Cerita Yang Jarang Jarang Terkini :
Showing posts with label Pelik. Show all posts
Showing posts with label Pelik. Show all posts

Sekarang Pelik IX - Misteri Pensel Biru

EmpayarUtama - Friday, December 30, 2022 : No comments

Dari bulan Jun lagi aku dah terfikir nak kongsi cerita ni tapi 'hijab' lom terbuka kot. Tapi sebab dah 3 kali aku perasan benda yang sama, jadi aku kongsikan ajalah.

Lusa, 1 Januari 2023 (Ahad) akan bermula sesi persekolahan untuk Negeri Johor. Masih dalam tahun persekolahan yang sama, kan; sebab tahun ni sekolah bermula awal bulan Mac aritu. Cam biasa, aku mintak dua putera bongsu keluarkan kotak pensel diorang untuk
asah dan tajamkan mata pensel diorang.

Terkejut beruk bila tengok pensel budak budak ni bertukar warna dan ketot kemetot; yang tak bermata (dah patah) pun ada. Aku memang beli beberapa kotak pensel 'STAEDTLER norica' warna biru sebab budak budak tu minat kaler biru.

Masuk malam ni kira dah 4 kali dah sepanjang tahun ni aku gantikan setiap kali 5 batang pensel 'STAEDTLER norica' warna biru tu dalam kotak pensel masing-masing.

Ini kotak dan pensel si abang. Ada sebatang je yang warna biru tapi dah pendek. Yang lain tu bukan dia punya:


Yang ini kotak dan pensel si adik. Tinggal 4 batang pendek-pendek dan takde satu pun pensel asal. Pelik, kan? :


Gambar bawah kanan ni adalah perbandingan stok pensel biru aku vs stok pensel dalam kotak pensel budak-budak tu. Pemadam pun bertukar lain huhuhuhu hampeh tullah:

Aku asah ajalah semua pensel diorang tu dan ganti dengan 5 batang pensel lain yang baru. Yang atas ni ialah koleksi pensel diorang sepanjang tahun ni (tak campur 4 batang baru warna biru tu). Terfikir juga nak PM cikgu diorang untuk aku 'sponsor' pensel dan pemadam untuk kegunaan anak-anak murid dua kelas ni sepanjang setahun Tahun 2023. Tapi tunggu bulan Mac 2023 diorang naik kelas baru...


Sekarang Pelik VIII – Buah Letup Letup

EmpayarUtama - Sunday, August 28, 2022 : 1 comment

Lama tak kongsi cerita pelik. Dah lebih lapan tahun selepas yang terakhir tu pasal Misteri Nusantara.

Buah Letup-Letup ni sekarang memang susah dah nak jumpa pokok apatah lagi buahnya. Tetiba je siang tadi boleh ternampak kat pagar tepi jalan Kg Kurnia. Zaman budak-budak dulu kalau masuk semak belukar [bukan hutan tau], memang buah ni jadi makanan kitorang. Ada yang manis, memang manis. Kena yang masam, telan aje lah.
Rasanya macam rasa Buah Susu, takpun macam rasa Buah Rambai. Silap-silap dua jenis buah ni pun ramai yang dah tak kenal.

Aku panggil dia Buah Letup Letup sebab kita cuma picit je buah ni dan dia akan meletup tapi tak bunyi macam mercun la. Pastu ngap masuk terus dalam mulut. Ia sejenis pokok menjalar dan memanjat, ada yang panggil Markisa Belukar.

Dulu senang jumpa sebab dia memanjat pagar. Buah dia ni paling besar pun kecik sikit dari biji getah, atau besar guli, tak sampai 1 inci pun. Isi dalamnya ciput je.

Dia berbeza dengan Buah Letup Letup Kelambu [Physalis angulata] sebab pokok Letup Letup Kelambu tu pokok renek bukan jenis menjalar. Buahnya pula bersalut nipis dari jauh dah macam belimbing, manakala Buah Letup Letup Belukar [Passiflora foetida] bersalut berbulu. Tu yang ada orang panggil dia buah ulat bulu.

Disebabkan sekarang susah nak jumpa, dan banyak pula khasiat dia; sekarang di Lazada pun dah ada dijual benihnya. Sampaikan daun pun kena jual. Tengok sini :


Dah dulu, k baiii...


Sekarang Pelik VII – Misteri Nusantara vs Detik 12 Malam

EmpayarUtama - Monday, May 12, 2014 : 8 comments

Cerita ini aku labelkan kategori 18PL jadi adik-adik yang kurang faham kena rajin bertanya orang yang lebih tua ya. Ianya terlebih seram sikit je berbanding Kisah Seram UUM yang pernah aku kongsi dulu.

Aku jarang-jarang pusing keliling rumah selepas tengah malam. Baru-baru pindah dulu adalah rajin sikit dan selalu terserempak dengan pakcik
rumah hujung yang juga buat rondaan sendiri. Taman ni tak ada rukun tetangga. Itu yang sebelah rumah grup pulis pun selalu kena pecah masuk.

Empat malam lepas nampak satu tong sampah baru kat belakang satu rumah jiran. Aikkk heran juga sebab semua rumah dah terima tong sampah kelabu daripada Bandaraya bawah selenggaraan SWM.


Jadi pagi tadi lepas budak-budak ke sekolah aku bersembang dengan jiran tu pasal tong sampah baru kat belakang rumah dia.

Katanya "dulu saya park kereta kat sini tapi kat bawah dan tepi kereta ada saja plastik bungkus sisa makanan. Kereta tu tak selalu digunakan. Saya fikir kucing bawa dan makan kat bawah kereta. Satu hari tu makcik jiran sebelah suruh alihkan kereta ke tempat lain sebab dia ada pesan kat makcik selang dua rumah dari rumah saya untuk tengok-tengokkan table-top baru dia"

Oh lupa. Makcik tu baru buat table top belakang rumah. Habis makan longkang dan sedikit kawasan jalan belakang rumah dia jadi table-top. Dah cantik camtu memangle tarik perhatian orang yang berminat nak tengok isi kandungannya. Akhirnya barang-barang tersimpan kena curi juga. Itu yang dia pesan kat makcik selang dua rumah dari rumah sang jiran tadi tu untuk tengok-tengokkan. Tapi kereta sang jiran menghalang pemandanganlah pulokkk... Kenalah sang jiran tu alih kereta dia ke tempat lain walaupun dia park kereta memang kat belakang rumah sendiri dan tak ganggu sesiapa atau laluan kenderaan lain.

Sambung sang jiran lagi "lepas kosong, kadang-kadang masih ada plastik bungkus kat situ. Ada yang dah terbuka kucing punya kerja agaknya. Nak jadi cerita – lima hari lepas kebetulan saya kat dapur. Tepat jam 9.20 pagi saya nampak seseorang bawak satu tapaware berisi nasi beriani, roti canai dan tiga ketul cucur udang dengan selamba curah kat belakang rumah saya betul-betul menghadap tingkap dapur tempat saya tengah berdiri. Nak saja saya buka tingkap dan tegur tapi saya fikir kita ni hidup berjiran. Saya diamkan saja. Jadi saya beli satu tong sampah baru, letak plastik sampah taruk kat belakang rumah untuk kemudahan semua"


Ohhhhhh camtu rupanya. Eheheheheheheheh.......

Buat semua makcik-makcik, walaupun terlewat satu hari - Selamat Hari Ibu. Kepada semua jururawat pula - Selamat Hari Jururawat Sedunia :)




Sekarang Pelik VI - Sepak Yem

EmpayarUtama - Monday, June 3, 2013 : 8 comments

Ada orang gelar permainan ini 'Timang Bulu Ayam'; ada yang panggil 'Capteh'; tapi rata-rata di Johor kita gelar dia 'sepak yem'.

Masa mula-mula masuk sekolah rendah, cikgu suruh kami main benda ni dulu sebelum boleh sentuh bola raga. Jadi kat setor sukan sekolah kami ada dua grup bola raga rotan.
Satu grup tu canteeekkk je dalam kotak, satu grup lagi berlonggok kat satu sudut tak rupa bola raga / takraw. Tapikan, sampai sekarang aku tak terer main takraw dah.

Ni sempena cuti sekolah aku buatkan untuk hero aku, Aiman. Rasanya dah takde aktiviti riadah kanak-kanak waktu petang-petang atau cuti sekolah macam zaman kami budak-budak dulu sebab sekarang mereka lebih gemar mengadap tv, pc, ipad, x-box, dan kalau cerita bab permainan nih – mereka lebih gemar main permainan dalam alam maya tu le.

Nak buat sepak yem ni mudah je. Antara bahan-bahannya (bukan bahan untuk masakan yea jangan kompius lak):

bulu ayam tak kiralah yang bersepah dalam reban ke atau yang korang paksa cabut dari badan ayam, selotep buat lawa - ikat getah pun oke, paku


tiub beskal. Kalau nipis (China made boikot, boikot, boikot hahahahah) potongle lebih agak-agak besar siling 50 sen lama

Satu ikat kacang buncis erkkkkk salah dalam 4, 5, 6 bulu ayam pun tak pe ikut sukalah asal tiap bulu ayam tu bengkoknya keluar baru cantekkk. Cam bawah ni haaa:


Haaa dah siap:
Tapi tak de kaler-kaler cam gambar belah kanan sebab ayam-ayam aku baka ayam hutan sepeten jerk. Dulu adalah nampak kat kedai jual sepak yem kaler-kaler bagai tapi sekarang ni tak nampakla pulokkkk.

Tak banyak gambar atau maklumat pasal sepak yem ni tapi kalau korang rajin bolehlah taip "permainan tradisional-sepak yem" pastu pas kat pakcik gugel.

Satu lagikan, bila dah siap tu; si Aiman boleh tanya "ni bulu ayam betul ke?" hampeh tullah...




Sekarang Pelik V - Kukur

EmpayarUtama - Thursday, November 10, 2011 : 49 comments

Sebelum apa-apa, terima kasih bebanyak kat semua kerana sudi baca dan beri komen dalam entri 2 hari lepas. Seperti komen Miss Eiza; akupun rasa tak pernah dibuat orang kena buat ringkasan lepas buat entri. Hampas kelapa tul aku ni. Tapi betul, aku sayang korang semua :)

Tak pe kita lupakan yang itu.
Dalam entri aku Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa aku bagitau sikit je pasal santan kelapa sebagai bahan masakan utama lauk berlemak. Ada juga surirumah yang agak rajin beli atau dapatkan kelapa dan parut sendiri untuk dapatkan kelapa parut. Meh kita tengok apa barang-barang yang biasa digunakan:

1. Ini namanya 'kukur'; inilah alatan pertama untuk dapat kelapa parut time dulu-dulu. Dalam salasilah keluarga aku, dah dua keturunan tak pakai kukur ni. Kayunya seperti 'rehal' bebudak mengaji boleh lipat untuk keselamatan bila disimpan. Kita kena duduk atas kayu tu menghadap besi tembaga bergerigi sambil tangan menekan tempurung kelapa untuk 'sagat'
isi kelapa. Cara ini paling tradisional dan selamat kerana jari takkan terluka. Aku letak gambar lebih sikit buat simpanan aku.


2. Dua gambar bawah ni ehsan pakcik Google sebab malu aku nak tunjuk 'parut' yang tergantung kat dapur kampung. Naik hitam besinya sebab lama sangat tergantung. Parut ni zaman mak aku je guna. Agak berbahaya bila isi kelapa makin kecil atau tetiba tengah menyagat; isi kelapa patah. Perghh mau berparut 3-4 baris kat jari. Sebab tu namanya 'parut'. Selalunya kalau dah kecik sangat, isi kelapa tu dicucuk ngan garfu konon-kononnya biar jari jauh dari mata parut tu.


