Home » , , » Review Blog: EmpayarUtama

Review Blog: EmpayarUtama

EmpayarUtama - Sunday, November 21, 2021 : 12 comments

Teruja nak ‘review’ blog sendiri setelah bulan lepas (Oktober) blogspot mengucar kacirkan blog. Sekejap tak boleh nak ‘edit Theme’, sekejap tak boleh nak ‘edit Gadget’ di ‘Layout’, hingga aku terikut ikut rentak mereka.

Bila ‘check jQuery library’, alamak jauh tul ketinggalan bas. Aku masih guna versi 1.8.3. Sekarang ni ‘jquery 3.6.0’ kot. Bila aku tukar
versi terkini - makin rojak jadinya blog aku. ‘Slider’ semua tak berfungsi. ‘Bloglist’ kengkawan pun hilang ntah ke mana.


Jadi gigihlah mengemaskini semula blog dan kekalkan ‘jquey 1.8.3’ sebab rasa rugi pula dengan beberapa entri pos tutorial yang masih boleh dijadikan bahan rujukan.

OK. Alkisahnya aku mula berblogging Disember 2008 guna ‘theme classic versi 1’. Hingga sekarang masih kekalkan versi yang sama kerana dah terbiasa dan selesa untuk ejas apa yang patut.

Tapikan, memula buat blog; masa tu teruja sekali dengan iklan Amazon yang perbagai. Masa tu belum ada lagi iklan online shopping Shopee atau program afiliate Lazada bagai. Yang ‘hot’ masa tu Amazon dan ‘ebook’ dari ‘ClickBank’.

Baru je nak menapak, tapi penuh sungguh blog ni dengan iklan bergambar tanpa entri pos. Dengan iklan Adsense, ditambah dengan satu program ‘Alternate Ads’ kot kalau tak silap yang paparkan iklan sama juga dari Adsense dan gadget yang mengarut hingga blog dilabel blog ‘phishing’ dan kena buang oleh tak tau le blogspot ke google. Bayangkan iklan Adsense boleh jadi 8-9 dalam satu ‘page’. Masa tu Adsense benarkan maksima 3 iklan je.

Niat lepas dapat balik blog ni aku nak jadikan blog ’travel’ dalam negara (nak promosi tempat/lokasi menarik termasuk makanan) sebab aku rajin juga berjalan. Sambil fikir bolehlah nanti selitkan sikit trip/perjalanan sekitar Asia sebab aku join group insurance untuk main golf. Akhirnya tercapai juga tapi jadi blog rojak ahahahahahahah.


Majoriti rakan sezaman semaya macam dah tak aktif berblog; ada blog yang nak kena ‘vacuum’ - tebal bersawang tak berhapdet; ada yang blog dah tak ada; ada yang tukar 'domain' dan bertukar angin kepada media sosial lain (macam utiub, insta, pesbuk) huiiii sayu jugalah. Iyalah, dah dekat sepuluh tahun tuuuu…
Dekat dua tahun jugalah aku hilang blog ni. Entah tangan ni gatal ke apa; pertengahan bulan November 2010 tu, bila buat carian/’search’ dan taip nama blog - keluar ’available’. Apa lagi aku cubalah 'log-in'. Yeay boleh ler pulokkkk. Dia punya hepi rasa cam nak terjun sungai…

Sekarang ni sebenarnya masih gigih juga perbaiki apa yang patut. Tukar ‘font’ dari ‘Cherry Cream Soda’ kepada ‘Comic Sans MS’; nampak lebih kemas/mudah dibaca. Adsense pula semakin berlembut dua tiga menjak ni, dah bersepah pulak iklannya sampai tenggelam entri pos.
Lagi 3 hari nak beli kepsi 'barrel' untuk selebret ulangtahun ke 11 entri pos pertama blog ni. Ishhh diam tak diam dah 11 tahun dah usia blog ni, kan? Aku pun makin tua…



12 Comments

12 comments:

  1. blog masih meriah tapi tak semeriah dulu-dulu.

    zaman FB, Tiktok dan Insta lebih kuat tarikan kepada kita semua

    ReplyDelete
  2. Rindu zaman blogging dulu kala. Malam² dinihari selalunya ramai je member² yg blogwalk & berborak kat chatbox dlm blog

    ReplyDelete
  3. Saya 2010. Eh blog saya pun mencecah umur 11 tahun.
    Saya cuma guna iklan Nuffnang itupun Nuffnang macam tidak aktif.
    Hehe saya tidak ubah-ubah tema blog. Jenis setia. Haha. Tapi buang perkakas yang rasa tidak perlu/berfungsi lagi.
    Takpe teruskan. Saya setia dengan blog sebab suka menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungan. Dulu saya sibuk sikit bekerja, sekarang sibuk banyak huhuhuhu

      Delete
  4. wah... kita sezaman rupanya... tp br muncul balik thn 2020... bbrp tahun jugak tenggelam.. as long as update ok je.. blog sbg hobby bkn income.. sy follow ya

    ReplyDelete
  5. Makasih Kakmim. Yelah, awal awal dulu memang bersemangat habis, sekarang habis semangat ahahahahahah

    ReplyDelete
  6. Betul, kebanyakkan sahabat blog yang dulu-dulu, semua dah tak berblog. Sekarang ganti dengan sahabat baru. Saya kekal berblog sebab tujuan nak mencatat cerita hidup. Tak taulah sampai umur berapa nak berblog 😄

    ReplyDelete

Tulisle apa pun, aku baca ^_~