Home » , , , » Selamat Belajar Alya

Selamat Belajar Alya

EmpayarUtama - Friday, October 15, 2021 : No comments

Semalam agak memenatkan. Iyalah dari jam 9.30 pagi duduk di kerusi pemandu sampailah semula ke rumah jam 4.15 petang tak turun langsung, dekat 7 jam juga memandu.

Aku hantar anak ketiga ke Kolej Matrikulasi Melaka selepas dia dah boleh dan dipanggil untuk kembali ke hostel.
Kena balik hari sebab ada dua orang lagi yang belum 'lengkap vaksin' (14 hari selepas suntikan kedua). Biasanya kami sekeluarga akan tidur sekurang kurangnya 1 malam di Amverton Melaka.


Kolej Alya ni samalah tempat dengan abang dia dulu, Aiman. Bila dah ada 2 pengalaman abang dan kakaknya, mudah sikit nak uruskan segala barang keperluan dia. Tapi, haaa tengok bawah ni:

Penuh satu bonet Exora tu. Nasib baik majoriti barang-barang keperluan tu beli secara online je.


Pukul 12.30 dah sampai, turunkan barang, SOP - Dia sorang je boleh turun dari kenderaan. Makanya 12.55 tu dah checked-out untuk balik. Dengarnya dapat bilik tingkat 4, sama je cam abang dan kakaknya dulu. Hehe tak pe boleh kuruskan lagi badan tu.

Dah tu tersinggah pula di Yong Peng untuk bungkus nasi ‘Kari Kambing 40 Hari’ sebab memang semputlah orang rumah nak masak lepas termenung dalam kenderaan 7 jam. Boleh je nak ‘dine-in’ dan bungkus untuk yang ada kat rumah tapi aku segan sebab bukan semua orang dah boleh makan kat kedai, kan… Aku cakap kat diorang, kita makan kat kedai bila semua orang dah boleh makan kat kedai. Kita hormatlah mereka yang belum layak.

Ini gambar 2 tahun lepas sewaktu hantar Aiman hehehe.. Saja simpan sini buat kenangan.


Dah siap bungkus, lebih kurang 3.15 tu gerak lagi menuju ke JB. Alhamdulillah perjalanan pergi balik kali ini tiada masalah.

Selamat Belajar ya Alya, semoga meraih kejayaan seperti kakak dan abang kamu :)


0 Comments

No comments:

Post a Comment

Tulisle apa pun, aku baca ^_~