Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Rutin

EmpayarUtama - Thursday, August 11, 2022 : No comments

Kerap juga pada belah pagi; sorang pakcik tu akan tanya soalan sama - "Selalu nampak awak ada kat rumah, sekejap ada sekejap tak ada. Kerja apa?"

Iyalah. Dalam kejiranan, kami sekeluarga antara penghuni termuda sebab taman perumahan ni dulu khabarnya untuk kakitangan kerajaan yang akan bersara (tahun 1982 tak silap dah mula didiami). Dengan rambut panjang, memang susah orang sekeliling nak percaya aku ni bekerja huhuhu...

Ok, ini rutin harian aku sepanjang sesi persekolahan anak-anak tahun 2022 :

(Ahad - Khamis) :
6.35 pagi - Bermula trip pertama hantar anak kelima ke sekolah agama. Terus menyeberang highway hantar anak keempat ke sekolah menengah. On the way balik, cari sarapan untuk yang ada di rumah.

8.00 pagi - Trip kedua hantar 2 anak bungsu ke sekolah agama. Sekali dengan orang rumah dan anak ketiga untuk mereka ke tempat kerja. Orang rumah tak boleh bawak kenderaan kerana 'abang majlis parking rajin buat kerja' hehehehe. Anak ketiga tunggu keputusan panggilan IPT dan buat part time jaga kedai di sebuah sekolah rendah. Sampai ke rumah sekitar jam 9.15 pagi.

9.15 pagi - Baru nak siram anak-anak pokok bonsai depan rumah sambil sidai baju trip kedua belah pagi. Gedebak gedebuk, dah pukul 10.00 nak bersiap ambik 3 anak di sekolah agama.

10.10 pagi - Trip ketiga ambil anak-anak di sekolah agama. Sampai rumah dalam pukul 10.40 pagi. Lepas 11.15, siapkan 2 yang kecik tu berpakaian, sikat rambut dan check beg sekolah diorang.

12.10 tengahari - Trip keempat hantar 2 yang bungsu ke sekolah kebangsaan, belesup menyeberang highway hantar anak kelima ke sekolah menengah. Pastu tunggu jap ambik anak nombor lima balik kerja. Sampai semula kat rumah dalam 1.15 tengahari. Kalau bungkus lauk tengahari, sampai rumah dalam 1.45 gitu...

1.45 petang - Ini kalau anak keempat talipon guna public phone dah boleh ambik dari sekolah menengah. Kalau tak, kena standby oncall; kadang kul 3, kadang kul 4, kadang kul 4.30 baru dia call guna enset cikgu dia sebab ada kelas tambahan atau latihan sukan.

Sepanjang minggu pertama kelam kabut siapkan gaji untuk co. A, B, C dan D dan segala bayaran yang perlu.
Sepanjang minggu kedua buat semakan bank statements vs bank book dalam laptop.

Sepanjang minggu ketiga siapkan payment vouchers dan bayaran kepada suppliers untuk semua co. tu; dan buatkan setengah bulan gaji (advance) untuk co. C dan D (Ini kilang, diorang ambik gaji 2 kali sebulan)

Sepanjang minggu keempat kemaskini payment received dari customers untuk semua co. tadi

4.45 petang - Trip seterusnya bersesak-sesak dengan jem di highway Tebrau menuju ke Johor Jaya untuk ambil orang rumah balik kerja. Selalunya paling cepat 40 minit baru sampai walaupun jarak hanya 10 km. On the way balik, singgah sekolah rendah jemput 2 anak bungsu balik pukul 6.00 petang. Kadang kadang singgah depan Giant ada yang nak Teh Tarik Ais Ketagih... Sampai rumah dalam 6.20-6.30 gitu.

6.50 petang - mungkin trip akhir jemput anak kelima di sekolah menengah. Kena menyeberang jalan besar dan mengharung jem; sampai rumah memang dah lepas maghrib.

Biasanya dah nak dekat tengah malam baru senang nak tengok pc. Tapi selalunya pc yang tengok aku...:(

(Jumaat)
7.45 pagi - Trip pertama hantar anak-anak, ada yang kelas tambahan, ada yang latihan sukan, ko-korukulum; sebelum belesup anta orang rumah kerja. Pastu baru fikir nak ke opis mana untuk update bank book ke dalam server sistem di opis. Pukul 11.30 kena balik sebab budak-budak tadi dah abis sesi pagi diorang. Sampai rumah dalam pukul 12-12.15 gitu.

1.15 tengahari - bersiap bawak 2 yang bungsu ke masjid.

2.45 petang - trip seterusnya untuk update bank book ke dalam server sistem di opis. Biasanya takkan ke opis yang sama sesi pagi.

4.15 petang - mesti kena gerak sebab nak jemput orang rumah untuk elak jem. Sampai rumah dalam 6.20-6.30 selalunya.

(Sabtu)
8.00 pagi - Trip pertama, lepas sarapan anta orang rumah dan terus ke opis. Dapatler lama sikit dalam opis (kadang dapat pergi 2 tempat) sementara tunggu orang rumah balik kul 1.00 tengahari. Biasanya sampai rumah dalam kul 2 juga...