3. Kiri ni mesin parut kelapa elektrik. Zaman sekarang boleh kata semua rumah ada letrik, mesin ni pun murah. Cara memarut lebih kurang macam 'kukur' cuma duduk kat kerusi bukan atas mesin tu. Terlebih tekan dengan tempurung boleh hancur.

4. Haa bawah ni alatan paling mudah, ringkas dan paling
dicadangkan. Paling mahal pun rasanya dua ringgit sebiji kelapa parut; beli aja kat kedai kuangkuangkuang kuang ajor tul haku nih:
.
Banyak kegunaan kelapa parut ni, bukan setakat nak dapatkan santan. Ada yang buat lempeng, pencicah apam, serunding (macam-macam jenis serunding), buat kuih, biskut, pelengkap pulut kuning, dan lain-lain lagilah. Tu baru kelapa parut, belum santan lagi.

Aku tak mo ceritalah sebab aku cuma nak tunjuk 'kukur' ok aaaaaa......

Sekarang Pelik IV - Tombong Kelapa

EmpayarUtama - Wednesday, October 26, 2011 : 31 comments

Benda ni agak popular di kalangan mereka yang tinggal di persekitaran kampung dan yang berumur 30 tahun ke atas. Rasanya susah dah nak jumpa tombong kelapa ni sebab arus kemajuan yang membuat hidup kita semakin mudah dan selesa untuk segalanya.

Tombong kelapa ni boleh dijumpai di dalam kelapa. Isirong kelapa yang
putih pula diparut dan kemudian diperah dan dapatkan santan. Kalau di kampung-kampung santan dari buah kelapa sebenar digunakan untuk memasak tapi sekarang dah siap tersedia santan segera baik dalam bentuk cecair maupun serbuk. Santan segar dalam peket plastik pun ada jual.

Cecair santan dalam kotak dan kanan tu santan dalam bentuk serbuk

Untuk mereka yang pandai memasak; ada juga alternatif jika tiada santan kerana boleh diganti dengan susu cair cuma ketahanan masakan berbeza. Ianya lebih jimat berbanding harga santan.

Sebab itulah susu cair selalu digunakan dalam majlis kenduri kendara kerana dimasak dalam kuantiti yang banyak; dan kalau
tetamu bawa balik 'nasi berkat' lauknya basi tengah jalan tak sempat buat makan malam pun. Haha cam tukang masak boleh masuk Chef Malaysialah.

Erkkk dah lari topik pulak. Camana nak tau dalam kelapa tu ada tombong atau tidak? Haaa untuk mereka yang tinggal di taman, pekan atau bandar pergi kedai runcit yang ada jual kelapa.
Tengok di luar tempurungnya kalau ada punat putih tu haaaa adala tombong kat dalam tu. Besar kecik saiznya pun boleh di agak berdasar saiz punat yang terkeluar kat luar tempurung kelapa tu.

Kelapa belah kanan dalam gambar sebelah ni ada tombong di dalamnya.
Aku suka makan tombong kelapa ni. Apa rasanya? Lembut berlemak dan agak bergabus sikit, lebih kurang je cam rasa jambu air yang merah tu. Lebih besar tombongnya lebih lembut tetapi semakin tawar lemaknya. Itu dulu, sekarang mungkin tak popular lagi dah.


Sekarang Pelik III - Masak Biskut Raya

EmpayarUtama - Sunday, August 14, 2011 : 29 comments

Entri terakhir aku dua hari lepas tak meriah dengan pandangan dari pembaca mungkin tajuk dan isinya berat sangat; tak menarik.

Mungkin juga pengaruh komen aku sendiri dalam entri sebelum ini yang buat pembaca takut nak luahkan pandangan lagi.
Maaflah bunga bahasa aku kasar sangat kot sampai susah orang lain nak tafsir apa yang aku ceritakan. Yang sudah tu sudahlah. Bukak buku baru ajalah yea...

