Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Elaun Latihan Industri

EmpayarUtama - Wednesday, June 21, 2023 : No comments

Kenapa isu elaun untuk mahasiswa yang membuat latihan industri, atau lazim disebut sebagai intern, masih jadi perdebatan? Pada aku, tak ada isu pun di sini.

Latihan industri, latihan praktikal atau internship merujuk kepada penempatan pelajar dalam industri pekerjaan dalam jangka masa tertentu.

Sebenarnya ia adalah salah satu subjek dalam
tempoh pengajian sebelum pengijazahan, biasanya pada semester kedua terakhir atau semester akhir. Mahasiswa kena mohon ke beberapa industri kerana bukan semua industri akan terimapun.


Tujuan utamanya ialah untuk beri pendedahan alam pekerjaan kepada pelajar. Kebanyakan universiti dan kolej menjalankan internship antara 2 ke 4 bulan.

Antara berita yang menarik perhatian aku: 'Kami bukan buruh percuma' - Mahasiswa bergelut lawan diskriminasi. Boleh klik untuk bacaan penuh ya.

Tempoh pengajian mahasiswa biasanya 3-4 tahun. Tiap semester biasanya ada 5-6 subjek/paper yang akan bagi 2 atau 3 kredit; selain salah satu semester tersebut hanya bertumpu kepada latihan industri.

Sepanjang tempoh pengajian; mahasiswa ada dapat tajaan, atau pinjaman, atau ditanggung oleh keluarga termasuk yuran pengajian, yuran penginapan, duit buku, dan sara hidup seharian; hingga tamat pengajian.

Cuba bandingkan dengan salah satu subjek/paper lain contohnya [contoh tau] Advance Accounting: Petroleum Mining. Tak kena buat latihan industri tapi kena beli buku, buat lawatan ke salah satu syarikat petroleum, studi beberapa tahun laporan tahunan (Annual Report), rujukan di laman web, rujukan perpustakaan, kena buat/hantar paper works, pergi kuliah, pergi tutorial, ambik exam, buat baik dengan tutor/pensyarah; pun kena keluar duit. Dalam 2-3 ratus juga untuk subjek/paper ni kan? Buku teks rujukan saja dah lebih seratus ringgit. Kalikan dengan 5-6 subjek/paper, berapa tu? Tak ungkit pula pasal elaun. Tiap hari pun kena makan minum naik grab juga, kan?

Oleh itu, apa istimewanya nak demand ke syarikat yang dah terima permohonan mahasiswa buat latihan industri tu mesti kena bagi elaun? Diorang dah terima permohonan untuk buat latihan industri di tempat mereka pun dah cukup bagus sebenarnya. Segala ilmu yang diperolehi sepanjang tempoh latihan (2-4 bulan) itu mereka beri secara percuma tau, tak payah bayar pun kepada syarikat tersebut. Lagi nak minta syarikat tu bayar...

Jadi, bila difikirkan semula; latihan industri ini sama aja dengan subjek/paper lain. Bila industri yang terima permohonan mahasiswa dan beri elaun; itu sudah kira bonus kepada mahasiswa tersebut.

Tapi ini pendapat peribadi aku saja. Masing masing ada pandangan sendiri...


Tempoh Giliran 148 Tahun

EmpayarUtama - Wednesday, June 14, 2023 : 1 comment

Menerusi potral berita ni, apa yang aku nampak ialah:

Quota tahunan (31,600 jemaah) x 148 tahun bersamaan dengan 4.6768 juta jemaah.

Yang telah mendaftar dan menunggu giliran ada lebih 3.8 juta.

Kena ikut sistem pendaftaran terbuka, dan minima simpanan untuk layak mendaftar ialah
sekurang kurangnya RM1,300 dalam Tabung Haji...

...barulah boleh dapat nombor giliran jika mendaftar untuk tunaikan haji.



Berita penuhnya DI SINI

Maknanya selepas portal ini diterbitkan; jika seseorang itu sangat prihatin dan buka akaun TH untuk anak yang baru lahir; dengan minima simpanan RM1,300 dan mendaftarkan anaknya; maka pada umur anak itu 148 tahun baru boleh mengerjakan Haji.

Masih ada pengecualian kepada 'mahram' yang perlu iring mereka yang uzur; terlebih sangat duit hingga bolehlah mengerjakan haji 2-3 kali; kuota tertentu yang kita tak nampak; dan tiba-tiba terima tawaran apabila dalam senarai menunggu tu ada yang meninggal.

Doakan semua rakyat Malaysia panjang umur setidak tidaknya hingga berusia 150 tahun. Amin.

Betulkan jika aku tersalah buat tafsiran ya...