Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Singa Mengaum Lagi, Kali Ini Di Syawal Yang Mulia

EmpayarUtama - Wednesday, August 28, 2013 : 12 comments

Hehe masih cerita Raya. Ingat lagi cerita Singa masa Raya Cina awal tahun lepas? Aku fikir dah kena tangkap rupanya Idilfitri muncul pulak kat Pontian.

Cenggini. Biasalah lepas salam salam dan bermaaf-maafan antara keluarga diselang seli dengan sikit-sikit drama airmata; tergerak hati sorang mamat
tu nak ajak semua bergambar kat kedai.

Jadi kesemua mereka merangkap sebuah keluarga yang tak berapa besar (lebih doploh orang juga tu) buat pertama kali dengan bergayanya mengabadikan kenangan hari raya tahun ini di sebuah kedai gambar. Siap pilih saiz gambar, gambar latar serta bingai bangkai bingkai.

Dua minggu lepas tu kedai gambar tipon "gambar dah siap, cantik-cantik boleh datang ambik". Gumbiranya rasa hati mamat tu rasa nak melompat-lompat sebab first time nih bergambar kat kedai. Biasanya guna enset je. Diapun ponteng kerja terus je lari ke kedai gambar yang tak jauh - Pontian, 65-70 km je dari JB.

Sampai je tokey kedai dengan tersenyum simpul (yela nak dapat duit belen kannnnn....) tunjuk 3 gambar berbingkai. Katanya "gambar keluarga besar belum siap. Itu saiz you mintak tak ngam. Kena lebih besar dari 17R. Satu lagi, ini you punya keluarga dia punya background you pilih dulu tak berapa cantik. Jadi kita tukar dia punya latar". Aduh, ada satu customer masuk jadi mamat tupun keluar dulu. Tapi dapat rasa dah aura Singa kuat betul dalam kedai. Kenapa ya?

Bila pelanggan dah takde dia masuk balik sambil tanya "Boss; saya datang dari JB semata-mata nak ambik gambar. Awak talipon bagitau gambar dah siapkan? Cantik-cantik lagi. Kenapa tak talipon bagitau satu gambar lagi belum siap? Kenapa tak talipon bagitau awak fikir gambar latar yang kami pilih tak berapa cantik dan cadangkan untuk tukar? Kenapa suka-suka tukar gambar latar yang kami pilih? 4 set gambar ni bukan lima-nam ringgit. Ratus-ratus tu. Kenapa tak talipon bagitau ada masalah?" Walaupun dengan lemah lembut tapi aku dapat rasa aura Singa semakin membara dalam kedai. Aku tunggu juga siapa yang nak mintak maaf, mamat singa tu ke atau tokey kedai.


Dulu 3 sekarang ni tinggal 2 je kedai gambar sepanjang Jalan Taib di Pontian nih. Agak-agak yang mana satu?

Dengan selamba tokey jawab "tak apa. Kalau you nak latar yang you pilih dulu; kita tukar tapi kena tunggu lagi. Saya sendiri akan turun JB talipon you dan hantar sekali dengan gambar keluarga besar. Dalam gambar sangat ramai tak boleh framekan saiz 17R" "Boss, kenapa you layan you punya customer macam ni? Ramai customer kena tipu macam ini ke? Tak apalah saya bayar baki duit" sambil singa tu hulur not limapuluh 4 keping. Kiranya dia dapat 2 gambar sajalah haritu.

Jawapan mudah lagi "itu hari orang ramai sangat jadi kita tak perasan apa you order ada yang tak ngam saiz sama itu gambar latar tak berapa cantik. Nanti kita hantar bagi you kalau sudah siap. Ok ya" Hek elehhhhh camtu je? Dia pun cam laju je tergesa-gesa masuk studio gambar. Aku yang ada kat situpun rasa nak betukar jadi otromen.

