Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Aye

EmpayarUtama - Thursday, December 5, 2024 : No comments

Nama ini keluar dari mulut dia sendiri. Mungkin sewaktu dia mula pandai bercakap dia menggelar dirinya 'Saya' tapi pelat.

Keluarlah sebutan 'Aye' je; dan kekal sampai sekarang dia gelar dirinya dan kitorang memang panggil dia dengan nama Aye.

Jarak umur dia dengan adiknya bezanya setahun. Tapi kalau kira bulan; dekat 2 tahun (20 bulan).
Beza jarak umur Aye dengan kakaknya si Yana tu pula empat tahun. Di sekolah agama kami lewatkan Aye setahun jadi dapatlah dia belajar sama darjah dengan adiknya Aisy tu.



Mungkinlah, itu antara beberapa sebab mereka berdua ni sangat rapat. Gambar pertama di bawah ni pernah aku kongsikan pada Hari Raya 2017. Ada juga aku berkongsi keletah mereka berdua dalam pos entri bulan February, 2018.


Kat bawah ni aku abadikan beberapa acara disertai Aye. Gambar dalam Slide pertama ni diambil sebab itu poster ketiga pertandingan yang dia buat hingga jam 3 pagi. Cikgu sangka kitorang yang buatkan untuk dia.
















Poster pertama ada gambar tengkorak cikgu kata tak boleh. Poster kedua ada gambar rokok, pun tak boleh huhuhu kesian, penat dia melukis.
















Yang atas ni dia masuk reka cipta menara kembar Petronas menggunakan bahan terpakai sempena bulan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ni.

Bawah ni pula buat buku scrap aku nampak dia ada tengok beberapa contoh dari Youtube; baru je hantar semalam. Aisy kata tak buat pun takpe. Yang nak masuk pertandingan je hantar. Jadi Aisy tak buatpun.








































Dia ni jenis tak pemalu, boleh baca dia bermaskot katak di sini. Dan kalau buat sesuatu tu dia akan cuba buat sehabis baik; bersungguh sekali sampaikan cikgu pula tak percaya hasil kerjanya.


Dalam akademik nampak kedua-duanya saling mengejar walaupun si adik macam tak nampak bila dia belajar. Cuma aku perasan Aye ni kurang sikit dalam bersukan. Mungkin disebabkan terlebih berat tak kena dengan umurnya. Tapi berminat dalam aktiviti akademik dan banyak juga terpilih mewakili sekolah. Nanti senang bolehlah aku kongsikan.


Ni atas ni Aisy adik dia. Haisssshhhh dok mengadap game je. Kucing pun join sama ahahahahah...


Tahniah Aiman

EmpayarUtama - Friday, October 25, 2024 : 1 comment

Alhamdulillah dan tahniah untuk anak kedua (Putera sulung) aku yang berjaya menamatkan pengajian di UMT. Majlis konvokesyennya berlangsung pada hari kedua sesi ke 4, belah petang.

Alhamdulillah juga sebab dia pun dah mula bekerja dari 1 September lepas; tempat dia buat intern dulu.
Ini kali kedua kami bertolak ke Terengganu masa hantar dia sambung belajar lepas PKP dulu.


Oleh kerana majlis berlangsung pada hari bekerja (Johor) Ahad hingga Selasa; aku kena cutikan sekolah kebangsaan / menengah dan sekolah agama adik-adik dia yang 3 orang tu.

Tak boleh berlama-lama di sana. 8 jam perjalanan pergi hari Ahad, 8 jam perjalanan balik hari Selasa dan cuaca sepanjang perjalanan elok. Sampai rumah je jem badan...



Ada yang mengirim keropok, kain batik, tapi memang tak sempat ler nak membeli dan membelah disebabkan kekangan masa. Apa pun, tahniah ya Aiman.


Semoga jadi rakyat yang berguna dan berbakti kepada masyarakat, insha Allah.


Tahniah Yana

EmpayarUtama - Saturday, August 3, 2024 : No comments

Gambar sebelah ni waktu aku buat entri post pada 19 April 2015 dulu. Lama dah. Masa tu dan seterusnya dia dok jadi shooter jah. Kita lupakan yang ini.

