Zaman sekolah rendah dulu, ada mata pelajaran Lukisan. Dalam jadual waktu cuma sekali seminggu dan ambil dua masa pembelajaran. Sekarang ni dipanggil Pendidikan Seni Visual (PSV) dan darjah 4 ke atas ada subjek tambahan Kemahiran Hidup (KH). Salah satu kerja dalam kelas ialah anyaman kertas. Lebih kurang macam anyam tikar mengkuang.
Aku ingat-ingat lupa arwah nenek rajin buat tikar nih. Mungkin dia ambil upah buat tikar agaknya. Dia akan potong beberapa helai daun mengkuang dan rebus dalam periuk besar. Daun pandan dia kurang sikit agaknya leceh kerana daunnya pendek-pendek. Lepas tu sidai kat ampaian macam sidai kain. Bila dah kering warnanya bertukar jadi pucat dan dia akan potong guna satu alat macam sikat. Nanti daun mengkuang tu akan jadi halus-halus lebihkurang 1cm lebarnya tiap satu.
Pastu dia asingkan jadi tiga longgok. Dua longgok tak berapa banyak; satu longgok lagi banyak. Dia akan rebus tiap longgok tu dalam periuk campur dengan pewarna (esen) satu kaler merah satu kaler hijau satu lagi kaler putih. Tak ingatler berapa lama dia masak tapi pastu kena jemur lagi sampai kering.
Biasanya dia akan buat atas lantai rumah (papan) dan lekatkan hujung tikar guna paku tekan. Untuk ketatkan anyaman dia guna lidi. Kemasan tepi biasanya dia buat 'Tulang Belut'. Sebidang tikar mengkuang tu dia boleh siapkan dalam 3 hari kot. Lebih kurang cenggitulah yang aku ingat.
Kat sekolah pun lebihkurang je cuma tak perlu kelepet belah tepi macam tikar mengkuang. Guna kertas warna; siapkan dan hantar kat cikgu; nanti dapat B (sekarang guna Band bukan band muzik yea :) ).
2 minggu lepas Afrina tunjuk kat aku kerja anyaman dia tapi dia kata nak selang 3-2-3-2 jadi macam siku keluang. Aku kata tak pernah dengar lorrr...
Aku buat sampel camni:
dia kata bukan.
Yang ni pulak:
bukan jugak.
Cuba yang ini pulak:
lagilah bukan katanya.
Sudahnya aku suruh dia buat dulu dan tunjuk pada cikgu. Dia balik dan tunjukkan corak anyaman siku keluang camni:
Aku bagitau dia selain gunakan gam untuk kemaskan anyaman, kita boleh selitkan kertas lain kat belakangnya (kat sini aku guna kertas putih). Tapi dia belasah gam tiap-tiap bucu kertas warna biru tuh. Lepas dia hantar semula minggu lepas; dia kata cikgu tak percaya dia buat. Hahahahahahahah cikgu bagi Band 6 ke?
Assalammualaikum...empayarutama,
ReplyDeletedulu mselim3 pernah gak buat kerja 'buat tikar' nie.. susah nak buat yg corak2 tu.. biasanyer mselim3 buat corak biasa2 aje.. heheh mselim3 tak kreatif ..
mselim3
w'salam...mselim3,
Deletedisebabkan tahun 2014 ni masa agak berterabur sikit; tengah-tengah malam jer sempat layan budak buat kerja sekolah diorang...
lahir untuk berjiwa seni.
ReplyDeleteahahahahah kamu nih...
Delete