Dah nampak dah singa menunggu masa nak terkam dan menyiat-nyiat tengkuk mangsa. Mulalah mengaum dan mengejutkan satu pelanggan yang baru masuk. "Tokey, awak bukan baru 2-3 hari berniaga. Kalau lebih 20 orang dalam satu gambar awak patut tahu tak boleh buat 17R dan wwak boleh beritahu kita awal-awal. Kenapa nak sorok? Semalam awak talipon pun tak bagitau masalah ini. Awak cuma kata gambar dah siap dan boleh datang ambil. Apa ni? Tengok - saya bayar dua ratus baki untuk 3 gambar; belen dua puluh ringgitpun tak pulang balik. Jumlahnya seratus lapan puluh saja kan? Esok dah taknak berniaga ke?" Dah takde rasa malu singa tu terus saja mengaum dengan bingit. Deruan angin dari pantai Pontian mengerbangkan lagi rambut di tengkuknya yang sedia panjang. Ngeri betul aku tengok. Terserlah kejantanannya. Macho pun ada jugak sikit-sikit hahahahahahahahahaha hampagas tul.

Dan siang tadi orang yang sama (tokey tulah, siapa lagi) talipon lagi bagitau 2 gambar tu dah siap dan boleh datang ambik (janji nak hantar, hampehhhh) - kena gi Pontian semulalah esok. Terbakar betullllllll........

Jika Kamu Masih Di Sini, Maafkan Aku Ya

EmpayarUtama - Sunday, August 25, 2013 : 12 comments

'Cikgu' satu-satunya gelaran istimewa yang dibawa walaupun empunya diri sudah tiada; terlebih istimewanya berbanding 'doktor' hingga encik pulis juga dipanggil 'cikgu'.

Khas buat semua insan bergelar guru / cikgu, aku mulakan dengan ucapan Selamat Hari Guru Raya Idilfitri Maaf Zahir & Batin (bulan raya daaa...)
Sekali lagi mintak maaf kalau cerita ni meragut kemeriahan Idilfitri barangkali. Seingat aku, setiap kali bercerita pasal cikgu atau sekolah, aku akan beri sokongan atas apa juga aktiviti atau tindakan mereka. Tetapi persepsi kian berbeza bila kebelakangan ini aku mula buat perbandingan zaman.

Aku tak pasti sama ada masa yang berubah atau sejujurnya lah - apakah tugas mendidik benar-benar jadi tanggungjawab (amanah) atau sama saja seperti bidang lain (kerana gaji...?) Atau dalam ayat lain; adakah tanggungjawab mendidik lebih utama berbanding sara hidup... atau tiada keseimbangan antara kedua-duanya?

Zaman aku dulu; kami takut betul ponteng sekolah. Bila guru buat kelas tambahan di rumah (dulu tak buat di sekolah) dan salah seorang anak murid tidak hadir (aku le tu) - guru sendiri datang berjumpa ibu bapa. Bila bersukan (di sekolah lain), guru sanggup berpakat kongsi 3-4 kereta ambil pelajar untuk bersama-sama ke acara sukan. Jika menang, mereka belanja makan sebelum hantar kami pulang.

Bila ada apa-apa acara di sekolah, satu senpun tidak diminta dari ibubapa kami (mungkin masa itu sekolah dah cukup duit atau para guru bijak ambil inisiatif untuk dapatkan sumber kewangan). Yang penting, sewaktu acara apa pun di sekolah - tiada gerai jualan. Hanya ibu bapa berkumpul di sana sini untuk lebih mengenali satu sama lain; eratkan silaturrahim bersama para guru yang juga turut serta.

Waktu persekolahan - rotan sebesar jari kelingking memang jadi belasahan kami. Ibu bapa serah bulat-bulat kepada guru dan ayat lazim yang rajin kedengaran "asal jangan sampai cacat sudahlah". Begitu sekali hormat ibu bapa kepada para guru zaman dulu hingga tidak perlu apa-apa 'akta'. Corak disiplin yang ketat hinggakan berbual atau berbaris tidak lurus juga boleh dapat penampar percuma cikgu... Hehe indahnya kenangan zaman sekolah masa itu.

Cerita di sekolah menengah yang memang aku ingat sampai bila-bila - kami diberi tugasan 3 sekumpulan untuk bentang tajuk dan buat presentation (Bahasa Malaysia) dan tiba giliran kumpulan aku; kami bertiga hilang dari kelas menyorok dalam perpustakaan. Kami tahu cikgu akan buat laporan mengajar dalam buku log harian. Dah jenis 'terjal', malam itu kami pecah masuk bilik guru untuk tuang air dalam buku tersebut. Sebelum buat kerja tak berfaedah tu, kami baca dulu apa yang ditulis. Malu sungguh bila catatan laporan tidak seperti dijangka. Cikgu menulis persembahan kami bagus; menepati tajuk diberi; dibuat melebihi masa ditetapkan dan markah keseluruhan kumpulan adalah A. Memang sebak bila baca segala perinciannya. Sama ada 'ego remaja' atau 'terjal melampau', mungkin juga kerana malu yang teramat; hinggalah cerita ini aku kongsikan dalam belog hari ini kami tidak mengadap beliaupun untuk minta maaf. Aku respek semua cikgu kerana kekalkan prinsip guru adalah guru dan anak murid tetap anak murid. Maafkan aku cikgu kerana tidak sempat minta maaf...

