EmpayarUtama - Thursday, October 28, 2021 : No comments
Tak sampai dua minggu lagi pelajar tahap 1 sekolah rendah dan sekolah menengah akan mula ke kelas. 3 orang anak anak aku terlibat bermula 8 November dan sorang lagi mungkin akan minta tangguh 2 minggu lagi lepas itu untuk lengkapkan proses vaksinasi (2 minggu selepas dos kedua).
Bab pakaian, apa yang boleh sajalah. Tapi untuk keselamatan dan kegunaan harian, aku sediakan berkotak pelitup muka Durio.
Saiz budak ada dua orang dan saiz dewasa semua ahli keluarga memang guna.
Jika penggunaannya tak sampai setengah jam, aku fikir boleh je guna yang bukan jenis 'pakai buang' macam aku sendiri guna. Iyalah, ke kedai pun dalam 10-20 minit je. Tapi kalau ke kelas atau kerja memang perlu guna jenis 'pakai buang'.
Aku beli dan cadangkan jenama Durio ni sebab dah biasa guna, ‘medicated’ dan diorang selesa pakai berbanding jenama lain. Pernah cuba sekotak yang murah sekitar sepuluh ringgit tapi hampir 20 keping tak boleh digunakan - tali tak lengkap atau sudah/mudah putus.