5.45 petang - sesi beriadah dengan keluarga. Kitorang main badminton je 1 jam 6-7 petang ambik 2 courts. Sebelum maghrib dah sampai rumah dah...
Mungkin sebulan sekali kot sama ada ajak diorang makan di luar atau ajak gi tengok wayang belah malam. Esoknya dah sekolah, kannnnn...

Gituler rutin aku setiap hari. Meriah dan senang, kan kerja aku...
Heeeeeeeee........


Tahniah Afrina

EmpayarUtama - Thursday, August 4, 2022 : 1 comment

Minggu lepas berakhir pertandingan bola jaring peringkat daerah Johor Bahru untuk Bawah 15 dan Bawah 18. Berakhir jugalah karier si Afrina dan tak taulah ke mana pula selepas SPM nanti.

Macam biasa, posisinya agak pelbagai - WD, GD, dan final game boleh jadi GK pula. Payah sikitle untuk penilai pilih untuk ke peringkat seterusnya, hehehe.
Macammana pun aku ucapkan tahniah kerana dia dan pasukannya berjaya ke final sebelum tewas kepada Sekolah Tun Fatimah.


Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :

Banyak juga koleksi pingat dia kumpul menerusi acara bola jaring sejak dari zaman tadika lagi.

Bawah ni antara kenangan dia di tahun akhir SKMKJ pada tahun 2017:

Sepanjang 6 tahun antara 2015 hingga 2020 aku akui sangat kurang berblog. Tak banyak cerita yang aku kongsikan. Seingat aku - adalah cerita pasal bola jaring yang libatkan Afrina sejak masuk Tadika Kemas tahun 2010.

Adriana : "Heheheheh hek eleeee... Ingat, aku sekarang dah tingkatan 1. Dah masuk senarai 12 pemain under 15 tau, hanya disebabkan demam sepanjang sesi latihan maka aku tak join..."

Haaa ini adik dia yang akan menyambung legasi mudah-mudahan.
Dulu aku pernah tulis Kakak dia, si Fina dulu main macam macam 'position'... Lepas ni kita tengok rezeki si Yana ni pula.

Dah dulu, nanti aku kongsi cerita lain bila rajin ya...


Lagi Jiran Yang Prihatin

EmpayarUtama - Sunday, July 31, 2022 : 2 comments

Kadang kadang aku ada sikit rasa pelik tapi kena hadap juga kerana kita hidup berjiran. Cuma aku memang tak boleh nak imagine secara mendalam apa yang difikirkan oleh orang lain.

Lapan tahun dulu jiran aku pernah kena sound sebab park kereta dia belakang rumah sendiri atas alasan menghalang pemandangan jiran lain.
Adalah kawan-kawan bertanya kenapa tak park kereta dalam garaj rumah, boleh muat 2 kenderaan. Akupun kata sebab dah beberapa kali pagi terlewat hantar anak-anak ke sekolah, kerana kereta tak lepas keluar.


Pernah 2-3 kali orang rumah terpaksa panggil Grab sebab tak dapat nak keluarkan kenderaan dari garaj. Tengok gambar atas, dah tak parking dalam garaj pun masih dihalang oleh kenderaan jiran...

Bukan itu saja, tangki air yang aku letak belakang rumah pun jadi perhatian jiran. Ada makcik tu rajin datang dan pesan suruh terbalikkan takut nyamuk aedes membiak.

Aku terangkanlah yang tangki tu kosong dan aku tutup serapatnya. Lipas pun tak boleh masuk. Dia panggil pegawai kesihatan dan minta aku buka tangki tu untuk tengok isi dalamnya... KOSONG, KERING KONTANG. Aduhhhhh....

Itu belum masuk bab dia sound suruh tengok anak-anak bonsai aku, nanti nyamuk bertelur membiak, katanya.


Terkini, makcik yang sama talipon orang rumah, pesan jangan bawa kenderaan laju-laju belakang rumah. Sebab pasir dan asap kenderaan masuk dalam rumah. Alamak ni dah tahap tak bagi lalu even belakang rumah dia...

Pagi
Petang
Iyalah, dia buat penambahan hingga tutup longkang Majlis belakang rumah. Lepas tu letak bidai kerana ampaian berada di luar belakang rumahnya. Tak cukup dengan itu, tembok seberang jalan tu siap pasang ampai lain. Jalan belakang yang luas boleh berselisih dua buah lori - terus jadi sempit.


Kerap juga dia suruh aku buat report pasal air kotor jiran rumah belakang yang melimpah ke jalanraya belakang rumah, tapi dia sendiri taknak buat report... Ish, ini terlebih prihatin atau jadi batu api? Apahal dalam ramai-ramai jiran, aku yang disuruh?

Aku cuma pesan kat orang rumah dan anak-anak, kita redha dan pekakkan telinga sajalah, payah nak puaskan hati semua orang.