Baru baru ni aku ada pos cerita pasal Sofa Set. Sambil tu, promotlah beberapa imej untuk perbanyakkan pilihan pembaca yang jika berminat nak tengok. Tapi ini bukan isunya.
Aku memang dah tetapkan 3 post entri di laman utama. Maksudnya akan ada 3 paparan ringkasan cerita untuk setiap halaman. Tup tup bila cerita Sofa Set tu di’published’, cuma satu (1) paparan pos saja yang tersiar
di laman utama. Jenuhlah semalaman tak tidur dan serba tak kena bila mengejas balik postingan tu.
Akhirnya aku buat semula, masukkan satu persatu ayat ke dalam entri pos untuk cerita tu. Tiap kali selepas ‘paste’ satu ayat, aku ‘preview’ balik. Sampailah satu 'part' blogspot cuma paparkan 1 entri pos yang sepatutnya 3 entri - aku berenti.
Dari situ aku dapat faham yang jika kita ingin paparkan lebih dari satu entri pos yang punyai ringkasan (ada butang Cerita Seterusnya sebagai contoh); teks yang ingin ditulis itu ada hadnya.
Mungkin untuk blogspot, jumlah aksara yang dibenarkan jika kita memilih untuk paparan lebih dari 1 postingan yang punyai ringkasan (ada butang Cerita Seterusnya sebagai contoh); mungkin tidak boleh melebihi 70,000 aksara termasuk 'space' atau ruang kosong.
Jadi aku pisahkan baki imej promosi ke dalam slider yang aku letak di sidebar kanan kerana jumlah aksara asal ialah 85,126. Bila dah pisahkan, tinggal 67,477 aksara dan paparan laman utama kembali kepada 3 ringkasan cerita. Mungkin juga ini alasan dan ‘control’ yang bagus demi elakkan blog kita dilabel sebagai blog ‘phishing’. Kerana imej lebih banyak dari teks dalam entri pos. Yang ini aku tak pasti.
Tapikan, hidup dalam dunia online sekarang ini, terutama mereka yang perlu guna platform media sosial dalam perniagaan dan promosi pemasaran mungkin perlu ambil tahu hal ini. Contohnya Instagram hanya benarkan 2,200 aksara; Pinterest 500 aksara; tweet Twitter maksima 280 aksara; Facebook cuma 90 aksara sahaja untuk teks iklan; eBay (tajuk sahaja) 80 aksara. Boleh kata semua platform media ada had aksara yang dibenarkan.
Nak buat semakan ke? Pergi ke laman CharacterCount v.2; percuma je ni tak kena bayar.
Memang tidak suka letak gambar banyak-banyak.
ReplyDeleteSaya suka NA, nampak meriah gitu :)
Deleteartikel blog sahaja yang tidak ada limit..
ReplyDeletecuma kalau panjang sangat siapa pulak nak baca
Mmg betul, cuma bila nak sesuaikan dengan cita rasa, ada je yang tak kena
Delete