Setahun sekali, biasanya lepas 15 hari puasa; mak akan keluarkan oven antiknya untuk masak biskut (kuih raya). Nak tengok betapa antiknya oven tu, haa tengok kat bawah ni. Jarum temperature pun dah patah:
Berhabuk dan dah mula timbul karat sana sini tapi sejak aku kenal dunia; inilah oven yang mak gunakan setiap kali nak sambut raya. Arwah abah akan bersihkan dulu, lap dengan minyak mana yang patut sebelum boleh digunakan untuk memasak biskut-biskut raya.
Untuk alas susunan biskut dalam oven; arwah abah akan potong tin biskut dan dibentuk empat segi tepat biar ngam-ngam muat dalam tingkat-tingkat oven kami tu. Nama mudahnya ialah 'loyang'. Tapi lepas abah dah tak ada, kami gunakan loyang yang terakhir abah buat 5 tahun dulu. Masih elok lagi kan?
Bukan tak ada yang moden tapi mak lebih selesa guna oven kesayangannya ni. Kat sini tak ada gambar biskut nak aku tunjuk. Kalau nak nengok biskut-biskut raya, blog lain manyakkkkk..... Hehehe.....

Apa-apapun; Selamat Hari Raya IdilFitri Maaf Zahir & Batin dari EmpayarUtama

.

Sekarang Pelik II - Buah Pulasan

EmpayarUtama - Tuesday, August 2, 2011 : 9 comments

Biasa nampak buah ni? Ini buah pulasan, aku petik sikit dari kampung siang tadi. Belum masak betul lagi.

Tapi sebelum tu aku sedey sikit sebab tak ada yang dapat bagi nasihat atau pandangan untuk anak aku Afrina. Jadi aku buat kesimpulan scroll box ni sebenarnya tak membantupun kalau entri sesuatu blog tu memang
panjang. Tapi tak pe lah. Aku ada jumpa ustaz kat kampung mungkin lambat sikit kot sakitnya nak pulih. Kita sambung balik cerita pasal pulasan ni.

Anak-anak aku ada gak tanya kenapa rambutan ni kulit dia lain? Haaa tu la pasal. Sebab dia bukan rambutan. Nama saintifiknya kena tengok kat wiki; hehehe aku bukan pakar bab nama-nama saintifik ni.
Beza buah pulasan dengan rambutan ni ialah kulit dia kasar dan agak keras sikit. Kalau nak makan isinya kena pulas sebab tu lah agaknya dipanggil pulasan. Rasanya? Manis sama cam rambutan tapi manis yang tersendiri.
Satu lagi dia tak ada selaput keras antara isi putihnya dengan biji; tak macam rambutan. Kalau kita kopek isi rambutan mesti ada selaput bijinya yang melekat pada isi putihnya. Itu yang menyebabkan kita senang batuk kalau makan buah rambutan.Tak ada yang pelikpun sebenarnya buah ni.
Part paling menarik yang aku rasa tak ramai yang tahu; biji pulasan ni boleh dimakan begitu saja (ish macam iklan Roti Gardenia je...). Betul, tak caya cubalah. Rasa dia macam kacang, tapi yang lebih tepat lagi sama je macam kuaci yang korang beli kat kedai tu.
Ha, inilah perbezaan besar antara pulasan dengan rambutan. Kira kalau korang makan atau beli pulasan, dapat dua dalam satu. Minggu depan sapa nak ikut aku balik kampung kita belasah pulasan pulak yea... Kalau nasib baik duku-langsat pun rasanya dah masak tu. Durian? Dah abis, manggis pun sama...

Dan satu lagi, dah lepas sehari kita umat Islam berpuasa, maknanya ada 28 hari lagi (rasanya tahun ni kita berpuasa 29 hari aja) untuk kita sama-sama bayar zakat. Jangan lupa tu...