Perkongsian ini terlambat 2 hari sebab aku kena siapkan Form E para pekerja. Kali ni aku nak berkongsi satu lagi tempat makan serbaneka. Dekat je tempatnya dengan rumah; namanya Restoran Sinar Kurnia.
Pilihan lokasi yang ini sebelah petang lepas jemput wife balik kerja; pun bertujuan untuk berbuka sempena Rejab. Menariknya kerana kedai makan ini ada dua bahagan - berbumbung dan tak berbumbung.
Berada di tepi jalan besar Jalan Kurniawan, Johor Bahru maka tiada tempat parking. Tapi dah jadi kebiasaan; semua yang singgah sini akan park kenderaan tepi jalan je.
Dulu-dulu ia cuma tempat untuk bersarapan, sebelum tengahari dah lengang tutup. Tapi sekarang dengan banyak pilhan makanan - baik seafood; goreng-gorengan, western food dan masakan pantai timur pun ada. Gerai burger yang di tengah tu pun dah lama kat situ.
Ada satu screen besar untuk tontonan pengunjung biasanya selepas maghrib dipasang. Tapi sekarang macam dah tak beroperasi la pulak.
Jadi kali ini aku bagi pesanan terbuka ikut selera masing-masing, nak makan apa. Haa kat bawah ni antara pesanan diorang :
Antara yang menjadi pilihan di Restoran Sinar Kurnia ni ialah Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah. Dan kalau buat pesanan jangan lupa minta 'whole leg' bagi yang hantu paha ayam sebab kalau tak buat request nanti datangnya bahagian kepak atau dada ayam.
Sebenarnya masa tempat ni jadi port sarapan; kat sinilah aku mengeteh sambil dengar cerita kengkawan. Itu yang sebahagiannya ada aku kongsikan dalam blog ni.
Pilihan lokasi yang ini sebelah petang lepas jemput wife balik kerja; pun bertujuan untuk berbuka sempena Rejab. Menariknya kerana kedai makan ini ada dua bahagan - berbumbung dan tak berbumbung.
Berada di tepi jalan besar Jalan Kurniawan, Johor Bahru maka tiada tempat parking. Tapi dah jadi kebiasaan; semua yang singgah sini akan park kenderaan tepi jalan je.
Jadi kali ini aku bagi pesanan terbuka ikut selera masing-masing, nak makan apa. Haa kat bawah ni antara pesanan diorang :
Nasi Putih Daging Padprik |
Mee Goreng Basah |
Nasi Goreng Pattaya |
Nasi Kerabu Ayam Goreng Berempah |
Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah |
Jom jamu selera |
Sebenarnya masa tempat ni jadi port sarapan; kat sinilah aku mengeteh sambil dengar cerita kengkawan. Itu yang sebahagiannya ada aku kongsikan dalam blog ni.