Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :

Promosi dari TRAPO

EmpayarUtama - Friday, November 26, 2021 : 4 comments

Trapo Car Mats tersedia untuk lebih 800+ model kereta. Ia menjadi jenama No.1 ‘Motors Category in Shop & Lazada’.

Terdapat lebih 10,000 Ulasan/review dengan 98% maklumbalas penilaian positif. Custom Fitted, Anti-Slip serta menghapuskan 99.9% Bakteria. Yang pasti - Jaminan selama 1 Tahun.

Semua produk Trapo dibuat di Malaysia. Pada masa ini, ia mempunyai 5 hab di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Salah satu matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengalaman pemanduan anda dengan menyediakan pemanduan yang selamat dan bersih melalui produk inovatif.


Pencucian bilas air sangat mudah.

3 versi Trapo Car Mats :

Bermula hari ini hingga 13 Disember 2021, Trapo mengadakan beberapa siri promosi seperti berikut :

Produk Trapo Oxtra merupakan beberapa aksesori yang disesuaikan secara khusus untuk meningkatkan keseronokan/keselesaan pemanduan. Ia dijamin asli dengan aksesori berkualiti tinggi. Aksesori yang dibuat dengan mengambil kira pemanduan serta jaminan dari pengilang/pengeluar.

Mari lihat antara aksesori menarik dari Oxtra :


Had Limit Entri Pos

Baru baru ni aku ada pos cerita pasal Sofa Set. Sambil tu, promotlah beberapa imej untuk perbanyakkan pilihan pembaca yang jika berminat nak tengok. Tapi ini bukan isunya.

Aku memang dah tetapkan 3 post entri di laman utama. Maksudnya akan ada 3 paparan ringkasan cerita untuk setiap halaman. Tup tup bila cerita Sofa Set tu di’published’, cuma satu (1) paparan pos saja yang tersiar
di laman utama. Jenuhlah semalaman tak tidur dan serba tak kena bila mengejas balik postingan tu.

Akhirnya aku buat semula, masukkan satu persatu ayat ke dalam entri pos untuk cerita tu. Tiap kali selepas ‘paste’ satu ayat, aku ‘preview’ balik. Sampailah satu 'part' blogspot cuma paparkan 1 entri pos yang sepatutnya 3 entri - aku berenti.

Dari situ aku dapat faham yang jika kita ingin paparkan lebih dari satu entri pos yang punyai ringkasan (ada butang Cerita Seterusnya sebagai contoh); teks yang ingin ditulis itu ada hadnya.

Mungkin untuk blogspot, jumlah aksara yang dibenarkan jika kita memilih untuk paparan lebih dari 1 postingan yang punyai ringkasan (ada butang Cerita Seterusnya sebagai contoh); mungkin tidak boleh melebihi 70,000 aksara termasuk 'space' atau ruang kosong.

Jadi aku pisahkan baki imej promosi ke dalam slider yang aku letak di sidebar kanan kerana jumlah aksara asal ialah 85,126. Bila dah pisahkan, tinggal 67,477 aksara dan paparan laman utama kembali kepada 3 ringkasan cerita. Mungkin juga ini alasan dan ‘control’ yang bagus demi elakkan blog kita dilabel sebagai blog ‘phishing’. Kerana imej lebih banyak dari teks dalam entri pos. Yang ini aku tak pasti.

Tapikan, hidup dalam dunia online sekarang ini, terutama mereka yang perlu guna platform media sosial dalam perniagaan dan promosi pemasaran mungkin perlu ambil tahu hal ini. Contohnya Instagram hanya benarkan 2,200 aksara; Pinterest 500 aksara; tweet Twitter maksima 280 aksara; Facebook cuma 90 aksara sahaja untuk teks iklan; eBay (tajuk sahaja) 80 aksara. Boleh kata semua platform media ada had aksara yang dibenarkan.

Nak buat semakan ke? Pergi ke laman CharacterCount v.2; percuma je ni tak kena bayar.


Sofa Set Tahun Baru

EmpayarUtama - Wednesday, November 24, 2021 : 6 comments

Dah masuk minggu terakhir November, dan menuju ke hujung tahun. Kepada mereka yang tengah ubahsuai rumah, pindah masuk rumah baru tahun hadapan, atau bercadang menukar set sofa baru yang sesuai dengan keluasan ruang tamu - ini masa yang terbaik untuk mencari dan memilih set sofa yang berkenan di hati.

Sekarang ramai yang mula berminat mencari konsep 'moden minimalist'. Nampak kemas,
tapi tak semua punyai cita rasa yang sama, kan. Selain tempahan 'custom made', ada juga di luar sana yang siap untuk dibeli. Pun cantik juga.


Tak semua kedai perabut sediakan banyak pilihan sofa set. Jenuh jugalah jika nak bergerak dari satu kedai ke satu kedai hanya untuk melihat sofa set yang agak terhad pilihannya.

Untuk memudahkan semua apa kata kita lihat dan buat pembelian dalam talian je. Memang mudah. Di sini aku ada beberapa pilihan kedai online yang punyai stok dan sedia untuk penghantaran sekitar sebulan selepas tempahan.

Furniture Farm Chateau Furniture Squirrel Furniture MyFurnitureLab Cellini Silco Malaysia KOOLA Home


Tekan Butang/'Button' di bawah ini untuk melihat lebih pilihan. Kebanyakan pengeluar sediakan pilhan warna serta ukuran dalam imej link yang dipilih :


Masih ada beberapa lagi pilihan untuk dilihat, tidak diletak dalam entri pos ini. Tekan Tajuk 'Sofa Set' di Sidebar Kanan untuk paparan imej lain.