Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label destinasi. Show all posts
Showing posts with label destinasi. Show all posts

Sinar Kurnia

EmpayarUtama - Friday, January 10, 2025 : No comments

Perkongsian ini terlambat 2 hari sebab aku kena siapkan Form E para pekerja. Kali ni aku nak berkongsi satu lagi tempat makan serbaneka. Dekat je tempatnya dengan rumah; namanya Restoran Sinar Kurnia.

Pilihan lokasi yang ini sebelah petang lepas jemput wife balik kerja; pun bertujuan untuk berbuka sempena Rejab. Menariknya kerana kedai makan ini ada dua bahagan - berbumbung dan tak berbumbung.

Berada di tepi jalan besar Jalan Kurniawan, Johor Bahru maka tiada tempat parking. Tapi dah jadi kebiasaan; semua yang singgah sini akan park kenderaan tepi jalan je.

Dulu-dulu ia cuma tempat untuk bersarapan, sebelum tengahari dah lengang tutup. Tapi sekarang dengan banyak pilhan makanan - baik seafood; goreng-gorengan, western food dan masakan pantai timur pun ada. Gerai burger yang di tengah tu pun dah lama kat situ.

Ada satu screen besar untuk tontonan pengunjung biasanya selepas maghrib dipasang. Tapi sekarang macam dah tak beroperasi la pulak.


Jadi kali ini aku bagi pesanan terbuka ikut selera masing-masing, nak makan apa. Haa kat bawah ni antara pesanan diorang :
Nasi Putih Daging Padprik
Mee Goreng Basah
Nasi Goreng Pattaya
Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah
Jom jamu selera
Antara yang menjadi pilihan di Restoran Sinar Kurnia ni ialah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Dan kalau buat pesanan jangan lupa minta 'whole leg' bagi yang hantu paha ayam sebab kalau tak buat request nanti datangnya bahagian kepak atau dada ayam.


Sebenarnya masa tempat ni jadi port sarapan; kat sinilah aku mengeteh sambil dengar cerita kengkawan. Itu yang sebahagiannya ada aku kongsikan dalam blog ni.


Rejab ke 5...

EmpayarUtama - Tuesday, January 7, 2025 : No comments

Dua hari lepas 5 Januari 2025 bersamaan dengan 5 Rejab 1446H. Kitorang bercadang nak berbuka di luar.

Pilih punya pilih, keputusan muktamad ke Sogo di The Mall, Mid Valley Southkey sebab tak berapa sesak dan dekat sikit dengan rumah.

Kali ini kami nak cuba makan di sushi king pula sebab yang dah biasa makan di tempat macam ni cuma para puteri dan 2 putera bungsu aku je.

Disebabkan masih awal, kitorang ke NSK Tebrau dulu beli beberapa makanan ringan untuk buat 'goodies' sempena Jamuan Akhir Penggal Persekolahan Sekolah Rendah Sesi 2024/2025 hari Rabu nanti.


Lepas hantar semua barang yang dibeli, terus sajalah ke Sogo. Oleh kerana tak jauh, kami sampai sekitar jam 6 petang :

Aku tak pasti pernah guna tak slide jenis ni. Nanti aku tengok semula mungkin ada kot dalam senarai tutorial. Gambar-gambar bawah ni ialah pilihan bergerak makanan yang disedakan bersama nasi 'sushi' :
  1. sushi king
  2. Chuka Lidako
  3. Ebi
  4. Edamame
  5. Egg Mayo
  6. Kani Tsubukko
  7. Masago
  8. Nori Tama
  9. Salmon
  10. Surimi Scallop
    Chicken
  11. Surimi Scallop
    Fish
  12. Unagi
  13. Plate Pricing

Harganya ikut warna pinggan yang disaji, macam kat bawah ni :

Tapi itu pilihan 3 anak bungsu aku. Kitorang tetap pesan nasi putih yang ada dalam menu untuk berbuka :
  • sushi kingAkauo Teriyaki Don
  • sushi kingAkauo Teriyaki Don
  • sushi kingChicken Age Gyoza
  • sushi kingChicken Age Gyoza & Chicken Katsu Don
  • sushi kingChicken Katsu Don
  • sushi kingVanilla Ice Cream
  • sushi kingVanilla Ice Cream
  • sushi kingYakiniku & Chicken Katsu Don
  • sushi kingYakiniku & Chicken Katsu Don
  • sushi kingYakiniku Don
  • sushi kingYakiniku Don

Slide jenis yang atas ni pun aku tak pernah kongsi sebelum ini. Nantilah bila senang aku buat satu tutorial untuk guna slide jenis ini.

Haaa dah selesai pun makannya. Bertingkat pinggan sushi dikerjakan anak-anak. Itupun ada dua orang lagi yang tak dapat ikut sebab berada di luar kawasan ahahahahahah. Review makanan? Aku tak reti.

Sebelum balik, sempat lagi diorang singgah kedai aiskrim llao llao entah betul tak ejaan aku ni...


Klook.com