Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Hitam Putih Kehidupan

EmpayarUtama - Sunday, February 2, 2025 : No comments

Banyak benda yang kita ambil kisah [peduli]. Banyak juga benda yang kita tak ambil kisah [tak peduli]. Kan?

Tapi kenapa ada ayat cam ni: "Aaaahhhh pedulikan lah" yang sebenarnya nak bagitau jangan ambil kisah atau jangan ambil peduli? Dewan Bahasa dan Pustaka pun beri definisi peduli sebagai : menghiraukan, mengambil perhatian akan, endah akan.

Tak pe lah, kita tinggalkan soal definisi tu. Aku ni cuma nak berkongsi pasal penggunaan Kod QR yang selepas ini bakal ambil alih penggunaan tunai sepenuhnya, mungkin... Sama ada kita ambil kisah [peduli] atau tidak.


Bukan apa, teringat posting lama aku pada 9 Januari 2011; lama tul 14 tahun dulu. Kalau cerita pasal duit; premis perniagaan biasanya akan letak barcode untuk mudahkan kita scan / imbas harganya.


Contoh barcode

Dan di kaunter pula, kita dipermudahkan lagi dengan tambahan pilihan : QR Code yang boleh discan / imbas untuk buat bayaran. Seiring dengan perkembangan teknologi; penggunaan QR Code ini semakin meluas seperti tempahan / pengesahan kedatangan jamuan; buka laman tertentu; pendaftaran; macam-macamlah kegunaannya.

Ini antara gambar kenangan yang kita biasanya tak ambil kisah [tak peduli] nak snap dan simpan :

Adik-adik yang menyiapkan photo booth
`
kaunter jualan bouquet

Semua tunduk concentrate main handphone :)
`
kaunter pendaftaran

MC bertugas
`
nak snap gambar anak murid


Anak-anak kumpulan nasyid sebelum acara


Anak-anak penerima anugerah sebelum acara


Anak-anak kumpulan kompang sebelum acara


Anak-anak kumpulan koir selepas tamat acara. Majoriti kehadiran dah balik :(


Ini pula antara gambar kenangan yang kita memang akan ambil kisah [peduli]; tak akan miss nak snap dan simpan :

  • Anugerah Cemerlang Kelas/Darjah
  • Anugerah Cemerlang Matapelajaran
  • Kenangan di photo booth

Boleh je kan, aku guna tajuk yang sama - "Hitam Putih Kehidupan" macam 14 tahun dulu :)


Projek Kedai Buku

EmpayarUtama - Tuesday, December 24, 2024 : No comments

Setiap cuti hujung tahun sesi sekolah rendah anak-anak aku akan buat jualan. Sekolah lain aku tak tau.

Bagus juga bila ibu bapa boleh kumpul duit dan sekali jalan je beli buku untuk anak-anak, kan. Cuma jadual jualan tu singkat iyalah bukan senang nak cari beberapa orang yang boleh berurusan (susun buku, jaga kaunter, mengadap ibu bapa), nak nak pula tengah cuti sekolah.

Tapi dah dua tahun anak-anak aku dan mak usu diaorang tapau. Gambar-gambar yang ada ni ialah masa diorang bertugas bulan Februari tahun ni. Untuk Februari tahun depan pun Auntie kedai buku dah booking diorang untuk uruskan beberapa sekolah.

Banyak kali juga sebenarnya aku bagitahu masa mesyuarat PIBG; tak perlu tunggu hujung tahun untuk beratur panjang nak beli buku. Koperasi sekolah buka sepanjang hari persekolahan, ini memudahkan ibubapa untuk beli buku, peralatan sekolah dan juga baju.


2 kelas dibuka untuk jadi dewan / kedai buku

Cuma pihak pengurusan sekolah dan para guru perlu sentiasa kemaskini saja di grup wasap kelas masing-masing apa jenis buku yang diperlukan untuk anak-anak (macam buku tulis, beg lukisan, buku lukisan, buku aktiviti).

Jadi bila ada jualan hujung tahun, cuma perlu beli set buku aktiviti tambahan saja yang memang tidak dijual di koperasi.

Set buku ni pula, ikut kehendak cikgu. Pengalaman aku masa anak pertama hingga ke empat (masa diorang darjah satu hingga empat masing-masing); setiap tahun beli set buku aktiviti. Satu pun tak digunakan huhuhuhu....

Sekarang ni je nampak set buku-buku tu diguna pakai. Itu pun separuh buku je...
Yang ini ialah bahagian koperasi sekolah :

Yang penting, semua orang ceria walaupun penat


Habis kerja, singgah makan cendol di belakang Politeknik Metro...


Kita tunggu suasana yang sama nanti pada cuti sekolah bulan Feb 2025 ya :)


Petanque Waktu Petang

EmpayarUtama - Wednesday, December 18, 2024 : No comments

Selain bolajaring dan olahraga; sukan Petanque (Petong) juga Yana terlibat.

Baru-baru ni, pada 8 Disember sekolahnya buat pertandingan antara beberapa pasukan dan pasukannya dapat tempat kedua.

Lebih kurang je macam permainan boling atau boling padang. Cuma cara balingannya je yang tak sama kerana 'bola' boling dan boling padang dileretkan menuju sasaran. 'Bola' petanque pula dilepaskan dari atas untuk bergolek menuju sasaran.

Kalau nak tau atau baca sejarah permainan petanque ni, boleh gugel dan rujuk wiki (https://en.wikipedia.org/wiki/P%C3%A9tanque).



Semput jugalah melayan masa latihan acara-acara sukan dia ni. Tak tentu masa. Hari cuti pun kengkadang ada latihan. Sebab banyak na acara sukan yang dia terlibat. Ada juga masa-masanya lepas latihan, diorang merayap ke mall berdekatan.










































Tak pastilah sebelum ni aku ada bagitau tak yang akademik dia ni sederhana saja berbanding kakak-kakak dan abang dia. Bahasa Malaysianya agak ke laut tapi Bahasa Inggeris cemerlang ahahahahah. Jadi bila dia nak balik lepas sesi latihan atau lepas merayap lepas latihan; dia akan wazap aku. Contoh kat bawah ni :
Penggunaan bahasanya agak klasik sampaikan aku terikut-ikut gaya bahasa dia...

Eh, eh, tadi ni aku nak cerita pasal petanque; terbabas ke lain pulak.









Dah dulu ler, nanti aku kongsi cerita lain pulak.