Cikgu Jaja, sebenarnya aku takut nak berkongsi cerita ni.
Ada yang tak suka...

Zaman sekarang - apa majlispun jika dianjurkan di sekolah, akan dimaklumkan secara bertulis dengan kepala rasmi sekolah. Tak cukup dengan itu, ada slip derma di bahagian bawah yang mesti dipulangkan bersama 'derma ikhlas'... Dan guru terlebih mendekati anak murid hingga boleh jadi rakan se'fesbuk' kalau tidakpun jadi rakan se'wechat'.

Er, aku tak nak teruskan. Takat ini ajalah...

PlusGoogle vs PlusMalaysia feat 100Plus

EmpayarUtama - Friday, August 16, 2013 : 6 comments

Tak banyak cerita yang dapat aku kongsikan. Dah nak masuk tiga tahun cuma ada 269 cerita - 236 dah dipos manakala 33 lagi terperap dalam deraf entah bila aku nak pos. Cerita yang ini pun sebenarnya dalam deraf, ingat nak delete je sebab macam dah ok tapi nampak benda pelik der kat belog satu lagi.
Gini ceritanya. Dulu nampak dua dari cerita aku telah di'plasgugel'kan sebanyak beribu-ribu lemon. Kenapa haaa???

Ini yang pertama :

Dan ini pula yang kedua :

Tapi dah ok dah dua-dua ni. Cuma tetiba jadi pula kat satu entri dalam belog demo :

Mak ai, sampai 196,290...

Ada siapa-siapa tahu dan boleh clearkan kebuluran ke'blur'an haku tak?

(Hahaha bila tengok jumlah cerita yang dikongsikan, rasa cam nak tukar tagline / description kepada 'Belog Yang Jarang Dikemaskini...')




Kasih Sayang Dijual Beli?

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2013 : 16 comments

Semalam hari raya kelima, maknanya dah lima hari juga aku kat kampung. Dan tiga empat tahun juga aku perasan makcik sebelah rumah merayakan Idilfitri bersendirian.

Malam raya nampak agak meriah; pagi raya pun begitu. Sekitar sebelas pagi akan muncul satu keluarga berkereta berziarah. Kemunculan mereka tidak lama, sekitar dua tiga jam sahaja sebelum berlalu pergi.
Maka setiap tahun jugalah makcik itu akan tinggal berseorangan sebaik pagi idilfitri kedua menjelma. Rumah kami bukan dekat sangat kerana jarak rumah kampung dalam sepelaung (sekitar 120 meter agaknya). Tapi oleh kerana tanah masing-masing agak bersih jadi aktiviri luar rumah dapat dilihat dengan jelas.

Dan adat berjiran, kami akan menghantar juadah raya ke beberapa rumah jiran terdekat di pagi ifdilfitri. Tahun ini aku berkesempatan untuk bersembang lama dengan makcik sebelah sewaktu menghantar juadah idilfitri. Makcik ni ibu tunggal warga emas dan ditemani salah seorang anaknya yang sudah berkeluarga. Tiap tahun, malam raya kedua anaknya yang ini sekeluarga akan ke kampung belah isteri untuk sambut raya di sana pula. Makcik ini juga punyai beberapa orang anak lagi (semuanya telah berkeluarga) yang masing-masing tinggal sekitar 1-2 jam perjalanan ke rumah makcik. Jadi malam raya mereka memang meriah, sama seperti keluarga lain jugalah kiranya. Kemeriahan itu hanya setakat hari raya pertama.

