Lupa nak beritahu, Anime Fest yang berlangsung sekali lagi di Sutera Mall Bukit Indah pada 27 dan 28 Mei 2023 minggu lepas merupakan acara berbayar. Ini kerana ramai artis jemputan dari luar negara terutama dari Jepun yang turut serta.
Senang kata, acara untuk dua hari tu adalah acara tertutup di mana para pengunjung shopping mall di sini tidak dapat menonton.
Kali ini untuk hari kedua, 28 Mei 2023; Yana memilih kostum 'Geisha'.
Geisha dalam erti kata lain adalah penghibur dan tuan rumah wanita tradisional Jepun. Geisha juga dikenali sebagai Geiko atau Geigi yang menjadi artis persembahan wanita Jepun seperti tarian, muzik dan nyanyian, rakan berbual serta hos (sekarang kita panggil deejay atau mc).
Penampilannya berbeza dengan mengenakan kimono labuh, gaya rambut tradisional dan solekan oshiroi. Mengikut sejarah, Geisha berhibur di parti yang dikenali sebagai ozashiki, selalunya untuk hiburan pelanggan kaya serta membuat persembahan di atas pentas dan di festival.
Pertama kali muncul pada tahun 1751 dengan geisha sebelum itu adalah penghibur lelaki (sumber wikipedia).
Mari kita layan gambar-gambarnya ya: