Inilah Saya

Assalamualaikum. Salam perkenalan. Pertamanya mohon maaf dulu sebab aku guna ganti nama 'aku' untuk aku, errrr betul ke ayat ni? Nampak lebih mesra alam.

Aku mula belajar buat blog bulan Disember 2008. Masa tu teruja betul tengok satu program omputih yang katanya boleh buat duit melalui blog tanpa promosikan blog sendiri ataupun program tu sendiri. Jobnya senang - pos semula artikel yang dia beri ke Craiglist.

Artikelnya lebih kepada hartanah. Tapi program tu dalam Bahasa Inggeris tapi sebab kerjanya kopipes je; tak de masalah ler.

Macam pelikla kalau aku dok ulang benda yang sama, jadi sambungan cerita ni boleh baca dalam Wajah Dan Nostalgia yang aku kongsikan pada bulan Ogos 2011.


Sejarah hidup pula, aku lahir dan membesar di Mersing, Johor. Oleh kerana arwah abah dulu kerja JPT (Jabatan Parit dan Taliar), maka aku membesar juga di Muar, Batu Pahat dan Pontian.

Dulu-dulu tak ada tadika cuma belajar ramai-ramai di balairaya Sanglang, Pontian; sekolah rendah di Benut, Pontian. Terus sambung sekolah menengah di Terengganu sekerat jalan, Muar, Kedah, dan Pulau Pinang semuanya sekerat jalan. Ramai betul kawan-kawan tapi itulah semua sekerat jalan je.

Aku rajin sakit. Masa darjah dua ke darjah tiga aku dah lupalah; akku kena 'Demam Denggi Berdarah' - kes pertama Negeri Johor siap masuk TV hitam putih. Kesannya aku selalu migrain/sakit kepala yang teramat sangat tapi Alhamdulillah berkurangan hingga cecah umur 21 tahun dah tak sakit lagi.

Sewaktu di tingktan 3 dicutikan dari sekolah selama setengah tahun sebab penyakit misteri tubuh tinggal rangka. Banyak betul pelajaran asas pendidikan yang aku tertinggal. Dah sihat sikit, masuk wad dua minggu tapi doktor tak bagitau sakit apa; cuma aku tak dapat ambik percubaan SRP (masa tu Sijil Rendah Peperiksaan). Sampailah sekarang aku was-was nak derma darah, takut darah aku berpenyakit.


Tapikan, bab sukan haaa; aku main badminton, sampai peringkat Daerah je sebab masa tu ramai betul bakat dilahirkan oleh keluarga Saha dan keluarga Sidek. Belum campur pemain Cina yang ramai bernaung bawah BAM. Pun jadi atlet pecut sekolah serta volleyball.

Bila nak sambung pelajaran ke tahap lebih tinggi; cuti lagi sebab pusat pengajian tu tak siap-siap. Jadi sementara tu aku buat apa kerja yang boleh. Kontrak bangunan; pam minyak; kerja kilang pun di Pasir Gudang. Dapat sambung balik belajar, aku minat nak masuk PALAPES tapi sejarah kesihatan tak mengizinkan; tu yang masuk Kebudayaan dan main muzik je kerja aku sepanjang nak tunggu graduate.

Bab percintaan, hehe ni part paling best, kan? Masa tu teman 'kapling' ni adalah sumber inspirasi tau untuk kita fokus dan membantu dalam pembelajaran. Hidup lebih ceria gamaknya ahahahahahah. Perancangan Allah paling tepat. Aku putus cinta setelah 8 tahun... Dan aku juga pernah putus tunang 2 kali...

Blog pula berkisar tentang perjalanan hidup dan kritikan diri. Mungkin terkesan akibat sejarah hidup, tapi kena teruskan juga selagi termampu,kan?



Dah habis belajar, kerja pun macam-macam tapi bukan dan tak ada yang online macam sekarang ni. Inilah aku.


0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~