Lalu aku bertanya tentang satu keluarga yang saban tahun berziarah sekitar jam sebelas pagi. Menurut makcik, itu anak yang paling dekat jarak rumah berbanding anak-anaknya yang lain. Tak sampai sepuluh minit berkereta boleh sampai. Kerja kerajaan, sudah kematian suami, anak-anak semua sudah besar hanya tinggal seorang masih bersekolah rendah. Sajalah aku tanya - kenapa dia tak datang malam raya dan temankan makcik setidak-tidaknya hingga anak makcik yang memang duduk dengan makcik tu kembali dari kampung mertua?

Jawab makcik - dia sibuk.

Aku lelaki, dan aku tidak dapat selami hati nurani seorang perempuan. Baik makcik itu maupun anaknya yang kerja kerajaan tersebut. Anak anak yang lain tak sibuk ke? Tapi bila aku perhati raut wajah makcik tu, tiada bayang kesedihan.


Apakah masing-masing masih menyimpan sesuatu yang tidak terluah? Walaupun bersalam tangis di pagi Idilfitri...

Makcik tu sambung lagi - ni baju ni dialah belikan. Tahun ni makcik dapat dua pasang. Tak tahulah berapa harganya. Ada satu jubah tu harganya dekat seratus, pun dia belikan juga. Wajah makcik nampak ceria bila bercerita tentang itu.

Oh, oh, terus aku minta diri, bersalaman dengan makcik. Ya Allah ampunkan aku. Aku tak pernah terniat membeli kasih sayang seorang ibu walaupun men'sponsor' air bertong-tong, daging, ayam dan ketupat sempena Idilfitri saban tahun. Aku redha korbankan 'sepanjang lima hari raya' setiap kali Idilfitri bermula untuk temankan ibu tersayang yang keseorangan. 'Sepanjang lima hari raya' yang membolehkan isteri aku beraya ke rumah adik beradiknya serta rakan taulan; dan 'sepanjang lima hari raya' yang menceriakan anak-anakku bila mereka dapat beraya bersama kawan-kawan. Semua itu sanggup aku ketepikan dahulu.

Aku berharap isteriku peroleh yang lebih baik melalui anak-anakku (jika aku pergi dulu) berbanding makcik tadi.

Buat isteri, buat anak-anak; semoga kamu semua memahami...




Dua Puluh Satu Hari Yang Panjang

EmpayarUtama - Monday, August 5, 2013 : 11 comments

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri buat semua. Tiga minggu kebelakang aku teramat sibuk. Sama sibuknya macam masa 'last minit' buat thesis kat Jabatan Akauntan Negara time belajar dulu.

Semuanya bermula 16 Julai lepas. Time syok-syok godeh pc kat opis, aku didatangi seorang kenalan kepada bos yang minta tolong buatkan
review syarikat dia. Hari tu juga aku dibawa ke kilang yang tak jauh cara operasi macam salah satu tempat kerja aku. Dia mintak aku studi dan analisa aktiviti 3 tahun, kenapa syarikat seperti tak boleh buat untung.

Jadi kiranya aku macam pekerja baru je kat kilang tu. Tapi macam mandur. Tanya itu, tanya ini sebelum tengok audit repot. Nasib baik sistem yang diguna aku agak familiar dan boleh akses. Aku sebenarnya tak pernah buat kerja odit tapi dua minggu kat sana memang itule kerja aku. Masuk minggu ketiga memang pening macam mana nak mulakan repot. Dua hari dah siap dah deraf. Dan bila aku baca balik deraf tu, memang tergezut bila lihat transaksi oleh salah seorang big bos kat situ.

Kenalah aku konsentret kat segala urusniaga berkaitan pulak. Dan bila 'compile' kan dua repot dalam satu, hasilnya memang menakutkan. Aku tak sanggup nak mengadap kawan bos yang mintak tolong aritu, aku kirim pada bos je petang tadi sebelum balik. Itupun cuma 'hardcopy' laporan yang dah siap dan pesan bacalah dengan hati yang terbuka.

Tak pasti berapa dia nak bayar aku untuk job tu, cuma iyalah - dalam bulan posa nih aku rasa amat bersalah. Pertama kerana berani masuk campur urusan yang tak sepatutnya aku perhalusi. Keduanya, repot tu akan buatkan beberapa kakitangan beliau kehilangan periuk nasi selepas raya nanti (mungkin...).

Aku ada pilihan untuk tidak teruskan dan tarik diri masa minggu kedua tapi entah kenapa aku teruskan juga.

Aku rasa amat bersalah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku...