Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Jom Tengok Filem BoBoiBoy Movie 2

EmpayarUtama - Tuesday, August 13, 2019 : 3 comments

Sejak keluar trailer kat youtube, hero 2 orang tu sibuk betul ajak tengok cerita ni.

So, semalam bawakle si abang dengan kakak dia gi beli tiket di Tebrau City.

Dengar kutipan pun bagus, dah cecah RM 9.9 juta hanya dalam 5 hari setakat semalam.


Haaa tayangan semalam (12.8) pun habis. Nasib baik tayangan untuk hari ni banyak lagi. Tiket tu semalam le belinya...


Sempat lagi nak bergambar dalam mall tu sebelum balik...


...sebelum masuk panggung petang tadi...


...sesi bergambar lagi selepas tayangan...


Boleh terjumpa pulak dinosaur hidup sebelum keluar mall...

Untuk movie ni, aku bagi rating 9.5/10, terbaikkkkk. Ni masih dalam minggu cuti sekolah, bawak bawak ler anak-anak sambil sokong produksi kita, ya :)


Selamat Hari Raya Aidil Adha

EmpayarUtama - Sunday, August 11, 2019 : No comments

Selamat Hari Raya Korban buat semua umat Islam, yang menyambut atau tak.

Tahun ni sama je cam tahun tahun sebelum ni tak ke mana. Berkumpul di rumah seisi keluarga sambil menjamu apa ajalah juadah yang serba ada hehe.
Juadah ikut selera ala-ala bugis. Ada ketupat, lemang, burasak, lepat-lepat, rendang daging, serunding dan kuah kacang.

Yang tak ada lepat-loi dan asam pedas ikan parang.
2 benda nih macam barang 'mesti ada' pagi Raya Idilfitri.


Sesi bergambar...


Haaaa jemput makan tengok, aku belanja gambar :)


Kepada sukarelawan - selamat maju jaya semoga selamat pergi dan kembali dan diberkati, Insya Allah.