Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Cuti dan Contract of Service

EmpayarUtama - Tuesday, November 29, 2022 : No comments

Ini adalah hitam putih persetujuan bersama antara pekerja dan majikan di dalam surat tawaran dan lantikan. Kalau butirannya panjang, ia jadi sebagai Lampiran / Annexure.

Pekerja akan terikat dengan akta pekerjaan, dapat hak seperti cuti dan manfaat lain yang sepatutnya sebagai pekerja. Pekerja juga wajib dicarum, disediakan slip gaji dan perlu ikut tugas seperti yang terdapat dalam kontrak.


Regulation 8 of the Employment Regulation 1957, dalam surat perjanjian wajib ada maklumat seperti:
1.Name of employee and NRIC No.
2.Occupation or appointment;
3.wage rates (excluding other allowances);
4.Other allowances payable and rates;
5.Rates for overtime work;
6.Other benefits;
7.Agreed normal hour of work per day;
8.Agreed period of notice for termination
9.No. of days of holidays and annual leave;
10.Wage period.

Cuti Bersalin bergaji (Paid Maternity Leave) pula adalah hak pekerja wanita dan ianya adalah bagi tempoh tidak kurang 60 hari berturut-turut [Seksyen 37 Akta Kerja 1955], layak untuk 5 anak pertama (yang hidup).

Sudah ada perubahan untuk ini akan tetapi kuat kuasa pindaan Akta Kerja 1955 ditangguhkan ke 1 Januari 2023:

“KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya mula berkuat kuasa 1 September ini, ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari,
penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

Ia akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023, tanpa mengira sebarang alasan diberikan majikan.”


Begitu juga cuti 7 hari kepada suami. Baca seterusnya untuk PINDAAN RUU KERJA TETAPKAN CUTI PATERNITI TUJUH HARI BEKERJA

Maknanya tahun depan majikan bertambah pening sama ada nak kecikkan kuota pekerja wanita atau tambah kuota pekerja lelaki atau gajikan pekerja veteran / muda muda belaka, heheheheh...


Cuti Cuti Malaysia

EmpayarUtama - Friday, November 25, 2022 : No comments

Dua tiga menjak ni banyak tul cuti yang diumumkan baik cuti peristiwa maupun cuti umum. Para bos di tempat-tempat kerja aku membebel sakan sebab cuti yang dah diwartakan (untuk swasta) berjumlah 14 hari dah habis guna.

Aku ni kat tengah-tengah; serba salah jadinya. Nak jaga kebajikan staf dan pada masa sama nak jaga kepentingan syarikat tempat kerja.

Aku cuma bagitau bos camni - Bos tengok
job tu kalau untuk 'internal purpose', panggillah diorang datang kerja. Tapi kalau job pada hari tersebut libatkan pihak luar, cuti sajalah. Sebab semua pihak [bank, transporter, suppliers] cuti, datang kerja buat apa?

Ini disebabkan pada hari-hari cuti tu gaji bulanan berjalan macam biasa. Bila panggil staf datang kerja; kena bayar ikut OT Rate yang dah dipersetujui dalam kontrak kerja [contract of service]. Dahla gaji bulan jalan macam biasa, syarikat kena bayar lagi 1.5x gaji harian kepada staf untuk hari cuti tersebut. Bukan makin untung, makin rugi lagi adalah. Baik cuti je. Iya lah, kalau dah 10 pekerja kena datang semata-mata alasan peruntukan cuti syarikat dah habis, tak berbaloi baloi, kannnn...

Sebenarnya, ikut Akta Kerja 1955; majikan boleh memilih minima sebelas (11) hari cuti sebagai cuti berbayar dalam satu tahun kalendar.

Lima (5) hari darinya MESTI termasuk Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan YDP Agong, Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia (tak boleh ganti dengan hari lain}.

Baki enam (6) hari cuti lagi boleh pilih ikut budi bicara majikan dan pamerkan di tempat kerja sebelum bermula tahun kalendar yang baru.

Cuti Umum Tambahan di bawah Seksyen 60D (1) (b) Akta Kerja 1955 iaitu pada mana-mana hari yang diumumkan sebagai hari kelepasan am di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [merujuk kepada cuti mengejut yang diberikan oleh kerajaan yang belum diwartakan]. Biasanya cuti mengejut / cuti khas atau cuti peristiwa.

Hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya terletak pada kontrak kerja yang dah dipersetujui [contract of service] oleh kedua-dua pihak sebelum pekerja mulakan tugas.

Boleh je ganti kepada hari lain jika mahu, contoh terbaik ialah panjang / sambung / tambah selepas cuti perayaan. Tak ganti pun tak apa.