Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Sekarang Pelik VII – Misteri Nusantara vs Detik 12 Malam

EmpayarUtama - Monday, May 12, 2014 : 8 comments

Cerita ini aku labelkan kategori 18PL jadi adik-adik yang kurang faham kena rajin bertanya orang yang lebih tua ya. Ianya terlebih seram sikit je berbanding Kisah Seram UUM yang pernah aku kongsi dulu.

Aku jarang-jarang pusing keliling rumah selepas tengah malam. Baru-baru pindah dulu adalah rajin sikit dan selalu terserempak dengan pakcik
rumah hujung yang juga buat rondaan sendiri. Taman ni tak ada rukun tetangga. Itu yang sebelah rumah grup pulis pun selalu kena pecah masuk.

Empat malam lepas nampak satu tong sampah baru kat belakang satu rumah jiran. Aikkk heran juga sebab semua rumah dah terima tong sampah kelabu daripada Bandaraya bawah selenggaraan SWM.


Jadi pagi tadi lepas budak-budak ke sekolah aku bersembang dengan jiran tu pasal tong sampah baru kat belakang rumah dia.

Katanya "dulu saya park kereta kat sini tapi kat bawah dan tepi kereta ada saja plastik bungkus sisa makanan. Kereta tu tak selalu digunakan. Saya fikir kucing bawa dan makan kat bawah kereta. Satu hari tu makcik jiran sebelah suruh alihkan kereta ke tempat lain sebab dia ada pesan kat makcik selang dua rumah dari rumah saya untuk tengok-tengokkan table-top baru dia"

Oh lupa. Makcik tu baru buat table top belakang rumah. Habis makan longkang dan sedikit kawasan jalan belakang rumah dia jadi table-top. Dah cantik camtu memangle tarik perhatian orang yang berminat nak tengok isi kandungannya. Akhirnya barang-barang tersimpan kena curi juga. Itu yang dia pesan kat makcik selang dua rumah dari rumah sang jiran tadi tu untuk tengok-tengokkan. Tapi kereta sang jiran menghalang pemandanganlah pulokkk... Kenalah sang jiran tu alih kereta dia ke tempat lain walaupun dia park kereta memang kat belakang rumah sendiri dan tak ganggu sesiapa atau laluan kenderaan lain.

Sambung sang jiran lagi "lepas kosong, kadang-kadang masih ada plastik bungkus kat situ. Ada yang dah terbuka kucing punya kerja agaknya. Nak jadi cerita – lima hari lepas kebetulan saya kat dapur. Tepat jam 9.20 pagi saya nampak seseorang bawak satu tapaware berisi nasi beriani, roti canai dan tiga ketul cucur udang dengan selamba curah kat belakang rumah saya betul-betul menghadap tingkap dapur tempat saya tengah berdiri. Nak saja saya buka tingkap dan tegur tapi saya fikir kita ni hidup berjiran. Saya diamkan saja. Jadi saya beli satu tong sampah baru, letak plastik sampah taruk kat belakang rumah untuk kemudahan semua"


Ohhhhhh camtu rupanya. Eheheheheheheheh.......

Buat semua makcik-makcik, walaupun terlewat satu hari - Selamat Hari Ibu. Kepada semua jururawat pula - Selamat Hari Jururawat Sedunia :)




Penangan Siku Kluang

EmpayarUtama - Friday, May 9, 2014 : 4 comments

Zaman sekolah rendah dulu, ada mata pelajaran Lukisan. Dalam jadual waktu cuma sekali seminggu dan ambil dua masa pembelajaran. Sekarang ni dipanggil Pendidikan Seni Visual (PSV) dan darjah 4 ke atas ada subjek tambahan Kemahiran Hidup (KH). Salah satu kerja dalam kelas ialah anyaman kertas. Lebih kurang macam anyam tikar mengkuang.

Aku ingat-ingat lupa arwah nenek rajin buat tikar nih. Mungkin dia ambil upah buat tikar agaknya. Dia akan potong beberapa helai daun mengkuang dan rebus dalam periuk besar. Daun pandan dia kurang sikit agaknya leceh kerana daunnya pendek-pendek. Lepas tu sidai kat ampaian macam sidai kain. Bila dah kering warnanya bertukar jadi pucat dan dia akan potong guna satu alat macam sikat. Nanti daun mengkuang tu akan jadi halus-halus lebihkurang 1cm lebarnya tiap satu.

Pastu dia asingkan jadi tiga longgok. Dua longgok tak berapa banyak; satu longgok lagi banyak. Dia akan rebus tiap longgok tu dalam periuk campur dengan pewarna (esen) satu kaler merah satu kaler hijau satu lagi kaler putih. Tak ingatler berapa lama dia masak tapi pastu kena jemur lagi sampai kering.


Gambar ni cilok Google

Biasanya dia akan buat atas lantai rumah (papan) dan lekatkan hujung tikar guna paku tekan. Untuk ketatkan anyaman dia guna lidi. Kemasan tepi biasanya dia buat 'Tulang Belut'. Sebidang tikar mengkuang tu dia boleh siapkan dalam 3 hari kot. Lebih kurang cenggitulah yang aku ingat.

Kat sekolah pun lebihkurang je cuma tak perlu kelepet belah tepi macam tikar mengkuang. Guna kertas warna; siapkan dan hantar kat cikgu; nanti dapat B (sekarang guna Band bukan band muzik yea :) ).

2 minggu lepas Afrina tunjuk kat aku kerja anyaman dia tapi dia kata nak selang 3-2-3-2 jadi macam siku keluang. Aku kata tak pernah dengar lorrr...

Aku buat sampel camni:


dia kata bukan.

Yang ni pulak:

bukan jugak.

Cuba yang ini pulak:

lagilah bukan katanya.

Sudahnya aku suruh dia buat dulu dan tunjuk pada cikgu. Dia balik dan tunjukkan corak anyaman siku keluang camni:

Aku bagitau dia selain gunakan gam untuk kemaskan anyaman, kita boleh selitkan kertas lain kat belakangnya (kat sini aku guna kertas putih). Tapi dia belasah gam tiap-tiap bucu kertas warna biru tuh. Lepas dia hantar semula minggu lepas; dia kata cikgu tak percaya dia buat. Hahahahahahahah cikgu bagi Band 6 ke?