Kejohanan Bolajaring MSSD Johor Bahru Bawah 15 dan Bawah 18 menutup tirai hujung bulan lepas. Ini penyertaan pertama Yana untuk tahun 2024 setelah 2 tahun berturut sebelum ini tak dapat bersama pasukannya kerana demam saat akhir.
Setelah menjuarai kumpulan 9, 16 pasukan saja mara ke pusingan kedua. Nasib tak menyebelahi mereka pasukan Bawah 15 bila badi bertemu STF agak sukar nak menang.

Sangkut di suku akhir saja dan dari berpuluh pasukan sekolah yang sertai, ada juga medal untuk tempat ke tujuh hehe. Dah sinonim di JB ni kalau menang lawan STF tak kisahlah dalam kumpulan ke; rasa macam menang di final tau. Untuk acara final, STF belasah Gelang Patah sampai 17 gol...

Kat bawah ni aku pilih beberapa kenangan untuk diabadikan dalam blog ni :

Yana ni dari pengamatan aku, agak kurang sikit pencapaian akademiknya tapi lebih kepada bersukan. Selain dari 'sisi lain' dia yang gemar bercosplay; banyak juga acara olahraga dan padang yang dia dapat tempat terutama 400m, 800m, 4x400m, lompat tinggi, lontar cakera dan boling padang.

Untuk bawah 15 ni, tak ada pasukan hoki; tengokle tahun depan untuk bawah 18 macam mana rezeki dia nanti.

Berbeza dengan Kakak dia si Afrina tu dalam bolajaring, Yana ni pegang 2 posisi saja - sama ada GD atau GA. Tapi bila sampai 2 posisi berbeza memang sukar untuk penilai pilih untuk ke peringkat seterusnya.

Apapun, tahniah ya Yana. Semoga cemerlang juga dalam pelajaran insha Allah...


Satu Hari Yang Ceria

EmpayarUtama - Sunday, September 24, 2023 : No comments

16 September 2023 haritu kami berpakat adik beradik untuk pulang ke kampung di Pontian. Pun tak lengkap kerana ada beberapa ahli keluarga yang tidak dapat bersama. Suasananya memang sangat ceria tapi tak dapat aku gambarkan.

Tapi keceriaan kali ini tak ada kena mengena dengan kisah yang aku pernah kongsikan 12 tahun lepas, baik kisah Satu Pagi Yang Ceria; ataupun Semalam Yang Ceria; mahupun Semalam Yang Ceria 2.
Kemeriahan suasananya seperti kami berkumpul bila menyambut raya saban tahun. Cuma kali ini yang berbeza ialah kami dapat makan beramai-ramai serentak, yang memang payah nak dilakukan walaupun di pagi Syawal.



Kami berkumpul kerana menziarah abang aku yang baru saja pulih dari serangan strok atau angin ahmar. Masih dalam terapi dan berurut. Melihat pada keadaannya; nampak semangat dia sangat kuat. Mungkin memikirkan sebagai ketua keluarga dan punca pendapatan untuk pencarian nafkah hidup keluarga.

Sebelum ini, ramai juga sahabat handai dan ahli keluarga lain datang berziarah. Kali ini jamuan makan tengahari kami sediakan. Cuma kena balik hari tak dapat tidur di kampung - anak-anak masih bersekolah, dan kami pun bekerja. Cuti hujung minggu di Johor tak sama untuk kakitangan kerajaan dan swasta...

Bergambar sebelum menjamu selera
Makan tengahari bersama...
Pagi raya pun tak dapat makan begini
Bersantai di laman...
Bonda dan Alya mencari cacing...
...untuk umpan pancing...
Makan petang bersama tetamu...
Kenangan sebelum membawa haluan masing-masing
Ayahlong menangis...

Kami habiskan seharian di kampung dengan menikmati keindahannya. Budak-budak sempat memancing, kebetulan abang aku ada 4-5 batang joran. Cuma bukan musim buah-buahan sekarang ini.


Keceriaan kali ini agak pelik dan janggal bagi aku. Tapi inilah antara kenangan terindah yang dapat aku kongsikan bersama di dalam blog ini. Entah bila dapat berkumpul lagi begini. Iskkk...


Klook.com