, 2022 : 1 comment

Minggu lepas berakhir pertandingan bola jaring peringkat daerah Johor Bahru untuk Bawah 15 dan Bawah 18. Berakhir jugalah karier si Afrina dan tak taulah ke mana pula selepas SPM nanti.

Macam biasa, posisinya agak pelbagai - WD, GD, dan final game boleh jadi GK pula. Payah sikitle untuk penilai pilih untuk ke peringkat seterusnya, hehehe.
Macammana pun aku ucapkan tahniah kerana dia dan pasukannya berjaya ke final sebelum tewas kepada Sekolah Tun Fatimah.


Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :

Banyak juga koleksi pingat dia kumpul menerusi acara bola jaring sejak dari zaman tadika lagi.

Bawah ni antara kenangan dia di tahun akhir SKMKJ pada tahun 2017:

Sepanjang 6 tahun antara 2015 hingga 2020 aku akui sangat kurang berblog. Tak banyak cerita yang aku kongsikan. Seingat aku - adalah cerita pasal bola jaring yang libatkan Afrina sejak masuk Tadika Kemas tahun 2010.

Adriana : "Heheheheh hek eleeee... Ingat, aku sekarang dah tingkatan 1. Dah masuk senarai 12 pemain under 15 tau, hanya disebabkan demam sepanjang sesi latihan maka aku tak join..."

Haaa ini adik dia yang akan menyambung legasi mudah-mudahan.
Dulu aku pernah tulis Kakak dia, si Fina dulu main macam macam 'position'... Lepas ni kita tengok rezeki si Yana ni pula.

Dah dulu, nanti aku kongsi cerita lain bila rajin ya...


Lagi Jiran Yang Prihatin

EmpayarUtama - Sunday, July 31, 2022 : 2 comments

Kadang kadang aku ada sikit rasa pelik tapi kena hadap juga kerana kita hidup berjiran. Cuma aku memang tak boleh nak imagine secara mendalam apa yang difikirkan oleh orang lain.

Lapan tahun dulu jiran aku pernah kena sound sebab park kereta dia belakang rumah sendiri atas alasan menghalang pemandangan jiran lain.
Adalah kawan-kawan bertanya kenapa tak park kereta dalam garaj rumah, boleh muat 2 kenderaan. Akupun kata sebab dah beberapa kali pagi terlewat hantar anak-anak ke sekolah, kerana kereta tak lepas keluar.


Pernah 2-3 kali orang rumah terpaksa panggil Grab sebab tak dapat nak keluarkan kenderaan dari garaj. Tengok gambar atas, dah tak parking dalam garaj pun masih dihalang oleh kenderaan jiran...

Bukan itu saja, tangki air yang aku letak belakang rumah pun jadi perhatian jiran. Ada makcik tu rajin datang dan pesan suruh terbalikkan takut nyamuk aedes membiak.

Aku terangkanlah yang tangki tu kosong dan aku tutup serapatnya. Lipas pun tak boleh masuk. Dia panggil pegawai kesihatan dan minta aku buka tangki tu untuk tengok isi dalamnya... KOSONG, KERING KONTANG. Aduhhhhh....

Itu belum masuk bab dia sound suruh tengok anak-anak bonsai aku, nanti nyamuk bertelur membiak, katanya.


Terkini, makcik yang sama talipon orang rumah, pesan jangan bawa kenderaan laju-laju belakang rumah. Sebab pasir dan asap kenderaan masuk dalam rumah. Alamak ni dah tahap tak bagi lalu even belakang rumah dia...

Pagi
Petang
Iyalah, dia buat penambahan hingga tutup longkang Majlis belakang rumah. Lepas tu letak bidai kerana ampaian berada di luar belakang rumahnya. Tak cukup dengan itu, tembok seberang jalan tu siap pasang ampai lain. Jalan belakang yang luas boleh berselisih dua buah lori - terus jadi sempit.


Kerap juga dia suruh aku buat report pasal air kotor jiran rumah belakang yang melimpah ke jalanraya belakang rumah, tapi dia sendiri taknak buat report... Ish, ini terlebih prihatin atau jadi batu api? Apahal dalam ramai-ramai jiran, aku yang disuruh?

Aku cuma pesan kat orang rumah dan anak-anak, kita redha dan pekakkan telinga sajalah, payah nak puaskan hati semua orang.



Apa Itu Wayback Machine

EmpayarUtama - Tuesday, July 26, 2022 : No comments

Apa tu? Mesin kembali ke masa lalu ke? Bukan, bukaaaaannn. Ia adalah laman web yang boleh tunjukkan kita bagaimana bentuk sesuatu laman web dan entri sesuatu posting lama.

Sebenarnya, tak kisahlah sama ada entry/posting sebelumnya telah dipadam (delete), disimpan untuk khazanah/arkib, atau memang bertujuan untuk disorok dari bacaan umum; kita masih boleh baca entri tersebut
dengan guna Wayback Machine. Laman web yang sudah tidak wujud/ditutup juga boleh diakses melaluinya.

Macam mana nak guna Wayback Machine ni?

1. Buka laman webnya, pastu taip link/url yang nak kita lawati dalam kotak cariannya.

2. Pilih tahun yang nak dibuka, dan cari tarikh dalam mana-mana bulan yang bertanda bulat (biru) untuk lihat arkibnya.

3. Dah boleh baca entrinya.

Laman ini bertindak menyimpan data tanpa kebenaran. Boleh je kalau nak minta mereka buang terus dari pandangan umum. Kena kerja lebih sikitle.

E-mel kepada info@archive.org menerusi laman webnya dan mohon baik baik agar laman web kamu dipadam. Mereka akan minta beberapa maklumat sebagai bukti itu memang laman web kamu. Dalam tempoh sehari, mereka akan buang laman web kamu dari web archieve mereka.

Wayback Machine ini benar benar membantu aku bina semula blog ini selepas berterabur bulan Oktober lalu hingga kena Review Blog sendiri. Dapatlah kutip beberapa 'coding' menerusi 'View page source' walaupun tak dapat nak pulihkan sepenuhnya terutama bahagian paparan komen dan 'mobile view'.

Sampai sekarang, 2 part ni [paparan komen] dan ['mobile view'] belum berjaya aku selesaikan lagi...