Home » » Bantuan Dari Naruto

Bantuan Dari Naruto

Empayar Utama - Friday, October 14, 2011 : 16 comments

Tempoh berkabung 40 hari dah habis. Aku bukak buku baru yea. Yang sudah tu sudahlah. Khas buat yang ambik PC aku tu; kalau niat untuk buat belajar; aku halalkan semoga ilmu yang diperoleh menggunakan PC tu diguna sebaik mungkin. Prinsip aku rezeki tak ke mana, akan ada rezeki yang lebih baik nanti insyaAllah. Terima kasih
juga kepada yang bagi sokongan duit (hehe, mana ada) moral serta pandangan untuk kembalikan semangat aku yang agak nak hilang. Aku sayang korang semua.

Ni apa gambar Naruto pulak ni? Hehe aku bukan nak tuka blog jadi ulasan komik atau wayang. Cuma iyalah sepanjang sebulan (belah malam) tak buat apapun aku layan DVD aja. Cerita pilihan aku Naruto (episod 1-400); ulang tayang balik movie Cina kegemaran aku: Young & Dangerous; dan ulang tayang semua koleksi siri 24 (Season 1 - Season 7).

Naruto ni; budak-budak, mak bapak budak (aku le tu) memang gemar apa lagi kalau TV3 siap alih bahasa Melayu. ASTRO tak yah cakapla, dok ulang-ulang je.


Pada sapa-sapa yang nengok animasi ni, apa yang korang minat sangat haaa? Aku pun pening gak cerita dia banyak flashback cuma apa yang aku dapat belajar ialah bagaimana hidup bermasyarakat; cuba ubah sikap manusia hingga lawan jadi kawan dan banyak falsafah dalam hidup bermasyarakat.



Lupa pulak siri yang mana satu ntah ada disebut: "That's what relationships mean to people. Because people cherish these relationships". Cerita dia sama aja dari satu generasi ke satu generasi cuma tiap watak tetap akan ada ceritanya masing-masing.

Rugi tak tengok wooo, sekarang ni dah siri ke 558. Aku tunggu koleksi 401-500 keluar mesti nak sambar. Dan aku amat suka lagu tema lebih-lebih lagi kalau dapat yang sentimental. Tapi tak de lah pulokkk. Lagu ni pun ada dalam movie Kung Fu Panda. Nak layan? Cubalah dengar:



related posts plugin for wordpress, blogger...

^_^

16 comments:

  1. salam;
    Ni beli yang barulah..betul tu bukan rezeki kita,aku tak minat cerita naruto aku minat dragon ball.

    ReplyDelete
  2. @ yusuflaili;
    kiranya camtu lah. Hehe citarasa kita berbeza, tapi kartun jugakkan?

    ReplyDelete
  3. Assalam...
    minat kartun juga ke? Hmm..tak pe, sebagai penghibur hati...

    ReplyDelete
  4. naruto..elok sangat dgn entry yg sy buat baru2 ni kan ...kancil naruto

    ReplyDelete
  5. suka gak citer naruto ni..dulu slalu baca kt internet je..tp skrg dh x bape rjn nk baca..nk kena cr cd jgk la mcm ni :P...

    ReplyDelete
  6. aku minat hanya bila berkesempatan je,itu pun pasang telinga gak takut dikata kanak kanak riang...hahaha

    ReplyDelete
  7. minat ngan naruto. erk? bukan! sasuke..

    ReplyDelete
  8. @ iza;
    saja buang masa; mana tau ada yang boleh aku belajar darinya

    @ khairul;
    hehe kebetulan yea

    @ ziraziz;
    5th collection dengarnya 5 bulan lg baru kuar

    @ Dhinai;
    banyak yang aku f/foward 1 cd 2 1/2 jam sumer skali 20 cd lama tu nak abiskan

    @ RinsyaRyc;
    Sasuke? hehe gamba dia aku tak letak pun. Aku letak abang dia Itachi sebelah Sakura tu :)

    ReplyDelete
  9. naruto..adik2 suka tengok..

    selalu saya pesan jangan terpengaruh dengan kuasa2 atau bercita2 nak jadi hokage ke..hehe.. tapi tengok dari segi nilai persahabatan..


    lawan bertukar menjadi lawan... :)

    ReplyDelete
  10. lawan bertukar menjadi kawan :)

    maaf..typo..huhu

    ReplyDelete
  11. cita katun naruto adik aku minat...
    pantang kalau kakak aku pasang cita naruto kat laptop mesti dia no1 yang nak tengok...

    ReplyDelete
  12. @ cahaya;
    nanti aku singgah

    @AKU PUNYA CERITA;
    aku layan kebosanan belah malam sepanjang sebulan tu sebab tak de lappy huhuhu

    ReplyDelete
  13. Naruto best, . . . . . . dari episod satu sampai yang terbaru sekarang ni tak terlepas tengok, anime dan manga komiknye sekali, . . . . . . sebab ada cerita dalam cerita naruto tu yg sama betul dengan kisah hidup aku, . . . terasa macam sejarah kehidupan watak tu berulang kat hidup aku, . . . . . . .

    ReplyDelete
  14. Detective Conan, Doraemon, Spongebob Squarepants....

    ReplyDelete

Tulislah apapun, aku baca...